CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 595|Reply: 0

[Tempatan] ADUN bergelar Datuk ditahan SPRM.

[Copy link]
Post time 21-1-2019 04:39 AM | Show all posts |Read mode
35pm




CARI

























ADUN bergelar Datuk ditahan SPRMOleh Zatul Iffah Zolkiply
cnews@nstp.com.my

KONGSI ARTIKEL

Share

Tweet

Share





KUALA TERENGGANU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM500,000.

ADUN berusia 54 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Terengganu kira-kira jam 5 petang tadi ketika memberi keterangan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek dikatakan mengemukakan tuntutan berjumlah RM500,000 pada Mei tahun lalu kepada Pejabat Daerah dan Tanah di sebuah daerah bagi perbelanjaan untuk 32 program sedangkan program itu dipercayai tidak dilaksanakan.

Sebelum ini, seorang pegawai daerah berusia 59 tahun dan pengerusi majlis belia berusia 38 tahun yang ditahan pada 13 Januari dan 8 Januari lalu direman bagi membantu siasatan kes sama.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

Katanya, pihaknya akan membuat permohonan reman di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu bagi membolehkan siasatan dijalankan.



1260 dibaca
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/01/522107/adun-bergelar-datuk-ditahan-sprm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.651954 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list