CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1970|Reply: 28

[Tempatan] Dah 8 bulan. Sana sini PH jaja ekonomi kukuh. Realitinya peniaga merungut jualan

[Copy link]
Post time 21-1-2019 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Peniaga Malaysia kurang keyakinan
21 Januari 2019 3:00 AM

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Tahap keyakinan dalam kalangan perniagaan Malaysia jatuh mendadak memasuki tahun baharu, berdasarkan kajian suku tahunan Dun & Bradstreet (Malaysia) Sdn. Bhd. yang terkini.

Kajian Dun & Bradstreet mendapati Indeks Keyakinan Perniagaan (BOI) Malaysia menjadi sederhana kepada 8.92 mata peratus pada suku pertama 2019 berbanding 12.99 mata peratus pada suku keempat 2018.

Ia juga berbeza dengan sentimen perniagaan dalam kalangan syarikat Malaysia mencapai paras

kemuncak baharu pada suku pertama 2018 dipacu momentum pertumbuhan yang terus meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Dun & Bradstreet, Audrey Chia menjangkakan sentimen dalam kalangan firma tempatan menjadi sederhana susulan pertumbuhan industri berorientasikan luar seperti perdagangan borong yang lebih lemah.

Katanya, firma pembinaan dan perlombongan yang masih samar-samar prospeknya turut memberi impak kepada para peniaga tempatan.

“Bagaimanapun, bagi 2019, syarikat menjangkakan pelaburan yang lebih tinggi untuk pengembangan perniagaan berbanding tahun sebelumnya.

“Ini terutamanya meliputi pelaburan teknologi dalam perisian, infrastruktur, mesin dan mo­dal peralatan,” katanya di sini hari ini.

BOI Malaysia dikeluarkan Dun & Bradstreet bertujuan mengukur keyakinan peniaga terhadap ekonomi.

Terdapat enam petunjuk perniagaan di bawah kajian BOI suku tahunan iaitu jumlah jualan, keuntungan bersih, harga jualan, tahap inventori, pekerja dan pesanan baharu.

Menurut kajian itu, hanya dua daripada enam petunjuk iaitu pekerjaan dan tahap inventori telah mencatatkan peningkatan pada asas suku ke suku.

Paling ketara, jumlah jualan merosot daripada 25.98 mata peratus pada suku keempat 2018 kepada 7.06 mata peratus pada suku pertama 2019.

Keuntungan bersih menurun daripada 15.69 mata peratus pada suku keempat 2018 kepada 8.82 mata peratus pada suku pertama 2019.

Harga jualan jatuh kepada 2,94 mata peratus begitu juga pesanan baharu menurun sedikit kepada 15.88 mata peratus pada suku pertama 2019.

Kajian menunjukkan sektor pengangkutan, borong dan perkhidmatan muncul sebagai sektor yang paling meyakinkan manakala sektor pembinaan dan perlombongan adalah pa­ling kurang optimistik.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 10:52 AM | Show all posts
Maaf cakap la

tengok je muka menteri kewangan PH si nobita
bercakap je, terus hilang keyakinan

muka ada kes rasuah banglo

muka kaki kencing
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha. Dun n bradstreet. What a joke
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Memula baru pegang kerajaan, ke hulu ke hilir salahkn DS Najib...bgtau duit dah tak de....

Dah kena hentam, canang pulak ekonomi ok....

