CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: EJALTI

[Tempatan] Suara hati ibu hamil jalani rawatan kimoterapi. Nekad mahu anak dikandung dilahi

  [Copy link]
Post time 20-1-2019 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga segala urusan dipermudahkan oleh-NYA...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Arwah jiran disahkan sakit jantung semasa mengandung anak sulung, doktor nasihatkan gugur tetapi beliau tak mahu kerana sygkan suami dan bayi dlm kandungan. Beliau meninggal dunia semasa bersalin. Bayi dijaga oleh ibu arwah hinggalah suami arwah berkahwin semula. Suami pisahkan budak tu dgn nenek. Rasa macam tak adil pulak sebb suami tu ada jer anak dgn bini baru. Merana mak arwah rindukan cucu yg sebijik muka arwah maknya. Teringat rayuan arwah my mom to me, if situation ini berlaku pada me, sila buat keputusan mengambil kira juga perasaan mak sebb mak yg lahirkan me dan sayang me yg pasti kasih syg suami tak kan boleh lawan. Lets say if me mati...mak hilang anak but suami me pasti bole kawin lagi...  rindu arwah mak
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian kt baby dlm perut tu.hurmm
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
selfish..kau sendiri sakit macam2, lepas tu nak pula risikokan baby dalam kandungan. Laki ko pun sama bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Chemotherapy drug ni sgt kuat, dan memang akan effect kuat pada janin. Keputusan untuk simpan janin tu adalah keputusan yg membebankan janin tu sendiri. But who am I to say anything...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 19-1-2019 03:31 PM
Tgok bibir laki dia lebam semacam plus drebar harusss lah merokok khuensss..... so, bini dapat kanse ...

Yeah, I was thinking the same too. Jarang perempuan dapat lung cancer, unless dia adalah secondary smoker. I pun tengok gambar laki dia, mmg nampak mukap perokok. Kalau I jadi doktor yg merawat si isteri tu, I akan basuh suami dia dulu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-1-2019 12:38 PM | Show all posts
Nasihat buat Khairunissaq

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-buat-khairunissaq

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 January 2019 @ 9:01 AM

Mahaizura Abd Malik
mahaizura@hmetro.com.my


DR Muhammad Izzat Abdul Razak

Kuala Lumpur: Wanita yang menghidap barah paru-paru dan masalah jantung tidak digalakkan hamil kerana berisiko memudaratkan kesihatan dan nyawanya.

Pegawai perubatan kesihatan wanita dan kehamilan Dr Muhammad Izzat Abdul Razak berkata, ibu yang mempunyai masalah sebegini biasanya tidak dinasihatkan hamil terlebih dulu kerana kehamilan itu sendiri menyebabkan perubahan fisiologi kepada dirinya.

“Volume darah bertambah dan keperluan fungsi badan menyebabkan jantung diperlukan bekerja lebih daripada sepatutnya untuk menampung keperluan ibu dan anak.

“Disebabkan itu, tahap kesihatan jantung perlu dipastikan sama ada jantung bersedia untuk melakukan tugas yang lebih daripada biasa ini.

“Jika jantung gagal, akan membawa mudarat kepada ibu, air akan memenuhi paru-paru, kaki akan mula bengkak dan dalam keadaan yang lebih teruk boleh menyebabkan kematian ibu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas muka depan Harian Metro semalam, berkenaan tekad Nur Khairunissaq Yazid, 28, yang mahu meneruskan kandungan berusia tiga bulan biarpun dinasihat gugur kerana barah paru-paru dan masalah jantung berlubang.


LAPORAN Harian Metro, semalam.

Menurutnya, bagi pesakit barah pula bukan semua kemoterapi dibolehkan ketika hamil kerana kesan teratogenik (boleh membawa kecacatan kekal) kepada bayi.

“Maka disebabkan itu, ibu yang ‘terhamil’ walaupun sudah dinasihatkan doktor untuk tidak hamil terlebih dulu atas masalah kesihatan ini akan dinasihatkan untuk gugurkan kandungan supaya dia boleh diberikan rawatan kemoterapi untuk masalah kansernya.

