CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tobby

[Politik] Gelinya tengok...Menteri JPM, Ketua Hakim, Peguam Negara & Siti Kassim menar

  [Copy link]
Post time 20-1-2019 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 20-1-2019 09:08 AM
kena puak die lain la bunyinya haha

Kihkih..
Tu lllllllaaaaaaaeeeeeennnnnnn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
http://www.malaysianbar.org.my/bar_news/berita_badan_peguam/anwar_reveals_more_footage_of_lingam_tape.html
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak lama la ni...kalo satu2 perangai bodoh saja ditonjolkan hmm melingkuplah. Org bg peluang, amik peluang dan buat yg terbaik. Adakala ada peluang kedua, adakala peluang tu sekali je. Rakyat memerhati.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
wana89 replied at 20-1-2019 09:14 AM
Kihkih..
Tu lllllllaaaaaaaeeeeeennnnnnn...

masing2 masuk gua
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
ekselen replied at 20-1-2019 09:22 AM
Tak lama la ni...kalo satu2 perangai bodoh saja ditonjolkan hmm melingkuplah. Org bg peluang, amik p ...

Kalo pengundi melayu isele masih buat bodo,, buta, tuli dan pekak lg... Mmmm... Tatau la...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 20-1-2019 09:19 AM
http://www.malaysianbar.org.my/bar_news/berita_badan_peguam/anwar_reveals_more_footage_of_lingam_tap ...

Zaman mahazalim
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2019 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
lupa diri la tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 10:56 AM | Show all posts
Hanipa: Jamuan, majlis tarian tradisi bidang guaman

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Mohamed Hanipa Maidin berkata majlis jamuan dan tari menari sebenarnya sebahagian daripada tradisi guaman, walaupun mengakui ia kelihatan "sedikit kebaratan".

"Para peguam ini amat kaya dengan pelbagai tradisi yang mungkin kelihatan agak unik dan hanya ada dalam profesion itu sahaja...  Program makan malam dan tari menari yang dipanaskan tak tentu fasal itu hakikatnya sebahagian tradisi (bidang guaman). Ya saya akui kadang kala ia kelihatan 'sangat Inggeris'.

"Ia mungkin kelihatan sedikit kebaratan dan dilihat oleh 'pihak-pihak suci' tidak patuh syariah. Tetapi menyokong dan memberi nyawa dan oksigen suatu masa dulu kepada regim kleptokratik juga bukanlah Islamik atau patuh syariah sangat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas rakaman memaparkan Ketua Hakim Negara Richard Malanjum, Peguam Negara Tommy Thomas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong menari bersama dalam satu acara, yang tersebar semalam dan mendapat perhatian ramai pengguna media sosial.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan perkara itu sebagai perkara yang memalukan institusi kehakiman

Beliau berkata institusi kehakiman dan perundangan sejak dulu sangat sensitif dengan pergaulan sosial kerana ia melibatkan keyakinan masyarakat terhadap mereka.

Video itu juga dikritik beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH), antaranya Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad yang membangkitkan kritikan terhadap bekas peguam negara Apandi Ali yang dahulu turut dikritik kerana menari bersama pemimpin BN, serta peguam Haniff Khatri Abdulla yang berpandangan ia boleh menimbulkan "persepsi negatif".

Hanipa yang juga seorang peguam kemudian mengulas lanjut tentang tradisi bidang guaman antaranya jamuan yang diadakan selepas peguam pelatih menamatkan tempoh amali (chambering).

"Kami akan buat kunjungan ke kamar hakim. Selepas diterima sebagai peguam, kami biasanya akan adakan jamuan yang melibatkan para peguam dan pihak kehakiman. Ia sudah jadi tradisi. Semasa chambering peguam pelatih digalakkan membuat kunjungan hormat kepada peguam senior.

"Di mahkamah, kami akan memanggil rakan peguam sebagai 'rakan yang bijaksana' meskipun kami berlawan sakan.

"Bila peguam bangun berhujah, peguam lawan tidak boleh bangun pada masa sama - ia dianggap amat biadab. Kena duduk dan hormat. Ia dipanggil dekorum kehakiman. Ia juga sebahagian daripada tradisi kami yang kaya," katanya lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
panggil bbnu je backup haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2019 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Knights replied at 20-1-2019 10:56 AM
Hanipa: Jamuan, majlis tarian tradisi bidang guaman

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( ...

