CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pyropura

[Tempatan] ..Analysts: Yes, Najib a social media hit, but public perception unchanged

[Copy link]
Post time 20-1-2019 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Papa lim mcm risau jekk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 08:05 PM | Show all posts
unday, 20 January 2019
NAJIB TIDAK SELAMANYA HARUS BERBANGGA DENGAN GELARAN RAJA TROLL NEGARA


Baik di pihak kerajaan, mahu pun pembangkang, Najib Razak ketika ini telah berjaya menampilkan dirinya sebagai individu paling popular di media sosial negara ini.

Ia bukan saja bersandarkan kekerapannya menulis dalam bentuk kritikan ringan, sindiran atau bernada sinis terhadap banyak isu berkaitan kerajaan tetapi juga disusuli dengan kerapnya beliau turun padang bertemu kelompok masyarakat tertentu bagi tujuan mempromosi dirinya.

Dalam waktu-waktu kebelakangan ini juga, bekas Perdana Menteri itu kelihatan lebih santai, ceria dan banyak berjenaka.

Lantaran popularitinya itu, beliau kini digelar sebagai Raja Troll Negara dan Najib sendiri nampaknya senang serta gembira dengan gelaran baru itu.

Dalam bahasa orang bandar, khususnya kepada penggila media sosial dan orang muda, gelaran Raja Troll ini mungkin sesuatu yang membanggakan dan menampakkan kejayaan, tetapi dalam bahasa orang dewasa dan luar bandar, ia tidak ubah seperti gelaran Pak Lawak saja tarafnya.

Sesetengah orang melihat gelaran Raja Troll itu pula sama seperti meletakkan Najib setaraf dengan Sultan Melaka atau Ayahanda Rani Kulop saja layaknya.

Dalam hal ini, harus diingati bahawa Najib adalah seorang bekas Perdana Menteri yang merupakan satu jawatan yang tinggi dalam negara.

Adakah ternampak suatu kelebihan dan manis di mata masyarakat apabila seorang bekas Perdana Menteri bertukar menjadi Pak Lawak atau disamakan dengan Sultan Melaka atau Ayahanda Rani Kulop?

Apa sebenarnya yang mahu Najib capai dalam keaktifannya di media sosial sekarang ini?

Sebenarnya, tidaklah menjadi kesalahan untuk Najib menjadi aktif di media sosial, termasuk melakukan posting menyindir, menyinis atau mengusik mana-mana pemimpin atau dasar kerajaan, tetapi beliau seharusnya melihat skop keaktifannya dalam ruang yang lebih besar lagi.

Sesekali melawak dan menjadi Pak Lawak barangkali tidak mendatangkan masalah, tetapi sebagai bekas Perdana Menteri yang keaktifannya sekarang ialah untuk mengurangkan sokongan rakyat terhadap PH dan berusaha mengembalikan BN sebagai kerajaan semula, Najib juga harus lebih banyak tampil dengan watak yang serius dan sesekali menghamburkan serangan yang benar-benar membuatkan Tun Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng misalnya, terkedu untuk menjawabnya.

Sehingga ini, apa yang kelihatan, paparan yang ditampilkan Najb di media sosialnya lebih menjurus kepada sesuatu yang bernada sinis, menyindir dan mengusik semata-mata, sedangkan banyak isu-isu dasar, skandal dan melibatkan kepentingan rakyat dalam kerajaan sekarang memerlukan garapan yang lebih serius bagi menyedarkan rakyat.

Sebab itu juga agaknya Tun Mahathir tidak pernah memberi respon terhadap apa juga yang ditulis Najib di media sosialnya kerana beliau mungkin menganggapnya sebagai lawak semata-mata.

Walhal, ketika Tun Mahathir mengetuai Pakatan Harapan dulu, hampir setiap serangannya kepada kerajaan berjaya membuatkan Najib sebagai Perdana Menteri ketika itu terpaksa memberi respon terhadapnya.

Apalagi sebagai bekas Perdana Menteri, Najib tentunya mempunyai kelebihan serta pengetahuan tertentu dalam melantunkan serangan dan kritikannya kepada kerajaan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Tun Mahathir sebelum ini.

Mungkin aura Tun Mahathir berbeza dengan Najib, lebih-lebih lagi kerana beliau juga sedang dihadapkan dengan puluhan pertuduhan mahkamah, tetapi sementara kesempatan bebas masih ada dan terlalu banyak isu berlegar dalam negara yang melemaskan rakyat, beliau harus mengambil peluang yang ada itu.

Menjelang sembilan bulan wujudnya kerajaan baru, Najib tidak seharusnya terus gembira dengan gelaran Raja Troll atau Pelawak semata-mata, tetapi beliau mesti bergerak ke arah baru dengan menampilkan keyakinan rakyat terhadap kekuatan pembangkang sebagai elemen "check and balance" dalam negara ini.

Sekali dua melawak atau tampil berjenaka bolehlah diterima, tetapi rakyat yang mula tidak puas hati, kecewa dan sesetengahnya sengsara dengan kerajaan baru ini, tidak akan terubat luka di hati mereka dengan diajak ketawa semata-mata.

Rakyat perlukan sesuatu yang serius dan meyakinkan demi masa depan mereka. Rakyat akan melihat ada harapan jika pembentangan sesuatu isu, kritikan, serangan terhadap kerajaan dilakukan dengan nada yang serius, bukannya dalam jenaka.

