CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 667|Reply: 6

[Tempatan] PH hanya ada satu pilihan. Nak tackle hati rakyat Sarawak, tunaikan dulu janji-j

[Copy link]
Post time 21-1-2019 09:58 AM | Show all posts |Read mode
PH perlu tunai janji untuk menangi hati rakyat Sarawak - Penganalisis
Januari 20, 2019 18:05 MYT

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) punya peluang untuk memenangi hati rakyat Sarawak sekiranya menunaikan janji termasuk melaksanakan projek-projek infrastruktur yang telah dibatalkan sebelum ini.

Jika tidak, menurut penganalisis politik Sarawak, Prof Madya Dr Jeniri Amir, kegagalan meneruskan projek infrastruktur itu dilihat seolah-olah menghukum dan ia dikhuatiri diterjemahkan rakyat Sarawak dalam bentuk undi pada pilihan raya negeri akan datang.

Ini susulan tindakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mula membangkitkan hak-hak Sarawak yang terhakis seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1963 termasuk royalti minyak dan pembinaan jambatan.

"Kerajaan PH tidak punya pilihan, mereka perlu laksanakan janji termasuk janji dan hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1963 dan janji-janji dalam manifesto yang terkandung dalam PRU14 yang lalu.

"Kalau tidak ini akan membangkitkan rasa kecewa terhadap kerajaan Persekutuan dan ia tidak baik dalam pembinaan negara bangsa,

"Jadi PH harus tidak dilihat cuba ‘menghukum’ dengan erti kata tidak menunaikan janji dan juga membatalkan projek-projek infrastruktur yang memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini yang akan diterjemah dalam bentuk undi akhirnya kalau PH gagal tangani isu ini," katanya.

Jeniri juga berpendapat kedua-dua pihak iaitu GPS dan kerajaan Persekutuan harus mula bekerjasama melangkah ke hadapan demi kebaikan rakyat di negeri itu.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 07:16 PM | Show all posts
Kat Sarawak senang jer nak dpt vote sis.

1. Jangan main isu perkauman/agama dan isu2 sensitif.
2. Janji utk NCR dan pembangunan luar bandar.
3. Tunaikan janji.
4. Jangan over2 sangat dalam berkempen esp mengutuk2 org.

Just do ur campaigning with all the proven facts and good promises, you're good to go.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 21-1-2019 07:37 PM

Melihat cara tun n lge melayan srwk ms ni..ak rs dah ala2 priest x sabar nk perfom solem exorcism malam ni..

Projek luar bandar yg dah di luluskan dibatalkan

Projek pembinaan 3 Jambatan utama yg tgh nk buat ttiba ko taichi minta state guna duit sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 07:39 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 21-1-2019 07:35 PM
Melihat cara tun n lge melayan srwk ms ni..ak rs dah ala2 priest x sabar nk perfom solem exorcism ma ...

sapa calon terbaik dari ph untuk jadi km sarawak kalau mereka menang?
kawasan bandar seperti  pujut, bukit assek, batu lintang, kota sentosa, pending semua tu masa allahyarham tok nan pun susah nak menang....
sekarang ni tak tahu la apatah lagi ph dah jadi fed government

cuma lepas ni mungkin ph akan bagi perhatian lebih dekat kawasan luar bandar terutama di kawasan parlimen yang baru mereka menang seperti lubok antu, selangau, julau etc

larry sng tu pengaruh kuat juga. jadi bebas pun bleh menang. lepas ni mungkin menang lagi under pkr
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 21-1-2019 07:50 PM
Voyagers replied at 21-1-2019 07:39 PM
sapa calon terbaik dari ph untuk jadi km sarawak kalau mereka menang?
kawasan bandar seperti  puj ...


Mula2 yg mcm ada potensi Bian..tp latey sebab pembatalan projek oleh putrajaya ..dh mula merosot popularity ...

Larry plak ada potensi ..dan ak puji prestasi dia mn ni...tp dia org anuar....tgk sejarah dia...ayah dia antara kroni tun..

DAP ...kt mata aku..mmg dh tcemar sejak ph memang ..keja dorg pandai buli n ugut...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Undi rebahhh pakatan hanjenggg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2019 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mata ak juga..

Sapa2 yg rapat ngan pm ke-4 di srwk...apatah lagi tlibat ngan industri pembalakan eg ayah larry tu....pd satu tahap ..ak skeptical mereka tu layak digelar manusia ke x.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.070155 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list