Tak tau lah halatuju & apa yg dorang nk buat sebenarnya....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dlm sejarah negara belum ada lg MOF sebangang  guanjeng.buat pc sampai ringgit jatuh, bskl sunyi. mahacai sendiri dah tak mampu nak bela apek sorang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 01:21 PM | Show all posts
harga hangpa juai mahai sangat...yang untung tak pasti sapa...sapa yang nak beli...wakakakakakak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2019 01:30 PM | Show all posts
ekonomi kukuh ni dari zaman BN lagi,
bezanya zaman BN dulu ekonomi kukuh tapi rakyat mengeluh kos sara hidup tinggi

zaman PH ni ekonomi kukuh tapi semua sekali runtuh
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 01:37 PM | Show all posts
Yang pastinya melayu boycott barang dan pasaraya cina ada kesannya juga.. wakakakakka..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
https://sportsukan.tv/kfc-mengalami-kerugian-yang-teruk-gara-gara-menaikkan-harga-makanannya/

Betul ke kfc rugi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2019 04:41 PM | Show all posts

Kerajaan tiada perancangan ekonomi mantap punca peniaga hilang keyakinan, kata ahli akademik
January 21, 2019 3:59 PM


KUALA LUMPUR: Punca peniaga hilang keyakinan pada suku pertama tahun ini adalah kerana tidak ada perancangan ekonomi yang jelas dan mantap daripada kerajaan yang boleh memberikan berita gembira kepada rakyat, kata Prof Madya Abu Sofian Yaacob.

Pensyarah di Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu berkata, rakyat mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat menaikkan taraf hidup selepas mengambil alih kerajaan, tetapi perkara itu masih belum berlaku.

“Ini memberi kesan psikologi kepada rakyat dan ada antaranya yang mengaitkan dengan zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), ditambah pula dengan kejatuhan nilai mata wang serta harga barang meningkat, terutamanya barangan mentah dan yang diimport dari luar negara.

“Jadi 2 faktor yang terserlah adalah kurangnya pendapatan dan harga barang yang semakin naik,” katanya kepada FMT.

Kata Abu Sofian, peniaga juga berasa kurang yakin dapat menjual barangan mereka serta menerokai bidang baru atau mengeluarkan produk baru kerana dikhuatiri tidak laku atau kurang mendapat sambutan.

“Kerajaan PH perlu mengetengahkan perancangan ekonomi lebih mantap dan meyakinkan bagi meringankan beban kos hidup rakyat, golongan B40 terutamanya,” katanya.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School (PBS), Prof Madya Ahmed Razman Abdul Latiff pula berpendapat, tindakan kerajaan berjimat cermat dan tidak meneruskan beberapa projek mega dilihat memperlahankan prospek industri, terutamanya pembinaan dan ini membawa kesan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terlibat dalam industri tersebut.

“Pasaran saham tidak menentu di samping harga komoditi yang tidak stabil turut menjejaskan keyakinan industri tempatan untuk menarik pelaburan dan meneroka peluang perniagaan baru, selain faktor luaran seperti perang tarif AS-China juga menjejaskan peluang industri tempatan, terutama yang terlibat dalam import-eksport 2 negara itu.

“Kerajaan PH perlu memastikan golongan peniaga sentiasa dibantu dari segi kemudahan pembiayaan bersifat perkongsian ekuiti, latihan modal insan dalam menghasilkan pekerja berkemahiran tinggi dan perjanjian perdagangan 2 hala dengan negara luar supaya peniaga dapat mengembangkan perniagaan ke pasaran lebih luas,” katanya.

Kajian Dun & Bradstreet mendapati Indeks Keyakinan Perniagaan (BOI) Malaysia menurun kepada 8.92 mata pada suku pertama 2019, berbanding 12.99 mata pada suku keempat tahun lepas susulan pertumbuhan industri seperti perdagangan borong berada dalam keadaan lemah.

Firma pembinaan dan perlombongan yang masih samar-samar prospeknya turut memberi impak kepada para peniaga tempatan.

Menurut kajian itu, hanya 2 sektor, iaitu pekerjaan dan tahap inventori yang mencatatkan peningkatan.

Jumlah jualan merosot daripada 25.98 mata pada suku keempat 2018 kepada 7.06 mata pada suku pertama 2019.

Keuntungan bersih juga menurun daripada 15.69 mata pada suku keempat 2018 kepada 8.82 mata pada suku pertama 2019.

Harga jualan turut jatuh kepada 2.94 mata, begitu juga pesanan baru pada suku pertama 2019.

