CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1123|Reply: 19

[Dunia] Update : WhatsApp Alami Gangguan Sementara Ekoran Sekatan Berita Palsu

[Copy link]
Post time 22-1-2019 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Remyda at 23-1-2019 09:56 AM

JAKARTA: : Pengguna aplikasi WhatsApp kini hanya boleh ‘forward’ mesej kepada lima individu sahaja.

“Had itu berkuat kuasa di seluruh dunia bermula hari ini,” kata Naib Presiden Dasar dan Komunikasi WhatsApp, Victoria Grand di Jakarta pada Isnin.

Tambah beliau, “Ia bagi mengelak maklumat salah dan khabar angin tersebar secara berleluasa.”

Sebelum ini, pengguna WhatsApp dibenarkan mengedar mesej kepada 20 individu ataupun satu ‘group’.

Had jumlah penerima mesej ‘forward’ itu pada asalnya bermula di India pada Julai tahun lepas apabila khabar angin yang disebar melalui WhatsApp telah menyebabkan beberapa kes pembunuhan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 10:04 AM | Show all posts
Bila Whatsapp ni nak enable function untuk tak mau accept masuk lam group?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2019 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 22-1-2019 10:04 AM
Bila Whatsapp ni nak enable function untuk tak mau accept masuk lam group?

Ramai tunggu saat itu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2019 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Forward kepada 5 orang
Dari 5 orang kepada 5 orang lagi
Dan seterusnya. Maka berita tidak sahih tetap juga tersebar. C&P pun ada.

Apedehal bagi penyebar fitnah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2019 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku harap depa upgrade pulak untuk ahli dalam group di hadkan tempoh jika tidak aktif dalam sekian sekian masa. Sistem akan auto remove dari group

Kurang sikit alasan nak cakap kenapa nak left group


Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 10:23 AM | Show all posts
Kat mana nak tgk detail pasal ni sebab nak tanya adakah klu hantar dalam group yang lebih pada 5 orang kene buat banyak kali or memang limit to 5 orang jer...

Dan macam mana kaedahnya adakah klu dalam group dia akan auto select penerima or kita pilih or ada certain2 msg je yang boleh di hantar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2019 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bilaaa boleh disableee whatsapp call??
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 10:50 AM | Show all posts
tambah function hide person/group
dan jgn keluar kat wall lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 10:56 AM | Show all posts
Kalau x boleh forward copy meh ...mudah je
nak send ke 100 org pun boleh but rasa annoying whatsapp in terms of pic and video sebab u kena delete satu2 sebab dia kan menghabis kan ur memori kat phone...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 11:00 AM | Show all posts
najib888 replied at 22-1-2019 10:04 AM
Bila Whatsapp ni nak enable function untuk tak mau accept masuk lam group?

whatsapp group ni macam penjara. dah masuk jangan harap boleh keluar.. sekali hang left group terus jadi banduan (pesalah)..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kabar angin tu musti pasal hasutan agama kan. Tu yang sampai bunuh membunuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2019 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 22-1-2019 11:03 AM
Kabar angin tu musti pasal hasutan agama kan. Tu yang sampai bunuh membunuh.

Ya. Isu sensitiviti rasanya tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 22-1-2019 10:04 AM
Bila Whatsapp ni nak enable function untuk tak mau accept masuk lam group?

Saya pulak menunggu function whitelist iaitu org yg saya approve saja dapat melihat saya di WhatsApp dan contact saya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 11:20 AM | Show all posts
who cares... telegram kn ada
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by awanearisu at 22-1-2019 02:36 PM

Kita lebih suka sekiranya mesej asal yang ingin dimajukan itu diselitkan 'watermark' yang mencatatkan maklumat pemilik asal mesej, contohnya no telefon dan tarikh mesej dicipta. Contoh seperti yang dilakukan ke atas imej yang di pos semula di Instagram.

Pasti ramai yang berkira untuk viral kerana tidak mahu terviralkan sekali no telefon sendiri

Selain itu, kalau boleh buat tetapan untuk 'disable' forwarding atau untuk 'read only' mesej terpilih pun ok.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:13 PM | Show all posts
najib888 replied at 22-1-2019 10:04 AM
Bila Whatsapp ni nak enable function untuk tak mau accept masuk lam group?

kalau ada baguslah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 12:57 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 22-1-2019 11:03 AM
Kabar angin tu musti pasal hasutan agama kan. Tu yang sampai bunuh membunuh.

Saya setuju sangat limit ni. Skrg ni pun ramai duk forward message perkauman dan agama.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
forward kat satu grup with 100 mmbers...100 org dapat msg tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak buat invisible mode. Hahahahhaa. Benci tau org nampak kita online. Boleh je nak invisible tp kena pakai download whatspp app yg pelik2 dr  playstore. Masalahnya apps tu selalu crash. Myusahkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2019 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
KUALA LUMPUR: : Sehari selepas pihak Facebook mengumumkan untuk menyekat sebaran mesej menerusi butang forward, aplikasi permesejan paling popular di dunia, WhatsApp mengalami gangguan!

Pengguna di seluruh dunia, sama ada di telefon pintar dengan sistem operasi iOS mahupun Android, dilaporkan tidak dapat menggunakan aplikasi ini pada pagi Rabu waktu Malaysia.

Bagaimanapun, tidak semua pengguna terjejas. Bagi yang bernasib baik, mereka masih boleh menggunakan aplikasi ini sama ada di telefon pintar atau menerusi Internet di komputer.

Menurut laman web Downdetector, yang menjejak gangguan untuk semua jenis perkhidmatan digital, lebih 10,000 laporan diterima membabitkan pengguna di Eropah dan Amerika Selatan.

Namun, di peringkat Asia dan India, laporan yang diterima tidak terlalu tinggi.

Setakat ini, tiada sebarang respon dari pihak Facebook ataupun WhatsApp berhubung punca gangguan.



WhatsApp tidak mempunyai laman web status bagi menjelaskan keadaan semasa platform itu atau memaklumkan bila sesuatu masalah akan diperbaiki.

Bagaimanapun, masalah gangguan penghantaran mesej tersebut dilaporkan telah selesai kira-kira 90 minit selepas aduan mula diterima.





Mulai Isnin, pengguna aplikasi WhatsApp di seluruh dunia dilaporkan cuma boleh memanjangkan mesej kepada lima individu sahaja pada satu-satu masa.

Naib Presiden Dasar dan Komunikasi WhatsApp, Victoria Grand berkata ia bagi mengekang penyebaran khabar angin dan berita palsu atau salah maklumat.

Sebelum ini, pengguna aplikasi itu boleh memanjangkan mesej kepada 20 individu atau kumpulan.

WhatsApp digunakan lebih 1 bilion pengguna di 180 negara, menurut laman web aplikasi media sosial itu.



Ia membolehkan orang ramai menghantar mesej dan membuat panggilan suara dan panggilan video secara percuma selagi mereka mempunyai sambungan internet.

Ditubuhkan pada 2009, ia diperkenalkan sebagai alternatif kepada mesej teks tradisional SMS.

Pada 2014, ia diambil alih oleh Facebook menerusi satu urus niaga bernilai sekitar AS$19 bilion.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.077918 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list