CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1493|Reply: 17

[Dunia] Kaya Semakin Kaya

[Copy link]
Post time 22-1-2019 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kaya semakin kaya
Agensi

LELAKI terkaya di dunia, Jeff Bezos menyaksikan kekayaannya meningkat kepada AS$112 bilion (RM461 bilion) pada 2018. - Agensi
LONDON: Seramai 26 bilionair kini mempunyai kekayaan sama dengan 3.8 bilion penduduk miskin iaitu hampir separuh daripada populasi penduduk dunia, kata badan gabungan kebajikan dunia, Oxfam.

Oxfam berkata, jumlah harta 26 lelaki dan wanita terkaya di dunia adalah 1.1 trilion (RM5.81 trilion) - sama dengan dimiliki 50 peratus penduduk dunia yang miskin.

The Guardian memetik laporan tahunan kekayaan oleh Oxfam yang disiarkan sempena perasmian Forum Ekonomi Dunia di Davos.

Menurut Oxfam, 2018 menjadi tahun golongan kaya bertambah kaya dan golongan miskin bertambah miskin.

Katanya, jurang yang semakin besar itu menyukarkan usaha memerangi kemiskinan.

Sekiranya satu peratus cukai dikenakan terhadap mereka, ia bakal mengutip 325 bilion (RM1.72 trilion) setahun, cukup untuk memberi pendidikan kepada setiap kanak-kanak yang tidak bersekolah dan penjagaan kesihatan bagi mengelak tiga juta kematian.

Kekayaan lebih 2,200 bilionair di seluruh dunia juga meningkat kepada AS$900 bilion (RM3.7 trilion) pada 2018 atau AS$2.5 bilion (RM10.3 bilion) sehari.

Peningkatan 12 peratus kekayaan bilionair itu berbeza dengan pengurangan 11 peratus harta dimiliki golongan miskin di seluruh dunia.

Laporan itu merumuskan, jumlah bilionair yang memiliki kekayaan sebanyak yang dimiliki separuh penduduk dunia jatuh daripada 43 orang pada 2017 kepada 26 orang tahun lalu. Pada 2016, jumlah itu ialah 61 orang.

“Cara ekonomi kita dijalankan, kekayaan semakin meningkat dan tidak adil tertumpu kepada sebilangan yang mendapat keistimewaan manakala jutaan lagi hampir tidak mendapat apa-apa,” kata jurucakap Oxfam.

Sementara itu, laporan berkenaan juga mendapati selepas 10 tahun krisis kewangan berlaku, jumlah bilionair meningkat hampir dua kali ganda. Antara 2017 hingga 2018, seorang bilionair dicipta setiap dua hari.

Lelaki terkaya di dunia dan juga pemilik Amazon, Jeff Bezos menyaksikan kekayaannya meningkat kepada AS$112 bilion (RM461 bilion). Hanya satu peratus daripada kekayaannya sama dengan keseluruhan bajet kesihatan Habsyah yang mempunyai 105 juta penduduk.

Lebih 10 peratus golongan miskin di Britain pula membayar lebih banyak cukai efektif berbanding 10 peratus golongan kaya apabila cukai terhadap penggunaan seperti Cukai Nilai Tambah (VAT) diambil kira.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 January 2019 @ 6:30 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 10:07 AM | Show all posts
Sebab yang miskin tu pemalas kot..
Ada la sorang tu kata... rakyat malas..nak hadap bantuan ja..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
sebab orang miskin kerja untuk orang kaya...shareholder dan CEO.

Kesimpulannya belajar lah berniaga, kerja sendiri dan melabur dengan cara yg dibenarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 10:43 AM | Show all posts
najib888 replied at 22-1-2019 10:07 AM
Sebab yang miskin tu pemalas kot..
Ada la sorang tu kata... rakyat malas..nak hadap bantuan ja..

Betulklah tu dia cakap. Nak jadi kaya jangan pemalas, yang penting daddykasi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat US pekerja bawahan Amazon pun ada ambil food stamp. Patutnya Amazon naikkan gaji mereka ataupun kerjaan kenakan cukai yg lebih tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak cerai, xde prenups. Say gudbye la separuh dr harta kau jeff. Da puas kau tindas pekerja bawahan kau, elak cukai bagai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2019 02:37 PM | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 22-1-2019 10:19 AM
sebab orang miskin kerja untuk orang kaya...shareholder dan CEO.

Kesimpulannya belajar lah bernia ...

semua nak meniaga...siapa jadi pembeli? kalau semua jadi ceo siapa jadi pekerja?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:39 PM | Show all posts
this is how the world works........... life is unfair n get used to it - Bill Gates
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 04:00 PM | Show all posts
Korang ingat Bezos tu paling bijak?

Bini dia lagi bijak tau....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukai 1% 1.7 trillion?

Cam pelik je kira2 dari total kekayaan 26 org tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 22-1-2019 02:37 PM
semua nak meniaga...siapa jadi pembeli? kalau semua jadi ceo siapa jadi pekerja?

semua orang yang berniaga tu menghasilkan produk sama ke nyah????

orang berniaga takda yg jadi pengguna ke?

setiap pekerja sepatutnya perlu memiliki saham di dalam syarikat tersebut. baru fair. benda ni dipanggil "Employee stock ownership plan".
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 06:15 PM | Show all posts

kaya + miskin = imbang
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kayanya beliau ada cara nak minta derma tak, dapat 10k jadila
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
perfectly balanced m...just how all things should be ~ Thanos
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 07:57 AM | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 22-1-2019 06:05 PM
semua orang yang berniaga tu menghasilkan produk sama ke nyah????

orang berniaga takda yg jadi  ...

teorinya boleh tapi kenyataan susah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 08:13 AM | Show all posts
hidup ni Allah dan tentukan siap2 siapa kaya siapa miskin. oleh itu berusahalah utk mencari kehidupan.  tujuannya supaya masing2memakmurkan bumi dan sekitar kehidupan.

Allah melarang makhluknya merosakkan struktur yang disediakan.  struktur masyarakat.  struktur bumi dan sebagainya.  

sebab itu disuruh orang kaya memberi kepada orang kurang berada. ia akan mewujudkan sifat/sikap hormat dan sayang antaranya.

Allah juga melarang perbuatan mengambil hak orang lain tanpa kebenaran.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 23-1-2019 07:57 AM
teorinya boleh tapi kenyataan susah tu..

ada je company yang buat...boleh search
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2019 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu pentingnya zakat harta untuk membantu golongan asnaf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.478396 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list