“Kalau ikutkan kes itu (Khairunissaq) dia masih ulang alik Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan yang menunjukkan masalah jantungnya masih belum stabil,” katanya.

Katanya, sudah banyak kes ibu maut disebabkan kegagalan jantung kerana kedegilan mereka tidak menurut nasihat doktor.

“Bukan menolak rezeki anak atau melawan takdir, saya perlu tegaskan bahawa keselamatan dan keutamaan nyawa si ibu adalah keutamaan dalam semua perkara.

“Tidak berguna sekiranya hamil, tetapi nyawa ibu dalam bahaya,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni lebih kepada teringin dan teruja mengandung dan dapat anak. Kalau tahu realiti komitmen lepas anak lahir dengan masalah kesihatan sekarang mungkin keputusannya lain.
Ada sorg sedara cmtu gk kimo time pregnant tapi bby takleh survive masa 5 bulan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 19-1-2019 12:05 PM
Cepat la setan2 kat sini kutok..

amboi... subcon pada setan plak dah... mana blajaq...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
buat chemo tu xde bg effect pada janin ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon mana2 mufti komen.. heheh
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sakit jantung, cancer, bingai - pakej

mungkin ini yg sissy sembah maksudkan natural selection or God works in mysterious ways
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 10:26 PM | Show all posts
Edited by faraway1 at 20-1-2019 09:29 AM

masa pregnant tengok cita kuch kuch hota hai dengan my husband,
dia kata jangan sesekali buat camtu...

moral, kalau laki dia sayang bini ya amat, dia pilih bini...
biar tiada anak, penting bini di samping..plus takut pass anak kat mak aje kalau bini meninggal ke apa..
bukan jaga pun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 07:05 AM | Show all posts
faraway1 replied at 20-1-2019 10:26 PM
masa pregnant tengok cita kuch kuch hota hai dengan my husband,
dia kata jangan sesekali buat camtu ...

saya sangat bersetuju....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 01:02 PM | Show all posts
faraway1 replied at 20-1-2019 10:26 PM
masa pregnant tengok cita kuch kuch hota hai dengan my husband,
dia kata jangan sesekali buat camtu ...

what happened in that movie?


Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 19-1-2019 07:19 AM
Sakit cmtu pun bertuah tuhan bagi rasa baby dalam perut

Tapi kalau dah tuhan nak ambil semula ...

Sis sudah jumpa pakar ? ....... maksud i bukan untuk sakit kan hati u .... i pity dengan u di forum luahan rasa u ...... emosi u terganggu ....... at least sis masuk board kesihatan dr ipes akan membantu ...di ci  kalau i mahu bagi consultacy pun salah tempat sis ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 10:13 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 21-1-2019 12:02 AM
what happened in that movie?

Mak mati lepas bersalin.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman sekarang buat apa sekali pon kena ada ilmu. Even nak kawen, nak beranak pon kena ada ilmu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 10:47 AM | Show all posts
bang...nasihat aku...jgn pentingkan diri sndr... pk kalo anak ko cacat ke ape ke..mcm mn mase depan dia..pikir panjang bang... memang semua org nak anak sendiri..tapi kalau effect kat budak tu bila lahir...kesian la kat dia...pikir panjang bang...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 11:50 AM | Show all posts
for those dlm board ni yg ada sakit kanser atau ada kenalan dan saudara mara ada sakit kanser boleh follow fb page Cancer Surivor Malaysia atau Cancer Figther Malaysia utk lebih lanjut perkongsian dan baca tentang suka duka pesakit2 kanser. Walau pun sy tiada kanser tapi saya selalu baca page-page ini utk iktibar dan manfaat bersama.Semua pesakit kanser sentiasa dekat di hati saya. Anda org yg hebat dan terpilih insyallah ganjaran besar menanti dari Allah. Anda semua cukup mulia dan saya sanjungi. Org yg sakit lebih tinggi darjatnya dari org yg sihat kerana doa orang yg sakit dimakbulkan Allah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.064973 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list