CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1302|Reply: 17

[Tempatan] Malaysia Baharu versi PH: Bantuan murid miskin: Seluar besar 38 inci, kasut bayi

[Copy link]
Post time 21-1-2019 09:55 AM | Show all posts |Read mode
Bantuan murid miskin: Seluar besar 38 inci, kasut bayi - MP
Dikemaskini 20 Jan 2019, 6:47 petang

   

Sehelai seluar panjang dengan saiz pinggang 38 inci dan kasut bayi antara barangan yang diterima murid di dua sekolah rendah jenis Cina di Kuala Lumpur.

Ia sebahagian bantuan program balik ke sekolah yang dikendalikan Yayasan Wilayah Persekutuan.

Anggota Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata program tersebut merupakan acara tahunan untuk yayasan yang merupakan sayap kebajikan Kementerian Wilayah Persekutuan itu.

Bagaimanapun, Lim mendakwa pada tahun ini program itu mengalami "kegagalan besar" kerana penangguhan penyerahan, jumlah barangan yang tidak cukup dan tidak tepat.

"Sejak dua bulan lalu, saya meminta kemas kini perkembangan daripada yayasan itu tetapi mereka kata barang-barang itu masih dibuat di China.

"Kemudian tiga minggu lalu, mereka kata masih belum siap lagi, sehinggalah hari Rabu lalu mereka kata akan sampai pada hari Khamis," katanya kepada Malaysiakini.


Lim menggesa Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad sebagai pengerusi yayasan untuk menjalankan siasatan terhadap apa yang disifatkannya sebagai pembaziran wang pembayar cukai.

Mengulas lanjut, Lim berkata terdapat 401 pelajar dari 11 buah sekolah rendah di Kepong layak menerima bantuan itu tetapi menurutnya hanya tujuh sekolah sahaja yang mendapatnya setakat ini.

Katanya lagi beliau sendiri menyerahkan set pakaian seragam sekolah kepada lebih 80 pelajar di SJKC Kepong 1 dan SJKC Kepong 2 semalam.

Menurutnya, pada majlis penyerahan berkenaan mereka menemukan sejumlah kesilapan daripada segi saiz pakaian.

"Seorang murid darjah enam menerima kasut bayi berwarna hitam. Seorang murid pendek tetapi seluarnya terlalu panjang, manakala seorang lagi mendapat seluar besar dengan saiz pinggang 38 inci.

"Jadi, tentulah ibu bapa merungut," kata Lim yang menegaskan kesilapan itu tidak dapat diterima.


Ketika dihubungi Guru Besar SJKC Kepong 2 Wee Hiau Kee mengesahkan dakwaan Lim, menjelaskan penghantaran bantuan itu tertunda kerana penggal baru persekolahan telah bermula selama tiga minggu.

"Ada (saiz) terlalu kecil, ada yang terlalu besar dan ada yang salah barangan juga, termasuk seorang murid perempuan yang mendapat seluar panjang lelaki (dan sepatutnya menerima baju pinafor).

"Apabila ibu bapa mencuba barangan tersebut kepada anak-anaknya, mereka mendapati ia tidak dapat digunakan jadi mereka mahu menukarnya," kata Wee.

Beliau menjelaskan sekolah itu tiada pilihan memainkan memungut kembali barangan yang tidak sesuai itu dan memulangkannya ke pejabat Lim bersama maklum balas mereka terhadap yayasan itu.

Malaysiakini telah menghubungi yayasan itu bagi mendapatkan ulasan mengenai hal ini.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad pada 17 Disember lalu dilaporkan berkata, program Kembali ke Sekolah itu memberi bantuan kepada 20,000 murid sekolah rendah daripada keluarga golongan kurang berkemampuan di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Program ini menelan belanja sebanyak RM3 juta yang mana murid akan menerima kelengkapan berupa set pakaian, kasut dan beg sekolah," katanya, petik Utusan Online.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
kahkah kerajaan katun pujaan mahacai
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
otak Mahathir......no wonder
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
baru 8 bln je lg hebat cara songlap haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2019 10:08 AM | Show all posts
korang ni apa tau!
janji menteri PH dpt umum peruntukan juta-juta RM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2019 11:45 AM | Show all posts
Minister promises coupon system after school uniform bungles for poor kids
Modified: Today 11:33 am
   

Federal Territories Minister Khalid Abdul Samad has promised to move to a coupon system for aid given to poor schoolchildren.

This is after Kepong MP Lim Lip Eng highlighted complaints that aid in the form of school uniforms and shoes given by Yayasan Wilayah Persekutuan to needy schoolchildren could not fit them due to the sizes being for adults or even babies.

"To date, one complaint was received about the size of shoes and pants. I have instructed the Yayasan Wilayah Persekutuan chief executive officer to investigate and provide me a report.

"Beginning next year, a coupon system will be used for recipients. They will no longer be in the form of school shoes and clothes," he said in a statement.

