CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Lupakan cuti Cameron Highlands. Sesak teruk cuti 3 hari sempena Thaipusam

  [Copy link]
Post time 20-1-2019 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa i p cameron dulu hari biasa pun agak jem
Mmg cmtula jem teruk time cuti
Gigih betul yg pi jugak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Cameron Highlands ni mmg overrated sgat, jem memanjang tak berbaloi langsung ke sana. Baik lepak kat rumah bertelur jah lgi bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 10:57 PM | Show all posts
aku ni mengenangkan mak abah aku je kt kampung kalau tak mmg aku tak bergerak kemana2 la cuti2 ni, baik ddk umah tgk movie sambil  kunyah2
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Last time i gi cameron ialah bulan 11 hari tu. Naik hari khamis, turun balik sabtu. Ok la tak jem pun, tempat2 pun tak crowded sangat. Time pergi tu musim hujan, sejukkk sampai keluar wap bila bercakap pagi2. Dapat la fefeeling kat tempat omputeh sekejap
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa lah yang ada kat Cameron ni?  Ladang teh yang boring tu? Strawberry? Setakat sejuk tu? Last2 pergi pasar malam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2019 08:46 AM | Show all posts
Kesesakan bukan halangan melancong ke Cameron Highlands



CAMERON HIGHLANDS - Sejak dulu kawasan percutian popular Cameron Highlands menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negara.

Malah kesesakan melampau di kawasan ini memang tidak asing lagi hinggakan jarak yang singkat boleh memakan masa sehingga lebih sejam.

Trafik minggu ini nampaknya semakin berganda berbanding minggu lalu ketika penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Namun tinjauan Sinar Harian mendapati suasana itu tidak menghalang pengunjung untuk menikmati percutian suhu rendah bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang.

Rata-rata memaklumkan mereka sudah merancang lebih awal sebelum pengumuman tarikh PRK dibuat.


Bagi Asriq Jalaludin, 29 dari Kuala Lumpur, masalah kesesakan di Cameron Highlands bukan perkara asing.

"Memang kita tahu Cameron Highlands ini sentiasa sibuk lebih-lebih lagi hujung minggu. Macam sebelum ini kami sudah cuba elak cuti sekolah sebab itu pilih Januari tapi tiba-tiba ada PRK pula tapi kami teruskan juga.

"Lagipun kawasan Cameron Highlands ini memang tumpuan percutian. Saya agak terkejut juga mula-mula sebab keadaan trafik tidaklah terlalu sesak macam sebelum ini.

"Mungkin sebab orang lain elak datang sini, kami dapat lebih santai. Sebab kami pernah sangkut sesak yang lebih teruk dari ini. Kali ini kami datang dekorasi lebih banyak bendera dan kain rentang pula," katanya kepada Sinar Harian.

Hisnizam Mohd dari Negeri Sembilan yang turut merancang lebih awal akui suasana kunjungan ke Cameron Highlands kali ini sedikit berbeza.

"Kami tak tahu pun pilihan raya terkena tarikh percutian kami. Apabila dah sampai baru tahu.

"Memang ada lain sedikit suasana sebab kempen. Nak naik memang ada sangkut sesak juga," katanya.

Bagi tiga sekawan dari Teluk Panglima Garang, Selangor, Nur Farhana Mohd Ali, 24; Siti Syahira Mohd Yusuf, 26, dan Siti Fatimah Jamian, 26, kesesakan tidak menghalang percutian mereka.

"Masa kami rancang memang tak tahu ada PRK. Kami tahu lepas tempah bilik, mereka yang maklumkan.

"Tapi kami pergi saja mana tempat yang kami dah rancang itu lagipun memang tahu Cameron Highlands sesak tapi masih ok," katanya.

Bagi Au Yong, 31 dari Kuala Lumpur meskipun menyedari kesesakan tersebut namun perancangan tetap diteruskan.


"Kami dah rancang sebulan lepas tapi minggu lepas saya baru tahu ada PRK. Memang kita takut sesak tapi sebab dah rancang awal, jadi kami pergi juga.

"Selepas Brinchang naik ke Tanah Rata memang sesak lebih kurang sejam juga," katanya.

Dua rakan dari Kuala Lumpur, Fadilah Faris, 29 dan Arina Arifin, 28 turut mengalami pengalaman sama.

"Kami tahu ada pilihan raya tapi kami tak tahu bila tarikh sebenar. Kebetulan tarikh kami pilih sama dengan tempoh kempen pula.


"Memang sesak dari Brinchang ke Tanah Rata. Kami nampk banyak kereta bawa bendera," katanya.

Pertambahan trafik semakin jelas hari ini dari Kuala Terla ke Ringlet berbanding minggu lalu dan kelihatan anggota polis membantu mengawal lalu lintas di beberapa titik sesak melampau terutamanya di kawasan Tanah Rata.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2019 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ibu_haritz replied at 20-1-2019 09:33 PM
Hahaha.. Samalah kita.. Nk blk kg stuck dkt Kuala Selangor.. Suami patah blk.. Tak lalu nk hadap.. ...

