View: 791|Reply: 8
|
[Tempatan]
Peniaga Kepala Batu
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Masih terdapat peniaga melakukan penyembelihan dan memproses ayam secara terang-terangan di beberapa kedai dekat Pasar Borong Selayang di sini.
Tindakan itu nyata menyalahi peruntukan Undang-Undang Kecil (UKK) Pasar Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 2007 yang melarang aktiviti penyembelihan ayam dibuat di premis gerai selain di pusat penyembelihan dikhasnya.
Tinjauan mendapati kegiatan itu mengundang masalah dari segi kebersihan apabila sisa ayam dan darah dibiar di atas lantai dalam masa lama sebelum dibersihkan.
Selain itu, tahap kesihatan ayam yang dijual itu menimbulkan tanda tanya apabila ada yang disimpan di dalam bekas raga plastik kecil atau di dalam sangkar besi.
Keadaan itu, menyebabkan ayam terbabit kelihatan daif dan kotor terkena najis selain lemah kerana tidak diberi makan.
Tinjauan mendapati biarpun pekerja warga asing yang melakukan penyembelihan terbabit mengaku beragama Islam, proses penyembelihan dilakukan agak meragukan.
Ini termasuk, air panas diguna merendam ayam yang disembelih tidak diganti baru menyebabkan ia bertukar kepada warna hitam selain dipenuhi bulu.
Sementara itu, jurucakap Jurucakap MPS mengesahkan penyembelihan haiwan dilarang dilakukan di premis kedai dan akan meningkatkan penguatkuasaan bagi menanganinya.
Katanya, sekiranya didapati peniaga terbabit ingar, mereka boleh dikenakan kompaun mengikut UUK.
“Memang sembelihan haiwan termasuk ayam tidak boleh dibuat di dalam pasar atau kedai, sebaliknya mesti dibuat di pusat penyembelihan. Cuma, penguatkuasaan ada terlepas pandang menyebabkan ia berlaku.
“Untuk pasar atau kedai di bawah selian kita, MPS melantik kontraktor untuk tujuan pembersihan. Kita juga mengadakan operasi dan pemantauan berkala melalui Jabatan Kesihatan MPS.
“Contohnya, baru-baru ini kita mengeluarkan kompaun kepada peniaga di Pasar Rawang selepas didapati tidak menjaga kebersihan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 January 2019 @ 8:37 AM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-1-2019 09:52 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kebersihan penjualan ayam |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah berkali2 diberi amaran tetapi
masih ingkar, sita aje premis mereka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-1-2019 10:38 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Beli la ayam mentah di ayamas
|
|
|
|
|
|
|
|
Sian pulak dgn ayam x dibagi makan |
|
|
|
|
|
|
|
gigih gk nk beli situ......DAH KENAPA??? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ye pun nk bagitau org muslim di sembelih cara betul buatlah cara berhemah Bersih dan suci Undang2 jangan kau lupa Adoyaiiiii..... Makin rosaklah kita |
|
|
|
|
|
|
|
kesian ayam2 dibiar kelaparan semata2 dah nk disembelih |
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya hal hal cam gini kini sentiasa penguatkuasaan dan pemantauan secara kerap
|
|
|
|
|
|
|
| |
|