Menari mcm org mabok dgn Menteri Undang-undang  ??   Try hard nampaknya
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 19-1-2019 01:46 PM
Lain kali malam gala buat persembahan nasyid. Semua insoffff

HahahhHHHhHJ
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 11:43 AM | Show all posts
dodolgemokbabi tak masuk memback up shitty kasim ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 11:47 AM | Show all posts
tobby replied at 19-1-2019 12:48 PM
pernah terbaca, ketua hakim & AG mmg by hook or by crook kena elakkan majlis sosial dan hubungan rap ...

ya jikalau dah adab tertib dan prosedur sbg ketua hakim dan peguam negara pon tidak diendahkan, sampah belaka
dan sudah tahu genetik keturunan juga berperanan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 11:48 AM | Show all posts
Haniff: Gelagat AG, ketua hakim gugat prinsip pengasingan kuasa

https://m.malaysiakini.com/news/460935

19 Jan 2019, 11:34 malam (Dikemaskini 20 Jan 2019, 12:04 pagi)



Ketika beberapa pihak mempertahankan tindakan personaliti perundangan dan kehakiman menari bersama di sebuah acara rasmi, peguam Haniff Khatri Abdulla tetap menganggap perkara itu boleh menimbulkan "persepsi negatif" dalam kalangan masyarakat yang menggugat prinsip pengasingan kuasa.

"Tidak boleh dinafikan bahawa tularan tingkah laku tersebut yang dipaparkan dalam video-video berkenaan semestinya akan menimbulkan persepsi seolah-olah kedaulatan undang-undang dan prinsip pengasingan kuasa di antara bidang kehakiman (ketua hakim negara dan peguam negara) dengan eksekutif (menteri undang-undang) boleh dan telah digugat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Haniff berkata demikian sebagai menafikan tanggapan yang menuduh beliau sengaja berdiam diri daripada mengulas klip video yang memaparkan Ketua Hakim Negara Richard Malanjum, Peguam Negara Tommy Thomas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong menari bersama dalam program Legal Year Gala Dinner 2019 anjuran Pertubuhan Undang-Undang Sabah (SLS) di Kota Kinabalu, semalam.

Untuk rekod, pada 2016, Haniff membuat kritikan terhadap Mohamed Apandi Ali yang merupakan peguam negara ketika itu susulan tularan klip video memaparkannya menari bersama beberapa menteri BN.

Dalam kritikannya itu, Haniff menggesa Mohamed Apandi menjelaskan tindakannya dan menggesa meletakkan jawatan sekiranya gagal berbuat demikian.

Ketika itu, pandangan Haniff turut dikongsi pemimpin Amanah Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah yang berkata Mohamed Apandi sebagai peguam negara tidak seharusnya dilihat terlalu rapat dengan pemerintah.

Empat alasan

Sementara itu, mengulas lanjut video yang tular hari ini, Haniff memberikan empat alasan bagi menyokong pendiriannya.

"Sebahagian besar daripada masyarakat am Malaysia, tidak langsung mempunyai pengetahuan berkaitan kewujudan majlis sosial seperti itu, dan semestinyalah akan terkejut dengan gelagat dan tingkah laku pihak-pihak berkenaan seperti yang terpapar dalam video-video berkenaan.

"Secara langsung, gelagat dan tingkah laku pihak-pihak berkenaan juga, boleh menampilkan kekhuatiran tentang keakraban kesemua pihak berkenaan yang boleh menggugat dan mencalarkan akan kewibawaan bidang kehakiman dan perundangan kerana kesemua pertikaian perundangan yang dibicarakan oleh sistem kehakiman akan sering menemukan kesemua pihak yang sama dari semasa ke semasa.

"Kesemua pihak yang berkenaan dalam bidang kehakiman dan perundangan juga seharusnya lebih peka dengan harapan kesemua lapisan masyarakat dari setiap perspektif, adat dan keturunan bahawa peradaban dan tatasusila pihak-pihak berkenaan semestinya dijaga dan dikekalkan di tahap tertinggi, yang mana boleh dikatakan adalah di luar daripada apa yang dipaparkan dalam video-video itu.

"Bebas daripada hak setiap individu terbabit untuk menjalani corak hidup sendiri secara peribadi, mereka juga wajib peka bahawa pada era sistem teknologi terkini yang melibatkan kemudahan untuk mengambil rakaman video atau gambar yang dapat diedarkan ke khalayak ramai dalam sekelip mata, maka gelagat dan tingkah laku kesemua pihak berkenaan yang boleh tampilkan persepsi negatif terhadap sistem kehakiman dan perundangan hendaklah dielakkan sepenuhnya," katanya.

Haniff juga memohon ketua hakim negara, peguam negara dan menteri undang-undang bertanyakan pada diri masing-masing secara jujur sama ada tindakan mereka menampilkan persepsi negatif.

"Sekiranya jawapan mereka 'ya', maka saya serahkan kepada kebijaksanaan setiap mereka secara peribadi untuk mengambil tindakan lanjut secara jujur dan ikhlas yang wajib kembalikan keyakinan keseluruhan masyarakat awam kepada pematuhan kedaulatan undang-undang dan prinsip pengasingan kuasa dalam sistem kehakiman dan perundangan negara kita," tegasnya.