Itulah. Penatlah nak redah. Berhenti, jalan, berhenti, jalan. Entah pukul berapa nak sampai.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
hadap sgt dgn tempat sendu ni..mendapat la,lain kali tolong pandai sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 07:49 AM | Show all posts
boringnya nak bercuti ke CH.. aku pegi sana hari jumaat, makan kat big red farm, pusing pasar malam, ari sabtu pagi2 pkul 8am aku turun.

kenapa la nak pegi time public holiday? dah sah2 tempat tu cuma ada 2 hala je utk keluar masuk.
dan dua2 hala tu jem. lagi mau tempah masalah???
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 08:43 AM | Show all posts
ultra78 replied at 20-1-2019 09:20 PM
Chinese New Year nanti jangan gatal nak pergi Cameron Highlands

baru plan nak gi menjajah
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 09:13 AM | Show all posts
ultra78 replied at 20-1-2019 09:15 PM
  • Bukan musim cuti sekolah
  • Bukan cuti panjang atau perayaan
  • Bukan hujung minggu

  • nak kena ambik Annual Leave

    lepas tu anak2 pun kena tuang sekolah la kekdahnya ya?
    Reply

    Use magic Report

    Post time 22-1-2019 09:41 AM | Show all posts
    Edited by sofiazara at 22-1-2019 09:42 AM

    nanti nak pegi jumaat nak gi naik mossy forestbeli2 sayur makan stoberi ni terlalu cliche la sis
    Reply

    Use magic Report

    Post time 22-1-2019 09:45 AM | Show all posts
    Edited by mamapea at 22-1-2019 09:50 AM

    aku baru je blk dr cameron...aku stay 3hr 2mlm...tu pun x plan nk pg cameron...aku pg pun sbb kwn husband last minit x blh pg sbb anak dia sakit...
    hotel dh byr full...tu yg aku & family pg...hari sabtu dpt tau kwn husband nak let go hotel pkl 1 thgari hari tu jugak kami pg...
    mana ada jem teruk...jln jem sbb keta nak berenti kt satu2 tmpt je...
    tu yg buat jem skit...lgpun thaipusam bkn 1 malaysia cuti...
    keta paling bnyk dr Penang & KL...raya cina nanti mmg jem teruk la kot...
    Reply

    Use magic Report

    Post time 22-1-2019 10:07 AM | Show all posts
    biasanya org yg pergi tak bising pun pasal jam di ch..

    tp yg tak pergi ni yg lebih menggelupur..  


    org yg panas baran.. road bully.. perasan bagus .. memang tak bole pergi ch..  
    Reply

    Use magic Report

    Post time 22-1-2019 10:16 AM | Show all posts
    aku gi cuti sekolah new year aritu. Dalam kepala otak memang dah set gile jem la kan.. tapi sebab anak2 dah sekolah.. nak taknak kena tunggu cuti sekolah jugakla baru boleh pegi.

    Tips utk elak jem teruk. Make sure BANGUN PAGI wehhh... Kol 8 pagi make sure korang dah berada di lokasi pertama dituju. Kalau nak ke Brinchang... Kol  8 tu dah kat Brinchang. Lepas tu... baru plan ke lokasi2 bahagian bawah. Sebab.. pepagi start kol 9.. ha memang ukur jalan la nak naik Brinchang jawabnya. Kalau ko dah sampai Brinchang kol 8.. time orang tengah jem ke atas tu ko dah enjoy kt sane.. pastu ko turun ke bawah pulak lawan jem. So takdela sangkut jem.

    Camtula aku buat aritu.. aman2 bercuti di Cameron tanpa tersangkut dalam jem. Memang kena menongkah arus perjalanan orang ramai.
    Reply

    Use magic Report

    Post time 22-1-2019 10:39 AM | Show all posts
    cuti2 dok rumah je la
    malas nak keluar g mall pon hazab carik parking
    Reply

    Use magic Report


    ADVERTISEMENT


    Post time 22-1-2019 01:58 PM | Show all posts
    ak pun dah x sanggup nak pegi CH kalau bukan kerana perlukan penginapan sgt2. Mse tu tour setiap negeri utk settle kerja2. Awal lagi dah settle kije so terus ke Perak, dh tengah jln x mampu drive terus ke CH. jem jugaklah sb time cuti sambung2. Penginapan dh booking mse otw (sempat lagiii tuh kih2) tp bab makan.... hauk. org ramai. peniaga pun ada yg biadap. huhu.
    Reply

    Use magic Report

    Post time 22-1-2019 02:00 PM | Show all posts
    ultra78 replied at 20-1-2019 09:20 PM
    Chinese New Year nanti jangan gatal nak pergi Cameron Highlands

    ak penah gatal kaki ke GH mse CNY udahnya beratur berjam2 sampai gigil kaki msa nk turun bawah  beratur nak naik gondola

    skg ak dh x sanggup nk mcm tu. baik duk rmh atau jalan kwsn lengang2 sikit. hehe
    Reply

    Use magic Report

    Post time 22-1-2019 05:20 PM | Show all posts
    Jangan serik. Kalau tak jem tak sesak, meaning something wrong. Kalau mampu kunjungilah tempat2 menarik di Malaysia bila sempat.
    Aku nak gi Langkawi CNY ni, drive ke KP lps tu ambik bot. Sudah tempah dr tahun lepas. Or just lupakkan dan jual je kat Adik aku.
    Reply

    Use magic Report

    12
    Return to list New
    You have to log in before you can reply Login | Register

    Points Rules

     

    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

    28-4-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.436284 second(s), 41 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list