Untuk itu, Najib perlu juga kerap tampil dengan kritikan yang serius dan penuh fakta, sama ada melalui media sosial atau penampilan terbuka, untuk menggambarkan keseriusan perjuangannya menentang Pakatan Harapan.

Dengan gelaran Raja Troll atau Pelawak, mungkin ramai yang gembira dan tumpang ketawa, tetapi yang selalunya mampu membangkitkan semangat untuk perubahan kerajaan ialah amanat yang keras, keringat dan airmata.
(ShahbudinHusin 20/01/2019).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2019 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 replied at 20-1-2019 08:05 PM
unday, 20 January 2019
NAJIB TIDAK SELAMANYA HARUS BERBANGGA DENGAN GELARAN RAJA TROLL NEGARA


Memang pun, yg suka sangat pada troll najib ni level2 Bbnu mat rempit bohsia bohjan ja, tu yg sikit2 cakap tak sabar Pru 15, sikit2 cakap tak sabar nak undi walau baru 8bulan gomen baru. Najib tunjok bontot ataih motor pun depa kan main suka
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 20-1-2019 09:41 PM
Memang pun, yg suka sangat pada troll najib ni level2 Bbnu mat rempit bohsia bohjan ja, tu yg siki ...

tulisan dr anti najib pun ko nak percaya... mmg la die tulis gitu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2019 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 replied at 20-1-2019 08:05 PM
unday, 20 January 2019
NAJIB TIDAK SELAMANYA HARUS BERBANGGA DENGAN GELARAN RAJA TROLL NEGARA


Kalau Najib tu takde pengalaman memerintah, boleh aje dia dok sindir melawak je macam pembangkang yg dulu. Tapi kalau ex PM, setiap sindiran/lawak sepatutnya disertakan dgn idea/proposal, barulah dilihat special dan better dari pumbangkang sebelum ini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah penat jah troll membodohkan diri dan lobai2, rupanya masih xdpt merobah pendirian ummah. Takziah buat najib hanat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2019 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 20-1-2019 12:11 PM
Adoilaaa, apa lar analyst nih, bagi lah lobaicai2 tu inzal dulu, depa tengah kemaruk Likes najib 35k ...

Sekarang ni lobai2 semua pakat like dan share status najib, habis lobai hadi bawang dipinggirkan geng sendiri. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 20-1-2019 01:21 PM
Beza page najib vs page che det  ..

Bilangan like di sosial media menjadi ukuran para cacai. Sebab tu smpai jatuh bungkus umngok pru14 tempoh hari. Kahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 replied at 20-1-2019 08:05 PM
unday, 20 January 2019
NAJIB TIDAK SELAMANYA HARUS BERBANGGA DENGAN GELARAN RAJA TROLL NEGARA


Pak lawak dan pak pandir saja taraf bekas perdana menteri. Tak semenggah langsung imej tersebut, mana ada bekas2 perdana menteri dunia jadi penjenaka selepas bersara, tak classy!
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 20-1-2019 09:43 PM
tulisan dr anti najib pun ko nak percaya... mmg la die tulis gitu....

Dah kau pon percaya tulisan pro najib, apa beza kau nya?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ade geng baru berani masuk haha
dasar munafik
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Troll terbaru ds najib... Kasut sumbangan dapig salah size  .. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli je aku bc dok puji najib srg troll. Dh tentu2 la dia bkerjasama dgn org di blkng page troll. Nk hrp otak najib jd mcm pru lps la. Ckp apa pon asyik tersilap
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku 2 kali undi PH. Tapi aku benci PH skrg. So BN mantapkan jenteramu. Buang zahid dan parasit2 dalam BN. Aku undi korang. Memang fedup dgn PH.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun akan undi BN jua nanti, dan ramai kawan-kawan aku yang sebelum ni PH dah bertukar menjadi penyokong BN..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Korg ckp najib jd pelawak semata2..
Gamaknya dok bc yg tu je kot
Pdhl melambak lg posting dia dok hentam PH esp LGE n bapaknya psl eko negara..
Menteri lain pn ramai kn..
Tu bnyk bnd yg uturn lps kn troll
Cuma skrg pendekatan najib lbh santai.
Kang serius posting mcm timw jd PM dl, Xsampai ke hati anak muda plak katany hahha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 05:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 21-1-2019 05:51 AM

lawak tak lawak  tp kera jaan ph dan mahacai dah mula cuak..yang penting berjaya dpt
sokongan dr golongan muda yg rase mereke telah tertipu. langkah bijak gomen ph tak sabar 2 nak turunan umur layak mengundi ke 18 tahun. kita lihat nanti siapa yg untung
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 08:52 AM | Show all posts
# menyesal undi PH..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
malaysiaku123 replied at 21-1-2019 01:42 AM
Korg ckp najib jd pelawak semata2..
Gamaknya dok bc yg tu je kot
Pdhl melambak lg posting dia dok  ...

tu la psl... byk gile input dr najib.. dgn cara mudah org paham... psl nasib pekebun kecil segala. ujung2 mahacai goldfish dok fokus bab troll jah haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 09:33 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 20-1-2019 09:57 PM
Pak lawak dan pak pandir saja taraf bekas perdana menteri. Tak semenggah langsung imej tersebut, m ...

yang suka lawak hambar najib nie orang2 yang byk kat tepi jalan, mat motor semua tu..yg profesional semua mana layan dia...

yang baru2 nie kononnya dia popular kerana ayat bossku tu.. mat2 rempit jer yang byk...

dah tua2 mcm tu nak bergaul pulak dgn budak2. mcm tak berapa betul nampaknya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.098464 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list