CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1281|Reply: 14

[Tempatan] Malaysia akan kaji jika terdapat keperluan untuk haramkan infrastruktur Huawei 5

[Copy link]
Post time 20-1-2019 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 20-1-2019 04:06 AM

M'sia akan kaji jika terdapat keperluan untuk haramkan infrastruktur Huawei 5G - Dr M

https://m.malaysiakini.com/news/460891

19 Jan 2019, 3:36 petang
(Dikemaskini 19 Jan 2019, 3:36 petang)




Malaysia akan menjalankan kajian terlebih dahulu untuk mendapatkan butiran sebelum bertindak menyekat Huawei, sebuah telekom gergasi dari China, daripada membina infrastruktur 5G di Malaysia, susulan kebimbangan berhubung pengintipan siber yang semakin meningkat dalam kalangan negara barat.


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia tidak pula mendapati syarikat berkenaan melakukan sesuatu yang salah di Malaysia.


“Apa yang Jerman mahu lakukan akan ditentukan sendiri oleh Jerman dan apa yang Kanada hendak lakukan juga keputusannya terletak kepada mereka.


“Namun Malaysia tidak akan mengikuti apa yang orang lain lakukan. Kita perlu kaji dan memastikan sama ada ia sesuatu yang berasas untuk diambil tindakan sedemikian terhadap syarikat berkenaan,” katanya menjawab kepada soalan oleh seorang hadirin selepas menyampaikan perbincangan Oxford Union yang disiar secara langsung oleh Astro Awani dari London awal hari ini.


Adalah dilaporkan bahawa Jerman sedang menimbang untuk memperkenalkan standard keselamatan lebih ketat untuk menyekat Huawei daripada pengembangan 5Gnya.


Langkah itu timbul susulan peningkatan kebimbangan dalam kalangan kerajaan di Barat bahawa peralatan Huawei mungkin digunakan untuk mengintip oleh pihak berkuasa China.


Juga dilaporkan bahawa Australia dan New Zealand telah mengharamkannya setelah Amerika Syarikat mendahului dengan menggesa komuniti antarabangsa agar tidak bekerjasama dengan syarikat China. Amerika Syarikat memberi amaran bahawa peralatan berkenaan mungkin mengandungi “pintu belakang” yang boleh digunakan untuk pengintipan siber.


-- Bernama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Don't be so naive la.

Bestu gugel Tak intip? All those g suites solutions?

Apple Tak intip? Cloud storage tu Sapa odit?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Abih la endorsement deal
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Huawei adalah telefon org kaya
iPhone telefon org miskin
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 01:38 PM | Show all posts
semua negara ada unit risikan dalam corporate sector. cuma how much data mereka boleh intercept dan collect saja membezakan antara setiap negara.

jadi sebagai sebuah negara berdaulat kena control damage dan counter cara betul agar harga minyak kelapa sawit dan getah tak jatuh.

kita negara kecil ada masa mengalah itu menang ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Harao atok haramkan fesbuk..  Mark suckerburg kan kantoi jual byk data pelanggan kpd pihak ke 3.  Haramkan fesbuk sbb PH terok kena troll di laman fesbuk najib
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2019 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
German siemens takut competition dgn huawei la tu
In the 90s siemens lead the world in telco infra la ni most msian telco dah migrate to huawei
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 02:16 PM | Show all posts
bukan soal huawei, tapi infra 5g tu sendiri mmg terlalu memudaratkan.
dari dok kembang 5g. elok lengkapkan jaringan 4g dan hapus 3g.

4g pon dah tersangat laju (kecuali ipong)
sapa yg terasa 4g dia lembab tukar la fon tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 02:38 PM | Show all posts
Sebab network equipment Huawei dan ZTE lah rakyat Malaysia dapat merasa 4G dan fibre internet.

Equipment dari Huawei lebih murah malah lebih advanced berbanding Ericsson dan Nokia. Kalau kerajaan beria-ia nak bagi internet laju dan murah, maka pilihannya adalah Huawei dan ZTE.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 02:54 PM | Show all posts
4G kt Malaysia ni pn mcm haremmmmm

kalo kat kampung iols lagi la jd 3G lg harem jadah
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 02:55 PM | Show all posts
Edited by gbam at 20-1-2019 03:06 PM

https://www.radiationhealthrisks.com/5g-cell-towers-dangerous/

kenapa tower gelombang 5G sangat bahaya?
ini kerana gelombang pendek 5G saiz milimeter ja perlukan lebih banyak cell tower selang setiap 2 hingga 8 biji rumah sebiji tower.
https://www.lifeenergysolutions. ... against-5g-rollout/


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 20-1-2019 02:54 PM
4G kt Malaysia ni pn mcm haremmmmm

kalo kat kampung iols lagi la jd 3G lg harem jadah

Tukar la setting 3G uols ke 3GP. Nescaya uols aman2 gitchewww
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
FB aman-aman sahaja didenda akibat penyalahgunaan data peribadi. Manakala Apple pernah dikecam kerana sengaja melambatkan iPhone versi lama.

https://www.theguardian.com/tech ... -flagging-batteries
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:11 PM | Show all posts
onexox97 replied at 20-1-2019 12:17 PM
Huawei adalah telefon org kaya
iPhone telefon org miskin

teringat thread psl huawei n iphone mcm u cakap ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:25 PM | Show all posts
silap haribulan Iphone & BB ada unsur unsur pengintipan juga...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.135031 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list