CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2737|Reply: 24

[Tempatan] Lagi Kes Kereta Nak Jatuh di Penang Darul Dapik

[Copy link]
Post time 20-1-2019 11:42 PM | Show all posts |Read mode
Wanita berdepan detik cemas, kenderaan hampir jatuh dari bangunan
GEORGE TOWN: Seorang pemandu wanita berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Farlim, Air Itam, George Town hilang kawalan dan hampir terjatuh dari tingkat dua bangunan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu, sebahagian daripada badan kenderaan terbabit tergantung selepas tembok tempat letak kereta berkenaan roboh akibat dilanggar kenderaan tersebut.

Menurut Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Sabri Romli, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada kira-kira jam 7.45 malam.

Setibanya di lokasi kejadian, terdapat seorang wanita berusia lingkungan 30-an berada di tempat duduk pemandu dan tidak mengalami sebarang kecederan namun berada dalam keadaan trauma, Difahamkan, mangsa ingin pulang ke rumah selepas selesai membeli belah di pasar raya itu.


Namun ketika menghidupkan kenderaannya, dia dikatakan tersilap masuk gear mengundur menyebabkan kereta jenis Proton Saga yang dipandunya melanggar tembok parkir sehingga roboh.

Keadaan itu menyebabkan kenderaannya hampir terjatuh dengan sebahagian badan kenderaan itu tergantung.

Sabri berkata, semasa kejadian, mangsa berkenaan hanya seorang diri.

Pihak bomba menggunakan jentera untuk menarik kereta mangsa supaya tidak terjatuh dan operasi tamat kira-kira pukul 8.30 malam.

Wanita itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut berikutan trauma yang dialaminya.




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 09:10 AM | Show all posts
aku ingat tembok2 ni patut ada tetulang rupanya xde ye? ibarat susunan lego jigsaw je
klu gempa bumi konfirm berderai
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni tekan kuat/laju masa nak keluar ke?
Takkan la senang sangat tembok tu nak pecah?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
masuk gear sambil ber fb ke kak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa pulau pinang terkenal dgn terjun bangunan & terjun jambatan?  Rakyat negeri tu semuanya depression ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 09:33 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 21-1-2019 09:10 AM
aku ingat tembok2 ni patut ada tetulang rupanya xde ye? ibarat susunan lego jigsaw je
klu gempa bum ...

di tempat saya, kepeluan dinding seperti ini sepatunya rc.  mungkin kontraktor cuai atau sengaja nak untung lebih.  siasat sampai lubang biawak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2019 09:59 AM | Show all posts
nasib baik takde penumpang kat
seat belakang..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 21-1-2019 09:28 AM
Kenapa pulau pinang terkenal dgn terjun bangunan & terjun jambatan?  Rakyat negeri tu semuanya depre ...

camne tak depression dah DAP itu je Parti yg ada kat Penang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuyo hanging by the edge gitu. Lucky for her
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:09 AM | Show all posts
Bukan kah perlu ada wheel stopper di kawasan parking? Dalam gambar tu tak nampak pulak ia wujud. Dinding pun tak reinforced.



Ataupun combine dengan penghadang besi mcm ni





Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
tembok buat ngan cardboard ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 21-1-2019 10:09 AM
Bukan kah perlu ada wheel stopper di kawasan parking? Dalam gambar tu tak nampak pulak ia wujud. Din ...


Ni paling sesuai. ...guna besi penghadang. ..suku bawah boleh concrete. ..+ wheel stopper
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Trauma wei, mau tak drive kereta sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 04:16 PM | Show all posts
takde tetulang besi, main letak batu bata,
igt kete kontrol parking situ agknye

aku rasa, ada hikmahnya ni,
psl terbuka la masalah besar kat situ, psl takde tetulang,
msti yg bagi CF ni pun makan rasuah

harap SPRM siasatla status bangunan cmni,
ntah2 byk lagi benda yg tk selamat dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 04:21 PM | Show all posts
noor2 replied at 21-1-2019 02:53 PM
Ni paling sesuai. ...guna besi penghadang. ..suku bawah boleh concrete. ..+ wheel stopper

tgk dari gambar, bukan setakat wheelstopper je takde.
tembok pon tak ikat dgn besi.
mangsa layak buat saman tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 04:34 PM | Show all posts
fuh, nyawa masih panjang lagi.. jgn kutuk2 sgt.. aritu aku sendiri pun tertekan minyak kuat.. tetiba je.. nsb baik x rempuh keta depan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 21-1-2019 04:21 PM
tgk dari gambar, bukan setakat wheelstopper je takde.
tembok pon tak ikat dgn besi.
mangsa lay ...

Banyak kepincangan dalam pembinaan bangunan ni...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tembok polisterin gamaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
tak nak saman ke.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Means dia duuukkk je dalam kete hanging cenggitu sampai bomba datang ke??
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.085220 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list