The items, which were imported from China, had also faced delays in delivery which was a predicament for the needy students facing the new school term.

Khalid said Yayasan Wilayah Persekutuan had made contributions to some 20,000 needy students in the federal territories, 3,250 of whom received free bags and an RM100 voucher each while the remaining received free bags and school uniforms.

The minister stressed that there would be no cover-up in the bungle.

"No cover-up. Anyone found to have committed wrongdoing will face action," he said.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2019 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali tempah local ja la. Kalau nk tempah kt china mmg kena tempah awal. Ni sapa forwarding company ni. Bad review betul. Kesian bdk2 yg menunggu baju.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2019 10:30 PM | Show all posts
Didakwa 'gagal besar', Khalid arah Yayasan WP siasat program balik ke sekolah
Dikemaskini Hari ini 10:53 pagi
   

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata beliau sudah mengarahkan Yayasan Wilayah Persekutuan untuk membuat siasatan terhadap masalah program balik ke sekolah oleh yayasan itu.

Beliau meruju laporan Malaysiakini semalam yang antara lain menyebut murid di dua sekolah rendah jenis Cina menerima seluar panjang dengan saiz pinggang 38 inci dan kasut bayi daripada yayasan itu.

"Setakat ini terdapat aduan yang diterima berkaitan saiz kasut dan seluar.

"Saya sudah mengarahkan ketua pegawai eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan untuk membuat siasatan dan memberikan laporan kepada saya," katanya dalam kenyataan.

Beliau memaklumkan program balik ke sekolah yayasan itu akan menggunakan sistem kupon bermula tahun depan, bukan lagi memberikan barangan kepada penerima.

Menurutnya, pada tahun ini sejumlah 20,000 pelajar di seluruh Wilayah Persekutuan - termasuk Putrajaya dan Labuan - menerima sumbangan, dengan 3,250 daripadanya menerima beg dan baucer berjumlah RM100.

Dalam laporan semalam, Anggota Parlimen Kepong Lim Lip Eng menyifatkan program tahunan itu mengalami "kegagalan besar" pada tahun ini kerana berdepan masalah penangguhan penyerahan serta jumlah barangan yang tidak cukup dan tidak tepat.

Misalnya beliau memaklumkan terdapat 401 pelajar dari 11 buah sekolah rendah di Kepong yang layak menerima bantuan, tetapi setakat ini hanya tujuh sekolah yang mendapatnya.

Dalam pada itu Khalid berkata kementeriannya tidak akan melindungi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan dan akan dikenakan tindakan sewajarnya.

"Tiada cover up. Apa jua agenda yang terselindung, kala ada, akan terbongkar," katanya lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
sis munafik @dodolgemok taknak komen?
haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
anastasia7 replied at 21-1-2019 07:09 PM
Lain kali tempah local ja la. Kalau nk tempah kt china mmg kena tempah awal. Ni sapa forwarding comp ...


PH pon beli barang dr China ke...bukan ke gigih tukar kerajaan sebab takut China jajah Malaysia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 21-1-2019 10:51 PM
PH pon beli barang dr China ke...bukan ke gigih tukar kerajaan sebab takut China jajah Malaysia  ...

murah maa... tp markup harga....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 21-1-2019 10:52 PM
murah maa... tp markup harga....

banner pilihanraya pon tempah dr sana la tu

PH = BN
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 21-1-2019 10:55 PM
banner pilihanraya pon tempah dr sana la tu

PH = BN

tp mahacai bangga taww msia baru hahs
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 21-1-2019 10:56 PM
tp mahacai bangga taww msia baru hahs


Bangga la sebab berjaya jadikan atok tua jadi PM semula untuk menjadikan Malaysia kembali ke zaman 80an sambil BBNU batch 90an melayan lagu rock jiwang 90an di tahun wawasan 2020


kemenangan menolak pembangunan sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 11:09 PM | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 21-1-2019 11:03 PM
Bangga la sebab berjaya jadikan atok tua jadi PM semula untuk menjadikan Malaysia kembali ke zam ...

sambil berbangga atuk anti israel tawww
berucap kat oxford tu... pdhl pelacur pun pernah dijemput kekdahnya
tp takpelah... anggap je tahun 90an... internet takde.... pakat bangga belaka deh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Alangkan order dari lazada pon dapat benda pelik2. Inikan pula ambik bulk macam ni. Kena la check betul2 dan pergi sendiri ke sana. China kan kaki belit. Kata ph tak suka china, tapi beli juga dari sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 11:20 PM | Show all posts
MissVixen replied at 21-1-2019 11:12 PM
Alangkan order dari lazada pon dapat benda pelik2. Inikan pula ambik bulk macam ni. Kena la check be ...

wayang dap jah tu... apa ingat depa benci china? jual negara kat china.... ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 21-1-2019 11:20 PM
wayang dap jah tu... apa ingat depa benci china? jual negara kat china.... ?

Politik...wayang dan kotor.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.159435 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list