CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 946|Reply: 4

[Dunia] Wanita kedua hamil janin diubah suai di China.

[Copy link]
Post time 22-1-2019 01:20 AM | Show all posts |Read mode
20pm




CARI
















HE Jiankui - Foto Fox News








Wanita kedua hamil janin diubah suai di China


BEIJING: Penyelidik yang mendakwa menghasilkan bayi diubah suai secara genetik pertama dunia akan disiasat polis China, lapor media hari ini, ketika pihak berkuasa mengesahkan wanita kedua hamil sepanjang uji kaji itu.


He Jiankui mengejutkan komuniti saintifik tahun lalu selepas pengumuman beliau berjaya mengubah suai gen kembar perempuan yang dilahirkan November lalu untuk menghalang mereka dijangkiti HIV.


Beliau memberitahu forum di Hong Kong bahawa ada satu lagi kehamilan membabitkan pasangan kedua.


Siasatan kerajaan tempatan mengesahkan kewujudan ibu kedua dan wanita berkenaan masih hamil, lapor agensi berita Xinhua.


Bakal ibu berkenaan dan kembar perempuan daripada kehamilan pertama itu akan diletakkan di bawah pengawasan perubatan, kata penyiasat kedua Xinhua.


Siasatan kerajaan tempatan mendapati He memalsukan kertas penilaian etika dan sengaja mengelakkan penyeliaan.


He ‘secara peribadi’ mengatur pasukan projek termasuk kakitangan asing dan menggunakan teknologi yang belum pasti selamat dan berkesan untuk mengubah suai janin secara haram. - AFP




457 dibaca










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Alcadabra.......Pooooof...poooof....poof

Anak cukup sifat = syukur alhamdullilah
Tidak cukup sifat = hanya tuhan lebih mengetahui   

Kan lobai ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2019 01:48 AM | Show all posts
Dwdrum replied at 21-1-2019 09:30 AM
Alcadabra.......Pooooof...poooof....poof

Anak cukup sifat = syukur alhamdullilah

Senang kan jadi lobai tak perlu berfikir dan tak perlu ambil tau apa itu science.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sangat tak pernah bergaul dgn anak2 org tk cukup sifat sampai perkara tu pun dibuat lawak.

Pastinya hang ni sejenis manusia yg hidup serba lengkap.tiada sdra mara yg tk cukup sifat & lastly masih hidup bawah ketiak mak bapak. Tu yg pikiran cm budak2 lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 22-1-2019 07:21 AM
Nampak sangat tak pernah bergaul dgn anak2 org tk cukup sifat sampai perkara tu pun dibuat lawak.

...

Kau pun layan dorg tu? Org bodoh xyah layan. Nnt kau akan nmpk kebodohan dorg. Kau perhatikan je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.896659 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list