CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1918|Reply: 8

Hati-Hati! Trend #10yearschallenge Taktik Untuk Mencuri Data Pengguna

[Copy link]
Post time 18-1-2019 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Dalam beberapa minggu ini, muncul trend terbaru iaitu #10YearsChallenge, di mana pengguna perlu memuat naik gambar yang akan membandingkan diri mereka yang terkini dengan 10 tahun yang lepas.



Sumber Gambar: Getty Image



  
Menariknya, #10YearsChallenge turut mendapat sambutan daripada beberapa selebriti tempatan seperti Mark Adam dan Fasha Sandha.


  

  




Dari mata kaca pengguna media sosial, tujuan trend ini hanyalah untuk berseronok dan tidak memberikan apa-apa bahaya, tetapi sebenarnya sesetengah pendapat mengatakan trend ini merupakan salah satu cara pencurian data untuk proses pengecaman muka pengguna.
  
Seorang penulis, Kate O Neill, di laman Twitter-nya mendedahkan bahawa trend ini merupakan taktik syarikat seperti Facebook untuk mencuri data pengguna.




Let's just imagine that you wanted to, say, train a facial recognition algorithm on age-related characteristics. You'd ideally want a broad and rigorous data set with lots of people's pictures. It'd help if you knew they were taken a fixed number of years apart ??” say 10 years.
— Kate O'Neill (@kateo) January 13, 2019







Terangnya lagi, trend #10YearsChallenge  membolehkan Artificial Intelligence (A.I) berlatih untuk mengecam proses penuaan muka manusia dari satu tahun ke satu tahun yang lain. Kemudian, data-data itu boleh digunakan untuk tujuan lain yang kita tidak tahu baik buruknya.

Pandangan Kate dipertikai beberapa pendapat yang mengatakan Facebook boleh sahaja mengambil gambar pengguna dari profil Facebook mereka sendiri, tanpa menggunakan trend ini.


Sumber Gambar: Blue Swan Daily





Dari pandangan lain pula, Asyraf Farique mendedahkan sebenarnya media sosial merupakan medium untuk memanipulasi pengguna, yang turut digunakan untuk mencuri dan menjual data.




Dengan isu yang terjadi ini, sebenarnya di manakah tahap keselamatan pengguna media sosial? Adakah media sosial ini satu platform untuk kita berseronok bersama rakan-rakan, atau sebenarnya sebuah medium untuk syarikat besar mencuri dan menjual data pengguna?

Berikan pandangan dan komen anda tentang isu ini! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 11:52 AM | Show all posts
mark adam dolu2 cam matpit
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 11:54 AM | Show all posts
Lawak je tengok gambar yang dimuat naik tapi tak minat nak joint challenge ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
X join..
Sbb i xgemor bergambar
Tahun 2019 ni xde selfie atau gambar full lg
2018 ada sebab gambo kawen..x kuasa nk guna utk challenge ni
Tgk je la gambo org lain upload
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex langsung tak menyahut cabaran ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 05:20 PM | Show all posts
eh baru smlm aku ada la ngata tadak sapa nak tengok gambar lama korang.. dlm grop ws.. tiber2 ada sorg ni kata ke aku party pooper.. ceitttt.. kumpulan orang tua mudah terhibur sungguh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2019 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya face shape & dagu fasha,
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 10:59 AM | Show all posts
ya hampunn kepam pprt nya mark adam 10 tahun dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dioraang tgh carik imam mahdi tu. naanti jadi kes macam kat gombak imam palestine kena mati bunuh waktu nk pergi solat subuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.054340 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list