CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1938|Reply: 20

[Tempatan] Baru 8 bulan, PH dah cekap, mahir, gigih etc salahguna aset kerajaan demi kempen

[Copy link]
Post time 20-1-2019 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Kenderaan kerajaan disalahguna?


Gambar yang tular di media sosial.

CAMERON HIGHLANDS- Hari ini tular gambar sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai milik Kerajaan Negeri Pahang digunakan untuk kempen pilihan raya.

Logo PH jelas tertera pada pintu hadapan kenderaan tersebut.

Didakwa seorang timbalan menteri telah memohon penggunaan kenderaan milik sebuah jabatan kerajaan tersebut bagi tujuan urusan rasmi.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Sri Dr Sallehuddin Ishak tampil menjelaskan perkara tersebut.

Menurutnya, kenderaan tersebut telah diambil semula serta merta selepas didapati telah disalahgunakan untuk tujuan berkempen.

"Saya dihujani pertanyaan oleh netizen tentang kenapa kenderaan milik kerajaan negeri Pahang digunakan untuk berkempen dan dilekatkan lambang parti.

"Suka saya menjelaskan bahawa jabatan berkenaan dibenarkan meminjamkan kereta berkenaan kepada satu kementerian bagi kegunaan rasmi seorang timbalan menteri.

"Bagaimanapan, selepas dilekatkan lambang satu parti, saya telah mengarahkan supaya kenderaan tersebut diambil semula serta-merta," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Pahang bakal mengadakan pilihan raya di Cameron Highlands, 26 Januari nanti bagi memilih ahli Parlimen baharu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 04:54 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah la pinjam kereta krjn negeri utk tujuan rasmi.. Lepas tu menipu pulak. PH oh PH  ... Mana Bershit?  X mahu komen kah?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 05:12 PM | Show all posts
harizs replied at 20-1-2019 04:57 PM
Dah la pinjam kereta krjn negeri utk tujuan rasmi.. Lepas tu menipu pulak. PH oh PH  ... Mana Bershi ...

memang kantoi bodo laaaa.  kenderaan link state disalah guna.  
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tampal sekali la surat menteri mana yg pinjam..kalau dpt gambar menteri tu naik kereta ni lagi power..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2019 05:22 PM | Show all posts
Salah guna jentera kerajaan, PH cakap tak serupa bikin


CAMERON HIGHLANDS - PH disifatkan cakap tidak serupa bikin apabila menggunakan kenderaan kerajaan untuk tujuan kempen pilihan raya.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, sedangkan sebelum ini PH selalu menuduh BN menyalahgunakan jentera kerajaan.

"Tetapi sekarang rakyat boleh lihat PH sendiri yang cakap tak serupa bikin. Contoh terbaru ialah kenderaan Jabatan Hutan digunakan untuk tujuan kempen pilihan raya dan dibalut dengan bendera PH.

"Ini tak termasuk lawatan menteri sempena PRK dengam alasan kebetulan atau dirancang awal. Ia menunjukkan tindakan PH guna jentera kerajaan ini semakin bertambah," katanya kepada media selepas mengunjungi penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata, di sini, hari ini.

Hari ini tular gambar sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai milik Kerajaan Negeri Pahang digunakan untuk kempen pilihan raya PH.

Seorang timbalan menteri didakwa telah memohon penggunaan kenderaan tersebut bagi tujuan urusan rasmi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Sri Dr Sallehuddin Ishak berkata, kenderaan tersebut telah diambil semula serta-merta selepas didapati disalahgunakan untuk tujuan berkempen.

Dalam pada itu, Khairy yakin penduduk Cameron Highlands tidak akan dipinggirkan kerajaan Persekutuan walaupun mereka mengundi BN.

"Saya difahamkan kerajaan baru ini tidak akan menghukum mana-mana kawasan yang tidak beri sokongan kepada PH.

"Jika pengundi Cameron Highlands terus pilih BN, maka PH kena tunjuk ini Malaysia Baru. Pembangunan akan terus disalurkan kepada Cameron Highlands berdasarkan keperluan masyarakatnya," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2019 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
baru 8 bln tuh haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 20-1-2019 06:42 PM
baru 8 bln tuh haha

Baru 8 bulan mcm2 salah guna berlaku..  BERSHIT pulak diam 1000 bahasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 07:02 PM | Show all posts
Sebelum pulangkan kereta tu cuci bersih dulu ingat senang ke nak hilang bau hancing
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 07:03 PM | Show all posts
Td baru najib perli. Ingat nk test drive. Seblum tarik balik jgn lupa claim duit minyak kt amoi rambut karat dulu hokeiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bsrshit mana? Mana comango? Jawab lah babi, hoii
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeee tak malunya
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawak, dlm berita aunt Fuzzy yang blame kerajaan negeri pahang
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bershit where are you  ???
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Expert sangat bab gini
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 20-1-2019 07:53 PM
Bershit where are you  ???

boss bershit kan tgh leteh bertwist mane mampu nak bagi pandangan. sila cepat meninggal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2019 08:42 AM | Show all posts
BN lapor polis dakwaan salah guna kenderaan 4WD Pahang untuk kempen
January 21, 2019 7:32 AM


CAMERON HIGHLANDS: Calon Barisan Nasional akan membuat laporan polis berhubung dakwaan salahguna kenderaan milik kerajaaan Pahang oleh Pakatan Harapan dalam kempen pilihan raya kecil Cameron Highlands, kata seorang pegawai pengiring.

