CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1059|Reply: 1

[Tempatan] Kemalangan maut: pemandu peribadi kepada anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Da

[Copy link]
Post time 21-1-2019 02:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-1-2019 10:56 AM

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/01/521910/dua-maut-nahas-di-lpt



Maran, Perjalanan empat sekeluarga bercuti ke Terengganu bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut selepas kereta dinaiki terbabas sebelum melanggar tebing bukit di Kilometer 165.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Muhamad Aidil Suhaidi, 25, dan datuknya, Saad Salleh, 72, masing-masing berasal dari Desa Pandan, Kuala Lumpur, maut di tempat kejadian selepas tercampak dari kenderaan.

Difahamkan Muhammad Aidil adalah pemandu peribadi kepada anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan, Norzamri Abd Rahman, berkata siasatan awal mendapati kereta model Honda Jazz dipandu Muhammad Aidil dipercayai terbabas ke lorong kiri lalu melanggar tebing bukit.


Beliau berkata, kereta berkenaan turut dinaiki adiknya, Muhamad Aliff, 23, yang duduk di bahagian penumpang hadapan dan nenek mereka, Siti Zaleha Abdullah, 57, yang duduk di kiri belakang.

“Adik mangsa cedera di kepala manakala nenek mereka cedera di badan dan muka.

“Mangsa dan datuknya yang duduk di bahagian penumpang belakang meninggal dunia di tempat kejadian berikutan cedera parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Norzamri berkata, siasatan di lokasi kemalangan mendapati keadaan jalan sedikit berselekoh dan menuruni bukit.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ahmad Zahid menerusi akaun Twitter rasminya, memuat naik entri berserta gambar ketika solat jenazah mangsa di Masjid Kampung Pandan, jam 11 malam tadi.

Berdasarkan entri berkenaan, Muhamad Aidil dikatakan dalam perjalanan ke Kelantan untuk menghadiri majlis pertunangannya.

Bagaimanapun, belum ada maklumat berhubung perkara itu diperoleh BH setakat pagi ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 09:42 AM | Show all posts
Innalillah.. patutlah banyak pantang-larang
orang tua2 bila berdarah manis..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.125839 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list