CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] [Kisah Cikgu] Guru patah pinggang panjat lokap

  [Copy link]
Post time 31-1-2019 11:37 AM | Show all posts
speku ;
mcm sengaja cederakan diri ke cikgu amang ni
biar cedera so dapat baring selesa kat wad
makan spital pun sedap
tak yah tido lokap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2019 01:13 PM | Show all posts
perangka replied at 31-1-2019 11:37 AM
speku ;
mcm sengaja cederakan diri ke cikgu amang ni
biar cedera so dapat baring selesa kat wad

cubaan bunuh diri.


ALOR GAJAH 21 Jan.  - Suspek kes amang seksual dan seks luar tabii yang ditahan reman di balai polis di sini kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka akibat mengalami kecederaan parah patah pinggang ketika dalam lokap.

Guru Sains di sebuah sekolah menengah agama di Pulau Sebang di sini itu dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari aras tinggi lokap dianggarkan kira-kira 3.6 meter sehingga mengalami kecederaan.


Menurut sumber polis, lelaki berusia 40 tahun itu disedari terbaring dengan kesan kecederaan pada pukul 12 tengah malam tadi oleh pengawal lokap yang bertugas.
“Dia kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil walaupun dia ditempatkan di ICU.
“Kita percaya dia memanjat jeriji lokap sebelum terjun untuk mencederakan dirinya seterusnya cuba membunuh diri,” katanya ketika dihubungi di sini petang ini.
Semalam, guru lelaki berkenaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun.
Perintah reman sehingga 26 Januari itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Melaka, Dorismah Mohd. Idris.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut namun enggan mengulas lanjut.  - UTUSAN ONLINE


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2019 01:14 PM | Show all posts


SUSPEK kes amang seksual dan seks luar tabii memakai baju lokap warna jingga ketika dibawa untuk mendapatkan perintah tahanan reman semalam. Dia kini dirawat di ICU Hospital Melaka setelah cuba membunuh diri di lokap balai polis di Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN ONLINE

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 01:48 PM | Show all posts
risau betul ada cikgu siamang seksual mcm ni.. aku terperanjat bila kawan baik adik ipar yg lembut semacam tu rupanya cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
I tau cikgu haramjadah ni sape...dulu die cikgu sains adik i...tp adik i bkn sekolah agama tu, sekolah before die bertukar ke sekolah agama tu...adik i slalu cite kt i psl cikgu ni suje bwk haiwan belaan die kt skolah contohnye tarantula dan sugar glider...ko x rase ke cikgu tu mental bwk tarantula g skola??
Pastu bile tiba hari guru, die akan paksa setiap murid bg hadiah berasaskan doremon.. peminat setia doremon rupenye si gay pedo ni...lepas tu adik i cite die penah kawen dlu tp sekejap jek pastu cerai (i suspek die kene kawen paksa) pastu cite dgn murid2 die yg die cerai sbb bini die gile laa, bodo laa, x gune laa (motip g cite dgn student psl hal peribadi die?)

Pastu years ago i penah add fb cikgu ni saje nk bace status die yg acah2 straight tp i da dpt detect yg die sejenis gay...pastu x lame lepas tu die unfriend i...kah3

Mase i bace berita ni aritu, i tnye laa kt adik i ni mcm cikgu die...pastu baru adik i teringat dulu mase skola waktu koku die nampak ade bdk laki mcm umur lingkungan student U follow die...adik i x sangke laa kalo tu anak ikan die sbb mase tu die still bdk2 lg x bole nk detect gayah coverina

Ohh yaa lg satu, cikgu ni super senior i mase skola menengah...die da abes SPM baru i masok skola tu...abg i sempat laa jmpe die sbb die batch bawah setahun dpd cikgu ni...buat malu skolah jek die ni tauuuu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
... dah la didakwa kes amang.. lepas ni bakal d dakwa cubaan bunuh diri pula...double trouble
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-1-2019 02:56 PM | Show all posts
scha1008 replied at 31-1-2019 01:56 PM
I tau cikgu haramjadah ni sape...dulu die cikgu sains adik i...tp adik i bkn sekolah agama tu, sekol ...

sengetlah cikgu nih
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 03:16 PM | Show all posts
scha1008 replied at 31-1-2019 01:56 PM
I tau cikgu haramjadah ni sape...dulu die cikgu sains adik i...tp adik i bkn sekolah agama tu, sekol ...

kalau ikutkan cerita u ni, kisah cikgu ni dah macam open secret
bertahun tahun dah dibiarkan melakukan amang amang, dari satu sekolah ke satu sekolah
salah kerajaan PH ni, sebab tak ambil tindakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2019 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by naq_j at 4-2-2019 09:17 AM
dua_chzy replied at 22-1-2019 01:46 PM
To be exact, ada 2 cikgu pedo sini. 1 urg tu, memedo sama budak lelaki. Yang lagi satu, sama bud ...


Yg cerita memedo budak laki2 tu, mcm ada juga 1 org la sa tau cerita lebekurang gitu juga la...dulu di BANDAR pas tu dipindah2 banyak kali... kerjanya bagus tapi macam tiada juga insaf tu....
Sudah pindah sana sini pun malar memedo....mcm semakin glamer dalam kerjaya sampingan beliau ada la.
Ada kenalan sa puji2 lagi tu orang tapi sa diam ja la. Dalam hati EUWWWW saja la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2019 08:45 AM | Show all posts
Guru didakwa lakukan perbuatan seks terhadap dua pelajar lelaki
DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
26 Februari 2019 2:23 PM


Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Melaka terhadap pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua pelajar lelakinya pada 2017 dan 2019.

ALOR GAJAH - Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah agama di Pulau Sebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua pelajar lelakinya sejak 2017.

Tertuduh, Ramzu Zahini Abdul Aziz, 41, membuatkan pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.


Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal kanak-kanak terhadap mangsa lelaki berumur 13 tahun 5 bulan dengan cara mencium mulut dan pipi pelajar terbabit.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, guru itu didakwa telah menyebabkan mangsa sama melihat rakaman video berunsur lucah dalam telefon bimbit dan didakwa mengikut Seksyen 15(E) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20, 000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa dengan sengaja telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap pelajar terbabit dan didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh antara pukul 12.01 tengah malam sehingga 4 pagi di rumah warden asrama di sebuah sekolah menengah agama di sini pada 1 Januari 2019.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal kanak-kanak terhadap seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dengan cara memeluk badan mangsa dan melakukan perbuatan seksual kira-kira pukul 11.30 malam di tempat sama pada Februari 2017.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Terdahulu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam manakala tertuduh diwakili Peguam Andrew Lourdes.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Ahmad Sazali membenarkan jaminan sebanyak RM15, 000 bagi pertuduhan pertama sehingga ketiga dan RM10, 000 bagi pertuduhan keempat. Beliau kemudian menetapkan tarikh 29 Mac depan untuk serahan laporan perubatan dan sebutan semula kes. - K! ONLI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2019 08:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Pening baca pertuduhan dia ni. Macam kat overseas tapi pulau sebang je pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.067149 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list