CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10071|Reply: 105

[Politik] Chef Wan teringin nak tampar Najib

  [Copy link]
Post time 20-1-2019 09:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CharlesDera at 20-1-2019 09:33 PM

https://www.malaysiakini.com/news/461006

PRK CAMERON | Sebagai anak yang membesar di petempatan Felda, isu agensi kerajaan itu tetap amat dekat di hati Chef Wan. Dan ia dipaparkannya sekali lagi di Cameron Highlands hari ini.

Semasa hadir berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai tadi, Chef Wan juga dengan garang menyatakan rasa kecewanya kepada BN, khususnya kepada presiden gabungan itu, Najib Razak.

Puncanya, Chef Wan tidak merestui langkah Felda - semasa ditadbir kerajaan BN - memberikan imbuhan kepada peneroka yang dianggapnya rasuah.
"Sebelum pilihan raya lalu mak saya dapat RM5,000 dan anak-anak Felda dapat RM5,000.
"Mak saya kata, kerajaan bagi RM5,000 (tapi) saya cakap pada dia, saya tak nak ambil duit tu. Itu duit rasuah," katanya kepada media.
Terdahulu cef selebriti itu hadir untuk berkempen dan mengadakan demonstrasi memasak di petempatan Felda berkenaan.
Turut hadir Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dan calon PH, M Manogaran.
Untuk rekod Jelai adalah salah satu kawasan yang terletak di bawah kawasan parlimen Cameron Highlands dan menjadi salah satu kubu kuat BN.
Wakil rakyat bagi Jelai ialah Wan Rosdy Wan Ismail yang juga menteri besar Pahang.
Itu duit rakyat

Kata Chef Wan pemberian wang berkenaan tidak bermakna jika pada waktu yang lain kerajaan BN 'merompak' agensi terbabit sehingga bankrap.
"Macam mana kamu (Najib) boleh biarkan Felda disalah urus begitu? Come on!
"Kamu letak Isa Samad (bekas pengerusi Felda) di situ dengan tahu ada bermacam hal dia buat sebelumnya.
"Kalau dia (Isa) ada di sini I tampar muka dia," katanya.
Tidak puas dengan kenyataan itu Chef Wan juga menyatakan dia mahu menampar Najib.
I tampar muka Najib tu, kurang ajar!" katanya.

Kata personaliti yang mempunyai nama sebenar Redzuawan Ismail itu dia tidak peduli apa pun dengan tindakannya kerana terlalu marah dengan cara kerajaan terdahulu menguruskan wang rakyat.

"Aku peduli apa, itu duit cukai (rakyat) yang letak di situ, kamu beritahu dia benda tu," katanya lagi.
Pada 18 Julai lalu Najib menyifatkan Felda melalui zaman kegemilangan semasa ditadbir oleh kerajaan di bawah pimpinannya.
Najib yang juga bekas menteri besar Pahang berkata demikian semasa berkempen di Jelai.
"Kenapa pula zaman BN memerintah tuan-tuan boleh dapat RM2,000 hingga RM3,000 sebulan?
"Kenapa zaman BN memerintah boleh mendapat pinjaman tanpa faedah membesarkan rumah?

"Kenapa zaman BN tuan-tuan boleh dapat bonus yang tinggi, boleh dapat duit raya, boleh dapat BR1M? boleh mendapat bantuan persekolahan?" soal beliau kepada kira-kira 300 hadirin yang kebanyakannya memakai baju BN.
"Sebab zaman BN memerintah itu zaman keemasan para peneroka Felda," jelas beliau.
Ditanya mengapa berkempen untuk PH hari ini, Chef Wan yang memang terkenal suka berterus-terang itu berkata, beliau mahu rakyat mengetahui kebenaran.

"Sebab yang benar tetap benar," katanya.

memang la pakatan haramjada tu betui.....nak dibagi tandaih oku lagi itu hari...wakakakakakakakkakaka

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kaw2 die kena kutuk.... eh eleh kebenaran sgt... tahu la macai che det
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat apa hendak layan Chef Wan? - Najib
Astro Awani |  Published Januari 20, 2019 20:45 MYT
Najib mendakwa bantuan yang diberikan kepada peneroka Felda ketika BN memerintah bukan rasuah. - Gambar fail
Najib mendakwa bantuan yang diberikan kepada peneroka Felda ketika BN memerintah bukan rasuah. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: : Bekas Perdana Menteri yang kini digelar 'raja troll', Datuk Seri Najib Tun Razak enggan melayan kenyataan yang dibuat chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan.

