CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1696|Reply: 14

[Dunia] Kembar PM Kanada Trudeau Ditemui Di Afghanistan

[Copy link]
Post time 21-1-2019 04:50 AM | Show all posts |Read mode
Sama ke idokk, kawan2?

‘Kembar’PM Kanada calon juara Afghan Star



KABUL 15 Jan. - Lelaki yang mendapat jolokan kembar Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau semakin menempa kemasyhuran selepas menyertai rancangan realiti televisyen, Afghan Star dan ketika ini merupakan lapan finalis pertandingan itu.

BBC melaporkan, Abdul Salam Maftoon mula mendapat perhatian selepas juri program nyanyian tersebut menyamakan wajahnya dengan Trudeau.

Lelaki berusia 29 tahun itu menyatakan persamaan tersebut secara tidak langsung me-ningkatkan peluangnya untuk memenangi pertandingan ter-babit kepada 50 peratus.

“Saya tidak pernah mengenali Trudeau sehinggalah saya melihat gambarnya dalam media sosial dan saya sendiri berasa terkejut kerana wajah kami hampir seiras,” katanya.

Selain itu, penduduk Afghanistan juga mula menularkan gambar perbandingan antara Abdul Salam dengan Trudeau dalam media sosial.

Dalam pada itu, seorang daripada juri pertandingan Afghan Star, Qais Ulfat juga juga merupakan pemuzik kelahiran Afghanistan-Kanada memberitahu bahawa dia pertama kali menyedari persamaan antara kedua-duanya selepas Abdul Salam tersenarai sebagai 12 peserta ke peringkat akhir.

“Saya perasan lelaki itu kelihatan seiras dengan Perdana Menteri saya dan kami mula mengusiknya,” katanya.

Sementara itu, Abdul Salam yang merupakan penyanyi majlis perkahwinan berharap pertandingan tersebut dapat membuka peluang yang lebih luas untuknya meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian.

“Saya tidak kisah menang atau kalah, saya cuma berharap pertandingan ini dapat mening-katkan kerjaya saya,” jelasnya. – AGENSI



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kembar-pm-kanada-calon-juara-afghan-star-1.823089#ixzz5dBOtrXWG
© Utusan Melayu (M) Bhd








Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 05:10 AM | Show all posts
saya aada tengok satu documentary dia orang yang menyertai rancangan realiti televisyen ni selalu mendapat ancaman bunuh nak nak pula kaum wanita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2019 05:20 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 21-1-2019 05:10 AM
saya aada tengok satu documentary dia orang yang menyertai rancangan realiti televisyen ni selalu me ...

dia org ugut peserta wanita? dah semua pompuan diperap kat rumah, tak bole buat apa2 selain jd hamba dan kilang anak, budak lelaki jd mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 05:43 AM | Show all posts
dani-rox replied at 20-1-2019 01:20 PM
dia org ugut peserta wanita? dah semua pompuan diperap kat rumah, tak bole buat apa2 selain jd ham ...

yes ugut bunuh kerana ianya haram. saya tengok di bbc documentary.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena trim rambut kening dgn gg barulah sama
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 08:24 AM | Show all posts
umur baru 29 tahun...tp mukanya tak macam 29 tahun pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2019 09:28 AM | Show all posts
Gambar kat bawah sekali tu membuktikan peribahasa 'jauh panggang dari api'
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 11:24 AM | Show all posts
afghan tu pertembungan mata sepet ngn muke arab
tu yg mcm2 rupe ada

aritu ada bruce lee versi afghan, popular jugak dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam tak je


Boleh buat challenge 10 years
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 09:31 AM | Show all posts
Gigi emas.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 09:41 AM | Show all posts
doppelganger eh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2019 04:28 PM | Show all posts

barangkali dia org kongsi apak kandung~ sama, fidel castro hahahaha


Luke Wilson


Seiras Dutch politician Jesse Klaver katanya


Evil twin

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2019 04:29 PM | Show all posts
wirazam replied at 21-1-2019 08:24 AM
umur baru 29 tahun...tp mukanya tak macam 29 tahun pun

hidup susah kot, negara asyik perang dan bergolak... muka pun cepat tua.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 04:57 PM | Show all posts
bagus trudo ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 05:00 PM | Show all posts
tak sama pun aku perati. kening tak hengat. nak muntahhh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.093264 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list