Terdahulu, susulan penularan video berkenaan, Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan ia sebagai memalukan institusi kehakiman dan perundangan negara.

Anggota Parlimen PKR Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad pula mengungkit kritikan Haniff pada Mohamed Apandi pada 2016, dan menggesa agar tokoh kehakiman dan eksekutif menjaga imej kebebasan dan integriti.

Sementara peguam Siti Kasim yang turut dipaparkan dalam video berkenaan mempertahankan tindakan peguam negara dan ketua hakim negara serta mengecam pihak yang mengkritik perkara itu.

Peguam hak asasi Eric Paulsen dalam Twitternya pula berkata individu yang menghadiri majlis berkenaan semestinya akan bergaul dan menari jika mahu.



Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 11:50 AM | Show all posts
Hanipa: Jamuan, majlis tarian tradisi bidang guaman

https://m.malaysiakini.com/news/460946

20 Jan 2019, 9:14 pagi (Dikemaskini 20 Jan 2019, 9:24 pagi)



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Mohamed Hanipa Maidin berkata majlis jamuan dan tari menari sebenarnya sebahagian daripada tradisi guaman, walaupun mengakui ia kelihatan "sedikit kebaratan".

"Para peguam ini amat kaya dengan pelbagai tradisi yang mungkin kelihatan agak unik dan hanya ada dalam profesion itu sahaja...  Program makan malam dan tari menari yang dipanaskan tak tentu fasal itu hakikatnya sebahagian tradisi (bidang guaman). Ya saya akui kadang kala ia kelihatan 'sangat Inggeris'.

"Ia mungkin kelihatan sedikit kebaratan dan dilihat oleh 'pihak-pihak suci' tidak patuh syariah. Tetapi menyokong dan memberi nyawa dan oksigen suatu masa dulu kepada regim kleptokratik juga bukanlah Islamik atau patuh syariah sangat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas rakaman memaparkan Ketua Hakim Negara Richard Malanjum, Peguam Negara Tommy Thomas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong menari bersama dalam satu acara, yang tersebar semalam dan mendapat perhatian ramai pengguna media sosial.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan perkara itu sebagai perkara yang memalukan institusi kehakiman

Beliau berkata institusi kehakiman dan perundangan sejak dulu sangat sensitif dengan pergaulan sosial kerana ia melibatkan keyakinan masyarakat terhadap mereka.

Video itu juga dikritik beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH), antaranya Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad yang membangkitkan kritikan terhadap bekas peguam negara Apandi Ali yang dahulu turut dikritik kerana menari bersama pemimpin BN, serta peguam Haniff Khatri Abdulla yang berpandangan ia boleh menimbulkan "persepsi negatif".

Hanipa yang juga seorang peguam kemudian mengulas lanjut tentang tradisi bidang guaman antaranya jamuan yang diadakan selepas peguam pelatih menamatkan tempoh amali (chambering).

"Kami akan buat kunjungan ke kamar hakim. Selepas diterima sebagai peguam, kami biasanya akan adakan jamuan yang melibatkan para peguam dan pihak kehakiman. Ia sudah jadi tradisi. Semasa chambering peguam pelatih digalakkan membuat kunjungan hormat kepada peguam senior.

"Di mahkamah, kami akan memanggil rakan peguam sebagai 'rakan yang bijaksana' meskipun kami berlawan sakan.

"Bila peguam bangun berhujah, peguam lawan tidak boleh bangun pada masa sama - ia dianggap amat biadab. Kena duduk dan hormat. Ia dipanggil dekorum kehakiman. Ia juga sebahagian daripada tradisi kami yang kaya," katanya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 11:53 AM | Show all posts
Saya naik pentas, menari lepas dijemput penganjur, kata menteri

https://m.malaysiakini.com/news/460958

20 Jan 2019, 11:22 tengahari (Dikemaskini 20 Jan 2019, 11:22 tengahari)



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata beliau, Ketua Hakim Negara Richard Malanjum, Peguam Negara Tommy Thomas naik ke pentas dan menari di sebuah acara Jumaat lalu hanya atas permintaan penganjur.

Beliau berkata demikian ketika menjawab kritikan beberapa pihak susulan rakaman video acara itu yang tersebar semalam.

"... Kami menari pun kerana penganjur menjemput kami ke pentas untuk menari, tetapi hanya untuk satu lagu sahaja.

"Selain itu, penganjur juga adakan persembahan lain daripada artis dalam kalangan peguam, hakim dan pegawai kehakiman, selain persembahan tradisi. Ia bukan khas kepada sesiapa," katanya seperti dipetik Sinar Harian hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung tindakan itu yang dikritik pelbagai pihak, termasuk oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Dalam rakaman itu, Liew, Malanjum dan Thomas serta tetamu lain dilihat menari di pentas dalam majlis Makan Malam Gala Pembukaan Tahun Perundangan 2019 yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.

