CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 801|Reply: 8

[Tempatan] Ketua Hakim Negara, Peguam Negara diminta lepaskan jawatan

  [Copy link]
Post time 20-1-2019 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
MARANG: Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Peguam Negara, Tommy Thomas diminta melepaskan jawatan selepas kredibiliti institusi badan kehakiman dan sistem keadilan negara didakwa tercalar.

Ia berikutan tersebarnya video dua individu berkenaan rancak menari seperti ditularkan melalui media sosial sejak kelmarin.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) negeri, Datuk Razali Idris, berkata penyebaran klip video membabitkan pengamal undang-undang tertinggi menari itu tidak boleh dianggap sebagai isu bangsa dan agama.

“Tindakan oleh ketua jabatan tertinggi badan kehakiman dan Jabatan Peguam negara itu sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Walaupun ramai beranggapan majlis tari menari yang turut membabitkan ketua jabatan kehakiman dan ketua peguam negara diadakan sempena Majlis Makan Malam Gala pengamal undang-undang adalah isu biasa, tetapi pembabitan mereka tidak disenangi seluruh pimpinan parti di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Bicara Profesional sempena Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) negeri di Auditorium Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur, di sini, hari ini.

Perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Razali yang juga Ahli Dewan Negara berkata demikian ketika mengulas penularan klip video yang memaparkan Richard dan Tommy sedang rancak menari sejak Ahad lalu.

“Richard dan Tommy dinasihatkan untuk meletak jawatan secara sukarela kerana kelakuannya itu memalukan kepemimpinan negara Malaysia Baharu.

“Peletakan jawatan secara sukarela oleh dua ketua jawatan tertinggi dalam kerajaan itu perlu dijadikan pengajaran kepada semua penjawat awam,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 09:18 PM | Show all posts
bagi saya Ketua Hakim Negara seorang ja yang memang KENA letak jawatan...sebab dia ni bukan badan eksekutif...appointment pun ada sistem depa sendiri....tommy tohmah tu memang jawatan dia secure....dia badan eksekutif.....jangan pulak ada ahcai mai balaih kata takkan seorang ketua hakim negara beronggeng teruih kata badan kehakiman kita dah barai kena tebuk.....its the fuggin separation of powers la duboq bowdow........wakakakakakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 10:03 PM | Show all posts
Desak supaya badut2 ni semua turun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa laa mereka nk dgr cakap2  ni suruh berhenti...tggu lg 5 thn laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde maknanya diaorg nk dengo ckp kita.. dinyah kan aje dlm tong sampah.. Dah terlambat bebeh
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 06:57 PM | Show all posts
Treasury Secretary General tahun lepas berdansa dalam majlis BN takder pulak org kecoh suruh dia letak jawatan bagai. Afterall di Sabah Sarawak mmg kitorg biasa berdansa di majlis gala dinner mcm ni. Even dinner peringkat jabatan pun tak sah kalau tak ada menari2. We are fun ppl. Bukan jenis yg datang dinner tercongok duduk kat kerusi tengok henpon sambil selpi & snappy gambar makanan jah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2019 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi satu dorang berdua non muslim sebab tuh mungkin akan sentiasa kena tekan untuk lepas jawatan..   
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 07:10 PM | Show all posts
Masa Najib jd PM dia mengepit sana sini, iols selaku rakyat Malaysia pun malu dulu dapat PM kepit mcm tu, tp takde org suh dia resign sebab dia kepit punn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Muntz replied at 21-1-2019 06:57 PM
Treasury Secretary General tahun lepas berdansa dalam majlis BN takder pulak org kecoh suruh dia let ...


Wana jenis malas nak ambil pot la hal2 mcm2 ni.. kes ni seperti kes dua tahun lepas..ko rasa muntz??

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.056947 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list