CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2610|Reply: 13

Isteri Hamil Menangis Jam Tiga Pagi Mengidam Nak Naik UFO

[Copy link]
Post time 18-1-2019 11:41 AM | Show all posts |Read mode







SAAT menanti kelahiran cahaya mata pastinya menjadi pengalaman yang cukup manis buat setiap pasangan suami isteri dan sudah menjadi kelaziman segelintir daripada kaum wanita akan melalui fasa mengidam.

Ada antara wanita hamil mengidam untuk makan makanan yang sebelum ini mungkin tidak pernah dirasainya, dan ada juga yang mengidamkan benda selain makanan.

Bagi si suami pula ia mungkin akan merasakan bahawa permintaan si isteri ketika hamil itu tidak masuk akal, namun mahu atau tidak, mereka akan sedaya upaya cuba memenuhinya.

Seorang lelaki telah berkongsi pengalamannya dalam memenuhi keinginan isterinya yang ketika itu sudah masuk minggu ke-37 kehamilan.
Apa yang membuatkan ramai geli hati dengan perkongsian tersebut adalah apabila lelaki tersebut yang mahu identitinya dirahsiakan memberitahu bahawa isterinya mengidam mahu naik UFO.

Pada mulanya selepas mendengar pemintaan isterinya itu, lelaki itu hanya menganggap perkara tersebut sebagai gurauan.

“Aku gelak jer laaa… Malam tu tengah aku syok tidur boleh pulak dia buat babak airmata pukul 3 pagi. Ingatkan sakit perut nak beranak ke apa… Tanya punya tanya sebabnya dia terasa hati aku gelakkan dia petang tu (nak naik UFO).

“Pastu pergi rumah mak boleh pulak dia ceritakan hasrat dia tu kat mak dan adik beradik yang lain, bergegar rumah sebab gelakkan dia.

Jadi, apa lagi malam tu akulah yang kena pujuk,” demikian menurut lelaki itu dalam catatan dimuat naik di laman  Facebook Info Ibu Hamil.

Memandangkan setiap malam isteri lelaki tersebut bermimpi menaiki UFO, dia akhirnya mendapat idea dengan mengatakan bahawa permintaan tersebut sukar untuk dipenuhi kerana tidak tahu bila kapal angkasa itu akan ‘singgah’ di bumi.

Namun, hampir setiap malam isterinya masih lagi bercakap mengenai UFO, menyebabkan dia berasa serba salah dan kadang-kadang timbul rasa rimas.

Jelas lelaki itu lagi, dia kemudian memberitahu mengenai permintaan isterinya itu kepada ibunya – mencadangkan supaya dia memenuhi kehendak isterinya dengan membawa ‘menaiki UFO’.

“Esoknya aku ajak dia pergi Tesco nak beli barang dapur. Masa lalu kat tempat mainan tu aku tanya la dia nak naik UFO yang mainan tu tak?? Dia nak oiiii… Aku terus pergi beli token.

“Tak boleh nak lupa sampai sekarang macam mana muka dia masa naik benda tu… (UFO mainan) Tersengih macam kerang busuk. Gembira sungguh dia… Masa tu orang semua dah tengok pelik. Malu memamg malu tapi lantaklah. Alhamdulillah lepas tu dah tiada dah duk cakap nak naik UFO,” katanya.

Sehingga kini status tersebut dikongsi lebih 14,000 pengguna Facebook, yang rata-rata menyifatkan perkara itu sebagai kelakar dan ‘sweet’.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 11:57 AM | Show all posts
Hahaha... aku baca pun terbarai gelak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 12:19 PM | Show all posts
muat pulak dia naik UFO dengan perut besar tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 12:41 PM | Show all posts

matilanak
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 01:53 PM | Show all posts
kelakarr...sweettt
pelik ya amat..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 02:21 PM | Show all posts
ada eh mainan ufo, ke yang roket space shuttle tu
tp serious x muat la kita yang x ngandong ni...ke tipu aje cerita..batak like

eh sedap pulak aku membwang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2019 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya org lain pun preggy idok la bodoh mcm ni
Itu bkn mengidam itu syaiton suka hasut nak bukan2..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hassanah kah...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2019 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
alahai jantan meleis ni x abih2 buat cite hassanah
ko lempang je la bini gedik ko tu
org lain pun peknen gak..tp x gedik la dgn ufo bagai
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni dah taraf mengada mintak pelempang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 10:09 PM | Show all posts
level2 kak hasanah ni...aku ingat budak2 bodo twitter je batak like ...fb pon sama
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngada2 nyaaa
Dan merosakkan mainan kanak2 je dgn badan berat p main mainan tu

Atau bini dia kanak2? Minor lembam? Kesian la juga kan

Melayan sangat
Baguslah
Tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 12:39 AM | Show all posts
Tak boleh nak lupa sampai sekarang macam mana muka dia masa naik benda tu… (UFO mainan) Tersengih macam kerang busuk. Gembira sungguh dia… Masa tu orang semua dah tengok pelik. Malu memamg malu tapi lantaklah. Alhamdulillah lepas tu dah tiada dah duk cakap nak naik UFO,” katanya.
sumpah bini ko kelakar bang... hahaha... ko pun sama kelakar...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 19-1-2019 09:03 PM
Ni dah taraf mengada mintak pelempang ni.

ok kelako haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.453951 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list