CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 808|Reply: 19

[Tempatan] Kutipan cukai LHDN RM137.035 bilion tahun lepas

[Copy link]
Post time 20-1-2019 05:50 PM | Show all posts |Read mode
LHDN kutip cukai langsung pada tahun lalu sebanyak RM137.035 bilion
20 Januari 2019 1:38 PM


PUTRAJAYA 20 Jan.- Kementerian Kewangan mengumumkan kutipan kasar cukai langsung negara oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tahun lalu ialah sebanyak RM137.035 bilion iaitu meningkat 11.13 peratus atau RM13.723 bilion berbanding 2017.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, jumlah kutipan itu mencipta satu sejarah baharu kutipan hasil cukai langsung negara dan turut mengatasi pencapaian terbaik kutipan cukai langsung yang direkodkan pada 2014 iaitu sebanyak RM133.700 bilion.


"Kutipan cukai langsung bagi 2017 ialah sebanyak RM123,312 bilion. Peningkatan yang dicatatkan pada tahun lalu disumbangkan oleh peningkatan kutipan daripada komponen pembayar cukai seperti syarikat, individu, petroleum, koperasi, duti setem dan lain-lain.

"Situasi itu juga mencerminkan keberkesanan kepimpinan bersih dan pentadbiran cekap, akauntabiliti dan telus. Peningkatan hasil ini juga menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi masih menggalakkan pada 2018," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Guan Eng, kutipan hasil daripada cukai pendapatan (selain petroleum) telah menyumbang kira-kira RM116.953 bilion atau 85.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kutipan pada tahun lalu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kahkah puji diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi dividen epf turun mendadak..salah tadbir ke.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 06:03 PM | Show all posts

------- cukai tahun 2018 utk pendapatan bercukai tahun 2017 ----- hmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 20-1-2019 06:03 PM
------- cukai tahun 2018 utk pendapatan bercukai tahun 2017 ----- hmmmmmm

2017 tu ph memerintah dah haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 06:10 PM | Show all posts
dinopower2 replied at 20-1-2019 06:05 PM
2017 tu ph memerintah dah haha



---------------- kannn -- patut lah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2019 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 20-1-2019 06:10 PM
---------------- kannn -- patut lah.

dgn tak malunya ambik kredit.., mahacai bengap pun puji

level mahacai mmg hina... kaki pitnah... burukkan negara sendiri demi cita2 politik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2019 06:16 PM | Show all posts
Edited by R2D2 at 20-1-2019 06:26 PM

Kutipan LHDN melonjak hasil BN, kenapa Guan Eng ambil kredit?
20 Januari 2019


KUALA LUMPUR – Lonjakan kutipan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun 2018 adalah hasil kepesatan ekonomi di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2017.

Kenaikan itu tidak ada kena mengena dengan apa-apa strategi oleh kerajaan Pakatan Harapan dan bukan juga kerana kedudukan ekonomi yang baik seperti yang didakwa oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ini kerana, ramai yang tahu bahawa cukai yang kena bayar pada tahun ini adalah daripada pendapatan tahun sebelumnya, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Maka kebanyakan cukai yang dibayar pada tahun 2018 adalah daripada hasil tahun 2017.

“Tiada kena-mengena dengan apa-apa strategi PH dan bukan kerana ekonomi baik untuk tahun lepas seperti yang Guan Eng cuba tumpang puji. Nak tuntut kredit?,” kata ahli Parlimen Ayer Hitam itu

Tambahnya, rakyat boleh lihat dengan mata sendiri ekonomi semakin merosot selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

Ka Siong memuat naik hantaran terbaharunya melalui Facebook selepas Guan Eng memaklumkan tentang kutipan kasar LHDN tahun 2018.

Dalam kenyataannya tengah hari tadi, Guan Eng berkata, kutipan kasar cukai LHDN bagi tahun 2018 ialah RM137.035 bilion, meningkat sebanyak 11.13 peratus atau RM13.723 bilion berbanding kutipan tahun 2017.

Katanya, cukai tahun lalu mengatasi kutipan cukai langsung yang direkodkan pada tahun 2014 iaitu RM133.700 bilion.

Dalam kenyataan itu, Guan Eng berkata, lonjakan kutipan itu mencerminkan keberkesanan kepimpinan bersih dan pentadbiran Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), selain menunjukkan pertumbuhan ekonomi masih menggalakkan dalam tahun 2018.

