Agensi | Published Januari 21, 2019 13:45 MYT
WALAUPUN rancangan perlantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seterusnya merupakan satu perjanjian, beliau masih memerlukan persetujuan daripada rakyat Malaysia. - Foto CNN
WALAUPUN rancangan perlantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seterusnya merupakan satu perjanjian, beliau masih memerlukan persetujuan daripada rakyat Malaysia. - Foto CNN
KUALA LUMPUR: : Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu temubual menyatakan walaupun rancangan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri seterusnya merupakan satu perjanjian, beliau masih memerlukan persetujuan daripada rakyat Malaysia.
Selaku pejuang demokrasi, beliau perlu menghormati prinsip demokrasi dan keputusan rakyat sama ada akan memilih beliau sebagai Perdana Menteri seterusnya atau sebaliknya.
“Sekarang, ya, perjanjiannya memang saya yang akan menjadi perdana menteri, tetapi anda betul, akhirnya ia adalah keputusan rakyat yang menentukan. Sekiranya saya seorang pejuang demokrasi, saya harus menghormati keputusan itu,” kata Anwar dalam temubual bersama CNN Asia.
Turut ditanya mengenai kerjasama bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengejutkan banyak pihak.
Kata Anwar, dalam tadbir urus politik dan kehidupan, sifat 'saling memaafkan' adalah sesuatu yang penting.
"Baiklah dalam politik, dalam tadbir urus dan juga dalam kehidupan, kita perlu menyedari bahawa perasaan belas dan saling memaafkan adalah penting. Kita juga perlu bergerak ke hadapan dan tidak boleh terikat pada masa lampau,” kata Anwar lagi.
Sementara itu, mengulas mengenai skandal syarikat pelaburan negara, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Anwar berkata Pakatan Harapan sebelum ini menyangka skandal itu boleh diselesaikan secara dalaman tanpa campur tangan pihak luar.
Namun selepas kerajaan mengambil alih tampuk pemerintahan, beliau menyedari skala sebenar skandal tersebut dan menyeru kerjasama di peringkat global untuk menyelesaikan kes tersebut.
"Kami perlukan sumber cukup untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya percaya bahawa rakyat dan negara tidak perlu menderita hanya kerana ketamakan beberapa pemimpin korporat sebelum ini. "
Temubual penuh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rancangan Talk Asia akan disiarkan Rabu ini, 23 Januari jam 5.30 petang di Astro saluran 511, CNN .
Post time 21-1-2019 06:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
aku rasa hayat Tun takkan sampai 2 tahun.
Pasai signal dah makin jelas jika diikut pada komen rakan2 dlm PH , rata2 dah nyatakan ketidak puasan hati depa dgn cara Tun mentadbir negara. Ini bukan aku yg cakap tapi depa yg cakap. dan inilah akibatnya kalau parti yg ciput2 diberi kuasa. segala tindak tanduk akan diperhatikan. dan kalau diperhatikan pada forum2 setempat maupun temubual , memang sekarang ini seakan satu gelombang baru sedang muncul. Ini tidak dapat dinafikan malah penganalisis juga sebok memperkatakan kerana sedikit sebanyak ia tetap akan memberi kesan kpd reputasi parti pemerintah. Tun kini di ibarat kan beruk yg diberi bunga.
dah tersilap langkah, kak wan tak sepatut nye bergabung ngan Tun dan parti BERSATU sebelum PRU last year
kang everything dah jadi sukar, malah lagi sukar dr tahun sebelum 1999
Tun mesti takan serahkan PM dia kat anybody, dah susah payah naik kembali, mana dia akan turun, dr pengalaman pak lah dan bijan, dia lagi takan turun, kecuali dia mampos la, kalu teringin tu, kene cari bomoh yg boleh rosakan bomoh tun ... bomoh panjang umur, bab bomoh iols x pandai, barangkali bomoh tu bkn bomoh Melayu, cuba sembang sembang kat bomoh bangsa lain, barangkali ilmu india atau hindu kot