"Itu Chef Wan, buat apa nak layan Chef Wan?" soal Ahli Parlimen Pekan itu secara sinis.

Najib berkata demikian ketika ditanya wartawan tentang kenyataan Chef Wan ketika berkempen membantu Pakatan Harapan di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai pada Ahad.

Chef Wan berkata beliau kecewa dengan Najib dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya meletakkan individu seperti Tan Sri Isa Samad mengetuai Felda hingga berlaku salah urus.

Beliau juga mendakwa Najib memberi rasuah kepada peneroka Felda ketika pentadbiran BN sebelum ini.

Mengulas dakwaan itu, Najib menafikan bantuan yang diberikan kepada peneroka Felda itu adalah rasuah sebaliknya ia bagi membantu masyarakat peneroka.

"Ia bukan rasuah, kita tak bagi rasuah, kita tolong masyarakat Felda sebab mereka dalam keperitan hidup. Sekarang ini pendapatan mereka begitu rendah sekali, ada yang dapat RM74 bulan lepas sahaja, di Sg Koyan ada yang dapat lebih rendah dari itu, macam mana mereka nak hidup?

"Bukan soal rasuah kalau kita tolong bukan soal rasuah, kita tolong semua, kalau dalam Felda kita tolong semua, UMNO ke, PAS Ke, PH ke, kita tolong semua, jadi kalau tolong semua bukan rasuah," katanya selepas menghadiri program 'Jom Ride Bersama Saya" di Podium Penchala, pada Ahad.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kurlastt gambar ratu drag tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
memang ramai orang geram dengan najib ni

skandal 1mdb
skandal fgv
skandal altantuya

dan pelbagai skandal lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
bdk hingusan dah mai...
biasa la 1mdb je die tahu haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2019 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboichef one
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahaahhadoiii gambar tu
Kelakar laa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 09:55 PM | Show all posts
Amboi marah sangat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tampar lah chef... luar sana pun berlambak nak try tampar mulut chef.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mohon  chep wan berjaga2 beribuuu komenn di page najib nak tampaq chuols balik jgn memainnn
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
yuliss replied at 20-1-2019 10:02 PM
mohon  chep wan berjaga2 beribuuu komenn di page najib nak tampaq chuols balik jgn memainnn

tak psl2 go shop chef wan tu kena hold dulu... tahu jela kuasa membawang ni haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian najib kena tampar dgan cepwan, hina sgat dek! Mmg level kau kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 20-1-2019 09:40 PM
bdk hingusan dah mai...
biasa la 1mdb je die tahu haha

Xpe, ana puas hati dgan arul kanda. Mana hilang ntah aruk kanda pojaan hati cacai itu. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni musim tampar menampar ke?
Dah banyak kes dah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Zikir la smpai mmpossss 1mdb, 1mdb...smpai masa org ludah bila prut kosong, keje xde, ekonomi truk....bantuan xde ( eh Salah ni bantuan ni utk pemalas je)...Sana Naik, sini naik, takrif air Naik, letrik nak Naik, ptptpo xde potongan.....kang mulut KO YG kena tmpar...ape KO ingt org semua suka KO ke.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Knights replied at 20-1-2019 09:36 PM
memang ramai orang geram dengan najib ni

skandal 1mdb

Memang geram.. dan tanggungjawab PH nak buktikan ahjib bersalah di mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
yuliss replied at 20-1-2019 10:02 PM
mohon  chep wan berjaga2 beribuuu komenn di page najib nak tampaq chuols balik jgn memainnn

Teruk chef wan kena troll dgn netizen di fb page sinar harian & harian metro.. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 20-1-2019 10:15 PM
Teruk chef wan kena troll dgn netizen di fb page sinar harian & harian metro.. Hahaha

Takpa lah chep wan take over sat bg khalid samad tarik napas rileks satt
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
bagi duit pon salah. ngokngek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.217651 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list