Dakwa Menteri Kewangan itu lagi, prestasi kutipan sangat memberangsangkan ini jelas kesan daripada strategi-strategi efektif dan berkesan berkaitan percukaian yang ditetapkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu macam ka
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyoo ngan muka tak malunya n prasannya apek ni..eeh apek lu ilang ingatan ka ke mmg lu tongong
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
asyriqa replied at 20-1-2019 06:35 PM
Aiyoo ngan muka tak malunya n prasannya apek ni..eeh apek lu ilang ingatan ka ke mmg lu tongong:dizz ...

setonggong mahacai.. so mmg ekonomi negara ok je selama ni kan.... wpun gawat 2008 rakyat tak sedar pun... tp dah mkn pitnah hari2
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 20-1-2019 06:05 PM
2017 tu ph memerintah dah haha

Yg penting tunjuk dpt collect byk....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 20-1-2019 06:50 PM
Yg penting tunjuk dpt collect byk....

yg penting ambik kredit wpun ekonomi negara merudum sejak ph ambik alih...

dasar pemimpin sarkis
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi breakdown la
Betul ke cina sumbang 90%
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
jfq replied at 20-1-2019 07:09 PM
Bagi breakdown la
Betul ke cina sumbang 90%

ajaran pulau turtle rasis la tu... 90% income tax dr cina konon
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
cina la spesis lari tax... lg bajet byr cukai... klau apa jd kat negara pun korg lain... korg lari.. migrate... yg korg tahu duit ja... org mati pun org buat duit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2019 03:42 PM | Show all posts
Harian Metro

#Putrajaya Kementerian Kewangan menjelaskan kutipan cukai langsung negara dikutip LHDNM tahun lalu berkaitan pengenaan cukai pendapatan yang diterima pada 2018 iaitu selaras pelaksanaan sistem taksiran tahun semasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2019 04:53 PM | Show all posts

Kutipan cukai naik bukan keajaiban Guan Eng
21 Januari 2019


KUALA LUMPUR – Peningkatan kutipan cukai langsung yang didakwa kerana dasar kerajaan oleh Lim Guan Eng adalah kisah dongeng yang jelas menipu rakyat.

Ia bukan keajaiban yang dibuat oleh Menteri Kewangan itu atau pun kerajaan Pakatan Harapan.

Sebaliknya, dakwa Khairy Jamaluddin, peningkatan itu kerana kenaikan harga minyak dunia.

Ahli Parlimen Rembau itu menjelaskan, kerajaan Barisan Nasional menjangkakan hasil cukai petroleum adalah sebanyak RM11.4 bilion dengan andaian harga minyak dunia adalah AS$52.


Namun bermula Januari 2018, harga minyak dunia telah melambung naik dan tidak sekalipun pada tahun itu harga minyak dunia berada pada paras AS$52 ke bawah.

“Purata harga minyak dunia sepanjang tahun 2018 adalah AS$68.

“Jika dibaca kenyataan penuh Lim Guan Eng, boleh dilihat berlaku peningkatan ketara dalam kutipan cukai pendapatan petroleum iaitu sebanyak RM8.32 bilion berbanding anggaran awal,” katanya dalam hantaran terbaharunya di Facebook.


Oleh itu, Khairy berkata, tidak hairanlah apabila kutipan cukai langsung ini meningkat.

Hasil kutipan bagi cukai langsung lain seperti cukai pendapatan individu, syarikat dan lain-lain dilihat tidak mempunyai perbezaan besar dengan anggaran yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasioanl pada tahun 2017.

Lantaran itu, Khairy meminta Guan Eng segera menghentikan propaganda murahan beliau untuk menutup kelemahan pengurusan ekonomi di bawah Pakatan Harapan.

Ini dibuktikan apabila  harga barang tidak turun, puluhan ribu anak muda masih menganggur, gaji tidak naik, pekebun kecil mengeluh, peniaga mengadu aktiviti ekonomi tidak rancak.

“Itu patut menjadi keutamaan kerajaan Pakatan Harapan. Bukan ‘political point scoring’ murahan,” kata beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 04:58 PM | Show all posts
Kerajaan yg baik kutipan tax kurang
Beri byk pelepasan... ni dok bangga kutip tax lebih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.581861 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list