CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2128|Reply: 20

[Tempatan] Lagi kes perempuan kena tipu. Kali ni depannnnn...mesin ATM

[Copy link]
Post time 19-1-2019 10:15 PM | Show all posts |Read mode
Ditipu depan mesin ATM


WANITA berusia 40-an kerugian RM4,950 selepas wang yang mahu dimasukkan ke dalam mesin deposit di sebuah bank di Jalan Dato Bandar Tunggal, Seremban dipercayai diambil seorang lelaki Isnin lalu.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 2.45 petang itu mangsa berusia 40-an ke premis itu bagi memasukkan wang ke dalam akaun bank milik rakannya.

Katanya, mangsa didatangi lelaki 30-an mendakwa kakitangan bank dan memaklumkan mesin deposit yang digunakan itu tidak dapat mengeluarkan penyata transaksi.

Menurutnya, mangsa diminta menggunakan mesin bersebelahan lalu mengubahnya sebelum memasukkan wang itu ke mesin deposit.

“Ketika mahu menekan butang persetujuan, suspek meminta mangsa mengambil foto pada paparan skrin untuk dikirimkan kepada rakan.

“Ketika mahu menghantar foto itu, suspek sekali lagi mengalihkan perhatian apabila memberitahu penyata transaksi hanya dapat diambil di kaunter bank, keesokan hari,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa diminta ke tepi selepas lelaki terbabit memaklumkan ada pelanggan lain sedang menunggu di belakang.

“Ketika mahu beredar, suspek berpura-pura bertanya lokasi sebuah bank di kawasan berdekatan.

“Mangsa hanya menyedari kejadian apabila dimaklumkan rakan wang itu tidak masuk ke dalam akaunnya, Selasa lalu,” katanya.

Menurut sumber itu, mangsa mempercayai wang itu diambil suspek ketika dia mahu mengambil foto dan mengirimkan kepada rakannya.

Sehubungan itu mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, jam 10.50 pagi Rabu lalu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 January 2019

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2019 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Janganlah bercakap dengan orang bila tengah buat self service bank transaction... Buat tak peduli je.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh berani sgt ke @ bengap?? Atm machine kan ada cctv..mana dia nak lari??
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
report polis pastu minta la cctv bank..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak bahayanya
Klu kena kat i pun akan tertipu gak ni
Sbb i dhla x reti mesin2 ni
Selalu terkial2 depan 3 jenis mesin kt bank tu
Oh satu lagi yg utk buat kad baru tu. terkial jugak

Mujur ada pakgad bank rajin bantu
Mmg x berani tanya org lain

X sukala i urusan libatkan mesin2 kat bank ni
Pening

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
esok kena cekop la tuww
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2019 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib lah aku ni selalu buat muka ketat..
Apa lg klu org tak kenal berckp dgn aku...jelingan maut aku bg....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mgkin suspek tu hensem sgt.smpai pmpn 40 an menurut aja arahan itew..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
pandai mamat tu distract dia..n cepat betul dia ambik tindakan...ke akak tu jenis terkial2 masa amik gambar tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dosa nya lahai ambik kesempatan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Fishy nya ajak orang berborak2 depan mesin atm. Dasar perampok.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes ni dah lama berleluasa di kelantan... MO sama.... distraction ms kt atm...
Beware la kita...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 08:26 AM | Show all posts
nak tgklah update kes ni..mesti ada cctv
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 09:06 AM | Show all posts
mmg skrg org mudah nak kacau kalau kita buat transaksi kat mesin atm...kadang2 guna budak selit tepi2 kita...2 3 orang

kadang2 konon nak suruh kita pegi ambikkan duit dia....tak reti guna mesin...sedangkan pegawai bank yang bertugas ada kat situ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:07 AM | Show all posts
clarizsa replied at 19-1-2019 11:34 PM
Alamak bahayanya
Klu kena kat i pun akan tertipu gak ni
Sbb i dhla x reti mesin2 ni
Sebab tu FC suka baca2 Thread yang @R2D2  buka
sebab antara Threads nya banyak yang bagi kita alert dengan kes kes xmacam ni


Hati - hati lah yer .. even dengan pakgad sekali pun


Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 21-1-2019 10:07 AM
Sebab tu FC suka baca2 Thread yang @R2D2  buka
sebab antara Threads nya banyak yang bagi kita aler ...

Ye
Ramai org jahat sekarang
Huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 01:07 PM | Show all posts
memang senang terkena....

rule of thumb sekarang ni buat 'sombong' ja tapi bukan nasty.

just say No...

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 01:08 PM | Show all posts
Biasanya pompuan yg kena tipu ni jenis gersang kasih sayang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai mesin ATM bukannya free. Maybank untuk 4 pengeluaran pertama je free..... lepas tu charge 50 sen per withdrawal walaupun keluar RM10. Lain2 Bank charge yearly subscription. Lepas tu interest Savings/current account punyalah rendah tapi charge credit card, housing loan punyalah tinggi. Jadi sampai masanya customer demand safety measures daripada Bank..... security personnel ke, person in charge ke dekat ATM terminal. Any loss to the customer bila berurusan dengan ATM dianggap salah Bank unless Bank bolih proof otherwise. Muak dengan sikap lepas tangan Bank..... Bank tak pernah terlepas charge kita bila using their facilities including ATM. Biar Bank fikir macam mana nak improve security dekat ATM terminal.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 19-1-2019 11:34 PM
Alamak bahayanya
Klu kena kat i pun akan tertipu gak ni
Sbb i dhla x reti mesin2 ni

sama la kita... kihkih
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.083552 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list