Antara pemimpin PH yang mengkritik tindakan itu ialah Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengingatkan PH perlu konsisten dalam pendirian mereka, memandangkan bekas peguam negara Apandi Ali pernah dikritik ketika menari bersama pemimpin BN beberapa tahun lalu.

Peguam Haniff Khatri Abdulla pula berkata ia menimbulkan "persepsi negatif" dalam kalangan masyarakat yang menggugat prinsip pengasingan kuasa.

Bagaimanapun penganjur iaitu Pertubuhan Undang-Undang Sabah (SLS) berkata tindakan mereka tidak bermakna mereka tidak profesional dalam menjalankan tugas.

Liew dilaporkan berkata lagi acara itu bukan diadakan hanya untuk bersuka-ria seperti anggapan sesetengah pihak, dan malah ia dihadiri semua anggota badan kehakiman seluruh negara.

"Saya ke situ demi memenuhi jemputan mereka... Penganjur juga menjemput Tommy Thomas, Richard Malanjum dan semua (anggota) badan kehakiman dan perundangan," katanya lagi seperti dipetik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 11:55 AM | Show all posts
Menari? Kita tak pertikai Siti Kasim, kata Maza

https://m.malaysiakini.com/news/460919

19 Jan 2019, 6:40 petang (Dikemaskini 19 Jan 2019, 9:58 malam)



Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengecualikan peguam dan aktivis sosial Siti Kasim ketika melontarkan pandangan agar individu yang mempunyai jawatan dalam masyarakat menjaga kesantunan.

Mohd Asri berkata demikian ketika berkongsi pendapatnya berhubung klip video memaparkan beberapa tokoh dan personaliti perundangan dalam sebuah majlis tari-menari.

"Kita tidak mempertikaikan saudari Siti Kasim. Kita percaya tiada siapa yang rasional akan mempertikaikan beliau sekalipun jika keadaan seribu kali lebih daripada ini.

"Harap beliau tidak salah faham dan menganggap hal ini ditujukan kepada beliau," kata Mohd Asri.

Sebaliknya, jelas Mohd Asri, pandangannya itu ditujukan buat pihak berkedudukan dalam masyarakat yang sepatutnya menjaga status dan nilai positif, tanpa mengira latar politik.

"Setiap orang ada cara kehidupan tersendiri apatah lagi bagi yang mempunyai kepercayaan yang berbeza. Itu adalah pilihan masing-masing.

"Namun, bagi individu-individu yang memegang peranan penting dalam negara dan mempunyai nama dalam masyarakat seeloknya hendaklah mengawal cara dan kesantunan di khalayak awam agar tidak dianggap 'tidak menjaga ketertiban' yang sepatutnya.

"Apatah lagi apabila lambang negara dan institusi penting ada di situ. Ini kerana, dalam budaya masyarakat kita di Malaysia, hal seperti ini mengundang persepsi yang salah dan menurunkan nilai penghormatan di mata awam," katanya.

Terdahulu, sebuah klip video memaparkan beberapa tokoh dan personaliti perundangan menari dalam majlis Legal Year Gala Dinner 2019 yang diadakan semalam di Kota Kinabalu, Sabah.

Jejas etika kehakiman

Selain Siti Kasim, turut menyertai tarian itu ialah Ketua Hakim Negara Richard Malanjum, Peguam Negara Tommy Thomas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong dan peguam Ambiga Sreenavasan.

Pemuda Umno dalam kenyataan media hari ini menyifatkan penularan video berkenaan sebagai memalukan institusi kehakiman.

Berkongsi pandangan isu sama di Facebook, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata penularan video berkenaan akan menjejaskan etika kehakiman.

"Hakim perlu memelihara etika kehakiman dalam kehidupan seharian. Ini perlu dipelihara bagi menjaga kedudukan hakim pada pandangan umum masyarakat.

"Tindakan hakim dalam majlis Keraian berdansa sebagaimana yang ditularkan, akan menjejaskan dan bertentangan dengan etika kehakiman.

"Di harap badan perundangan negara melihat isu ini dan mengambil perjalanan yang sewajarnya," katanya.

Dalam kenyataan berasingan di Facebook, Siti Kasim mempertahankan tindakan ketua hakim dan peguam negara menari di atas pentas serta mengecam pihak yang mengkritik.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 12:00 PM | Show all posts
terkinja kinja macam umngok ngan lebai pas dalam thread ni

skandal 1mdb tak tahu pula nak masuk bincang
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 12:01 PM | Show all posts
Korang tengok lawyer gaduh2 dalam court tu korang ingat depa gaduh betul2 eh?

kesian....

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
itu jela modal ko 1mdb haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.098172 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list