Ketika ini, beberapa sektor seperti pengangkutan, borong dan perkhidmatan adalah sektor paling positif, manakala sektor pembinaan dan perlombongan paling kurang meyakinkan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 08:22 PM | Show all posts
ekceli acuan BN masih go on,  PM kang masih bekas BN,  so maki kat PH juga bermaksud maki balik BN sendiri,   dan iols caya kalu kang masih BN jadi gomen,  situasi juga tak byk beza

naper selepas PRU iols masa tu ckp nak sokong balik BN,  tapi kang iols dah berkeputusan sokong kat 'calon bebas'   ...  pasal iols rasa next PRU kalu undi balik BN pon takan byk ubah,  takan weols nak kekalkan kerajaan PH,   a big big no

org yg gi daftar jadi 'calon bebas'  mostly juga ada pandangan deols ttg politik,     budak penagih tak mungkin minat buang wang deposit gi daftar jadi 'calon bebas'   ....  mostly juga org UMNO dan PAS yg tak dpt bertanding atas 'tiket parti'   keluar utk daftar 'calon bebas'   

dah tiba masa weols bagi la chan kat calon bebas,  kesian deols asik kalah sampai hilang wang deposit
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
jom beli produk muslim. Sepakat lah kita..biar depa putih mata. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
bila buyong power makin kurang ..  perniagaan kurang potensi  ,  cukai makin kurang  ,  pekerjaan makin kurang,  kesannya akan ketara setahun dua lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
duit tak boleh pusing. Dulu ada Macam-macam skim kerajaan cukai tokey-tokey kaya ambik duit dorang bagi kat orang miskin untuk org miskin spend balik kepada tokey-tokey. Tapi tokey-tokey takmau share kekayaan dorang, so duit dorang hanya bekepuk saje di bank dan property. So, current gov ni mewakili kepentingan tokey aje ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
apam replied at 21-1-2019 10:04 PM
duit tak boleh pusing. Dulu ada Macam-macam skim kerajaan cukai tokey-tokey kaya ambik duit dorang b ...

macam ex Boss aku cakap siapa nak meniaga kalau takda untung  ??   atau untung ciput2  .  baik depa masok Fix ACC dan tak perlu pening2 kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada satu medical centre near my home dah tutup. X sangka sebab ramai jugak anak neighbours dah me myself beranak situ ...
Zaman PH is too bad ekonominya... termenung memikirkannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
zjen replied at 21-1-2019 08:22 PM
ekceli acuan BN masih go on,  PM kang masih bekas BN,  so maki kat PH juga bermaksud maki balik BN s ...

Kenapa perlu acuan bn....dah terang terang menteri utama geng dap dan pkr pegang...ekonomi kewangan...takkan tak tahu buat kerja melainkan harap orang bawahan buat kerja dan mengikut jer
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 11:12 PM | Show all posts
GalileO replied at 21-1-2019 10:42 PM
Kenapa perlu acuan bn....dah terang terang menteri utama geng dap dan pkr pegang...ekonomi kewanga ...

PM bekas UMNO,  PKR pon ramai bekas UMNO ...  DAP ekceli dah sebumbung parlimen dgn BN setengah abad  ...  lagipon semua parti konpem ada omputih aka Yahudi yg kontrol dan sponsor,  iols takan caya British murah hati kasi merdeka

so iols sokong mula cadangkan sokong calon bebas,  relek la,  takan calon bebas mula cabar parti uols kan ... takat iols yg cadangkan takan begitu cepat dat efek
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
MP berketurunan Melayu semua pemalas compared to MP from DAP.

Sebab tu kerajaan PH tak perform....hujung2 mengencing kata ekonomi baik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dess402 replied at 21-1-2019 10:08 PM
macam ex Boss aku cakap siapa nak meniaga kalau takda untung  ??   atau untung ciput2  .  baik dep ...

u tak paham konsep ke bang?
umur berapa ni bang?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.073760 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list