View: 1471|Reply: 8
|
[Tempatan]
Tragedi Pasir Jerlus
[Copy link]
|
|
KERIANGAN sebuah keluarga berkelah sempena cuti hujung minggu berakhir tragedi apabila seorang daripadanya lemas di Sungai Pahang di Tanjung Medang, Pekan hari ini.
Mangsa, Mohd Farid Ahmad Shukor, 16, dari Perumahan Dato Shahbandar di sini dikatakan sedang memancing sebelum terjerlus ke dalam pasir dalam kejadian jam 11 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, berdasarkan keterangan bapa mangsa, Mohd Shukor Ahmad Gundal, 56, mereka datang ke lokasi itu untuk berkelah jam 8 pagi.
“Kira-kira jam 11 pagi, anaknya yang sedang memancing di tepi sungai dilihat berjalan menuju ke beting pasir yang jaraknya kira-kira 20 meter dari daratan.
“Bagaimanapun secara tiba-tiba anaknya kelihatan terjerlus ke dalam pasir lalu tenggelam, ayahnya yang berada di bot cuba menyelamatkan anaknya namun tidak berjaya,” katanya hari ini.
Amran berkata, mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya itu ditemui jam 12.15 tengah hari namun disahkan sudah meninggal dunia.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Penolong Penguasa Bomba Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.16 pagi daripada seorang lelaki sebelum bergegas ke lokasi dengan 11 anggota.
“Ketika anggota tiba di lokasi mangsa sudah dibawa ke darat selepas ditemui orang awam yang berada di kawasan berhampiran,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 January 2019 @ 4:43 PM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pasir jerlus ke selut tebal
|
|
|
|
|
|
|
|
info dr wiki
Pasir jerlus merupakan koloid hidrogel yang mengandungi bahan yang berbutir halus (seperti pasir atau kelodak), tanah liat dan air masin.
Pasir jerlus ialah bendalir bukan-Newton apabila tidak diganggu ia selalunya muncul sebagai pepejal (seperti "gel") tetapi gangguan kecil (kurang daripada 1%) akan mengubah tekanan pasir jerlus dan menyebabkan penurunan kelikatannya.
Pasir jerlus terjadi apabila air membasahi kawasan di mana keadaan pasir agak longgar sehinggakan pasir tersebut bergerak-gerak. Semasa air itu terperangkap dalam kumpulan pasir tersebut, ia membentuk pasir cair yang tidak mampu menampung berat lagi.
Pasir jerlus biasanya terjadi di kawasan yang agak lemah tanahnya seperti mata air, sepanjang tebing sungai, sekitar tasik, kawasan paya atau di persisiran pantai
ok...mmg pernah terjadi di kwsn pesisir pantai
|
|
|
|
|
|
|
|
Maksudnya arwah tu sekelip mata tenggelam dalam pasir ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingat di padang pasir tanah arab sana je kejadian pasir jerlus ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila air surut kat sungai pahang n sungai perak area pasir jerlus selalu muncul kat beting pasir, kena jalan slow2 nak detect dia jgn main redah je |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa pulak ayah tu di dlm bot
anaknya lak berjalan ke situ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|