Pegawai tersebut, yang minta namanya dirahsiakan berkata, kenderaan pacuan 4 roda (4WD) yang dirakam dalam satu video tular baru-baru ini ditahan di Kampung Orang Asli Pos Lenjang pada 6.30 petang semalam.

“Ramli Mohd Nor akan membuat laporan polis dalam masa terdekat. Pihak berkuasa diminta jalankan tugas,” katanya, tetapi enggan mengulas lanjut.

Semalam, kerajaan Pahang memaklumkan kenderaan terbabit dipinjamkan kepada satu kementerian untuk kegunaan rasmi, tetapi disalahgunakan oleh PH untuk berkempen.

PH sedang berusaha untuk merampas Parlimen Cameron Highlands dari tangan BN. Pengundi akan memilih pada 26 Januari ini.

Gambar kenderaan itu mengundang reaksi pelbagai pihak, termasuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang mahu memandu uji kenderaan itu.

Dalam satu video, beberapa lelaki dirakam menahan dan menyoal pemandu 4WD itu, mengatakan tindakan mereka bertentangan dengan prinsip kempen bersih. Mereka menanggalkan lapisan plastik untuk mendedahkan bendera PH yang menutup lambang dan nama jabatan kerajaan negeri.

Pemandu berkata dia tidak tahu kenderaan itu milik kerajaan negeri dan tujuan ke situ untuk mengambil peralatan muzik untuk satu acara “rewang”.

Dalam video berasingan, seorang individu dirakam memarahi orang-orang yang menahan kenderaan itu.

“Nak ambil barang, jangan tahan begitu. Awak boleh saman, jangan koyak-koyak begitu,” katanya.

Ramli turut dilihat dalam rakaman itu. Bekas pegawai kanan polis itu hanya melihat gelagat semua terlibat.

FMT difahamkan tiada sebarang pergaduhan berlaku dalam kejadian itu.

Bersih 2.0 sebelum ini menegur PH dan mendakwa gabungan itu paling banyak melakukan kesalahan dalam pilihan raya kecil sebelum ini, seperti menggunakan aset kerajaan dan memberi hadiah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang tgh berkuasa ni laa masa nk tunjuk kuasa... BN tggu lg 5 thn laaa plk.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai bila nak ketengahkan isu parti kerajaan dulu parti parti bangang ni. Kalau nak sangat perbetulkan yang dulu tu,jangan merungut lah celaka.. kata nak ambil alih.. laksanakan sajalah celaka. Banyak bising set celaka ni.. bodoh bodoh tak boleh diajar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2019 10:26 PM | Show all posts
Perkasa mahu Jabatan Perhutanan Pahang buat penjelasan
| 21 Jan 2019

SHAH ALAM - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mahu Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang membuat penjelasan berhubung penggunaan aset kerajaan dalam PRK Cameron Highlands.

Ketua Penerangan Perkasa, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, kebenaran yang diberikan untuk membenarkan penggunaan aset kerajaan disifatkan sebagai satu kecelaruan dalam sistem pentadbiran negara yang tidak sepatutnya dicampur aduk antara aktiviti politik dengan tugas-tugas kerajaan.

"Kecelaruan tindakan dengan membenarkan penggunaan kenderaan kerajaan dalam PRK memperlihatkan kelemahan integriti pegawai lantikan kerajaan dalam mengurus tadbir aset yang diletakkan di bawah seliaan mereka.

"Ia juga jelas menunjukkan penyelewengan dan salah guna kuasa pegawai kerajaan yang wajar dijatuhkan hukuman tatatertib ke atas mereka," katanya menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Kelmarin tular gambar di media sosial menunjukkan jentera PH menggunakan kenderaan pacuan empat roda dipercayai milik Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jabatan Perhutanan negeri Pahang.

Gambar tersebut menunjukkan beberapa kenderaan pacuan 4 roda yang mempunyai logo JAKOA, manakala sebuah lagi milik Jabatan Hutan negeri dibaluti dengan bendera PH.

Nasrul Ali Hasan berkata, banyak persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan berhubung perkara tersebut kerana sebelum ini mereka begitu lantang mengatakan tidak akan akan menggunakan aset kerajaan.

"Persoalannya, bagaimana Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang begitu mudah berikan aset ini? Adakah beliau ditekan oleh pihak tertentu agar membenarkannya? Sekiranya benar surat arahan telah dikeluarkan daripada Pejabat Timbalan Menteri Sumber Asli bagi menggunakan atas kapasiti beliau, adakah patut bendera PH digantung dan dipandu oleh orang yang berkemungkinan bukan pemandu kenderaan kerajaan?

"Bagaimana pula jika berlaku sebarang kerosakan, tuntutan minyak dan lain-lain musibah yang barangkali berlaku? Adakah bahagian hasil duit rakyat yang membayar cukai bagi kegunaan kerajaan memelihara dan memulihara hutan akan digunakan bagi tujuan penyelengaraan atau pembaikan? Atau parti PH akan bertanggungjawab membayar ganti rugi?" soal beliau.

Sehubungan itu, beliau berkata, perkara tersebut sedikit sebanyak telah mencalar kredibiliti pemimpin-pemimpin yang diharapkan untuk menerajui negara.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.076608 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list