View: 557|Reply: 4
|
[Tempatan]
Kerajaan PH nafi larang bawah 18 tahun berada di luar rumah pada waktu malam
[Copy link]
|
|
Nafi larang remaja keluar malam
KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) nafi mengeluarkan sebarang arahan berhubung larangan terhadap kanak-kanak dan remaja di bawah 18 tahun berada di luar rumah pada waktu malam.
Kementerian itu menegaskan maklumat yang tular di aplikasi WhatsApp yang didakwa dikeluarkan KPWKM sebelum ini adalah palsu.
"KPWKM tidak mengeluarkan apa-apa arahan berhubung perkara itu. Pihak kementerian memohon supaya semua pihak tidak menyebarkan maklumat palsu ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, satu mesej tular di aplikasi WhatsApp berhubung larangan terhadap kanak-kanak dan remaja di bawah 18 tahun berada di luar rumah pada waktu malam berkuat kuasa serta-merta, yang didakwa dikeluarkan KPWKM.
Berdasarkan mesej itu, kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun (13 hingga 16 tahun) tidak dibenarkan berada di luar kawasan rumah melebihi jam 10 malam, manakala bagi yang berusia 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan berada di luar kawasan rumah melebihi jam 8 malam kecuali hal yang tidak dapat dielakkan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 January 2019 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dswa ada meeting cadangan larangan tu.
tapi takde arahan pun lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau merayau pon kau buat apa dikkk????? menyundal, merempit? |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman da berubah, dlu kalau keluar bermain jgn smp lampu jalan da menyala. Tgh nak blk nmpk lampu jln da menyala "Oh fucked...." ko siap... |
|
|
|
|
|
|
| |
|