CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2934|Reply: 38

[Tempatan] Pembeli kalangan belia, pasangan baru kahwin, pesara lebih prefer kediaman condo

[Copy link]
Post time 22-1-2019 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Kediaman bertingkat jadi pilihan
22 Januari 2019 3:00 AM

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Kediaman bertingkat tinggi seperti kondomi­nium dan pangsapuri terus menjadi pilihan dalam kalangan pembeli terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Pengurus Negara Property­Guru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata, faktor harga kemasukan hartanah jenis berke­naan yang lebih berpatut­an mungkin antara pendorong ia menjadi paling digemari berbanding rumah teres atau berkembar.

Katanya, pemaju dijangka te­rus membina unit lebih kecil bagi kediaman seumpamanya dengan keluasan antara 41.8 meter persegi hingga 78 meter persegi yang menawarkan ruang fleksibel bagi memenuhi segmen demografi pelbagai.

Ini kerana, menurutnya, keba­nyakan demografi yang meminati hartanah jenis kondominum dan pangsapuri terdiri daripada belia yang baru memulakan pekerjaan, pasangan muda yang baru berkahwin dan golongan pesara yang menginginkan kehidupan lebih ringkas.

“Unit dual kunci mungkin popular bagi mereka yang ingin bekerja dan tinggal di tempat yang sama. Pemaju dijangka membina lebih ba­nyak unit bersaiz kecil di kawasan yang lebih dekat dengan pengangkutan awam dan akan dilengkapi dengan lebih banyak kemudahan.

“Ini menjadi antara faktor utama bagi pemaju untuk memenangi pembeli dalam kea­daan pasaran hartanah yang agak suram,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Namun begitu Fernandez berkata, tidak semua hartanah bertingkat ditawarkan pada harga mampu milik terutama di kawasan-kawasan panas yang menjadi tumpuan pembeli.

“Dari segi harga, ramai yang mencari di bawah harga RM300,000 sebuah, namun ia sukar untuk didapati apatah lagi di kawasan Bangsar, Mont Kiara dan Cheras kerana banyak hartanah di lokasi ini bernilai lebih daripada julat harga berke­naan,” katanya.

Selain itu, katanya, terdapat pe­ningkatan yang kukuh dalam permintaan bagi hartanah yang terletak di lokasi strategik dan dihubungkan terus dengan laluan MRT dan LRT.

“Faktor lain se­perti penyelenggaraan harta benda dan kemudahan gaya hidup akan memainkan peranan bagi pembeli untuk menentukan sama ada ia sesuai, memandangkan pembeli mempunyai terlalu banyak pilihan dalam pasaran yang tepu dengan bekalan,” katanya.

Fernandez berkata, Indeks Pasaran Property­Guru mendapati situasi itu agak berbeza di kawasan Johor dengan rata-rata pembeli lebih berminat terhadap kediaman bertanah terutama rumah teres dua tingkat.

“Secara keseluruhan, walaupun keadaan pasaran yang lembab, situasi ini disifatkan sihat kerana terdapat banyak bekalan pembelian dan penyewaan untuk dipilih oleh rakyat Malaysia, ini seterusnya menggalakkan inovasi dan idea-idea menarik terutama berkaitan dengan pembinaan dan reka bentuk, penggunaan ruang, teknologi dan banyak lagi yang mampu ditawarkan pemaju,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
cuba cerita pulak ramai anak2 muda ni muflis pasal apa  ??
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 09:57 AM | Show all posts
betul ke fakta ni..?

tapi nampak bnyk jek kosong area lembah klang ni...

satu apartment/kondo bukan penuh pun...

pastu harga mahal udah ruper landed house...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 10:02 AM | Show all posts
Kalau rumah landed murah, rasanya ramai tak akan pilih kondo/apartment.. dah tu je pilihan rumah yang murah..

kalau harga rumah landed dengan kondo/apartment sama, rasanya depa akan pilih yang mana?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodo ke apa?
Ni cara nak menghalalkan prmbangunan rumah bertingkat-tingkat kat lembah klang sebab demand tinggi ke?
Yang ada pun berlambak tak da penghuni.

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
I pn prefer tgal condo..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2019 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
dess402 replied at 22-1-2019 09:56 AM
cuba cerita pulak ramai anak2 muda ni muflis pasal apa  ??

Hutang beli rumah kondo/apartment+hutang ptptn+hutang tak habis bayar tp pegi travel sana sini ngalahkan org kaya+hutang beli barang2 branded semata2 nak show off kat socmed+hutang kad kredit y senang2 je g mana2 swipe ala2 orka..

Tulah sebab asbab org2 muda skrg muflis..hihihi~
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 11:09 AM | Show all posts
dah tu je mampu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba cakap landed mana yang boleh dapat below 500k dalam area klang valley?

Nak tak nak, condo je la pilihan.. bangang bertingkek
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Org muda < 35 mmg pakai Wang byk
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 11:19 AM | Show all posts
ada sesiapa nak beli x rumah flat di pandan indah rm160k berdekatan lrt. boleh pm saya sekiranya berminat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul tu dek, ramai golongan muda belia lebih suka kediaman sebegini lagi2 kalau amenities yg disediakan bagus dan menarik perhatian terutama gym dan swimming pool. Tambahan pula kebanyakan condo sekarang menawarkan 5tier security yg menjamin keselamatan penduduk setempat berbanding kediaman bertanah. Tpi itu lah, kalau keluarga besar susah sikit nak menghargai condo ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 11:26 AM | Show all posts
Yang muda2 alasannya sebab itulah pilihan terbaik buat mereka buat masa tu berdasarkan kemampuan kewangan mereka.  Yang dah pencen kebanyakan anak2 mereka dah ada rumah sendiri.  Kalau dah kurang daya atau kurang rajin ada rumah besar tanah tu semua tak guna juga  mau bersawang rumah rumput pun naik tinggi ular pun boleh buat sarang.  Jadi tak mustahil pesara menjadikan condo pilihan utama sebab semua dah terjaga buat mereka.  Buat yang tak pernah duduk landed house pasti nak mereka duduk di kediaman sebegitu.  Tapi dengan syarat dapat jiran yang ada sivik suka kerjasama dan tak kuat membawang.  Kalau dapat yang sebaliknya maka ramai yang beralih duduk di condo je minda pun aman.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 11:30 AM | Show all posts


hargaa gila babas
loan xlepass byk org

regards
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Tua2 tulang rapuh lutut longgar tak kuasa  menten pokok rumput sampah daun keliling rumah
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dineyta replied at 22-1-2019 03:19 AM
ada sesiapa nak beli x rumah flat di pandan indah rm160k berdekatan lrt. boleh pm saya sekiranya ber ...

kalau loan 25thun sebulan berapa ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 12:12 PM | Show all posts
i suka rumah tanah setingkat..
tak terlampau besar untuk manage dan masih bertanah..
dan i rasa semua prefer rumah landed..
tapi kewangan yang mampu cuma rumah bertingkat..
kajian property ni jelas syok sendiri dan tak boleh pakai..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:16 PM | Show all posts
i gayat rumah tinggi&#178; nie....kata orang...prefer berpijak dibumi yg nyata....ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbab rumah bertingkat lagi murah dari landed prop..tpi rumah bertingkat kne bayar 3 jenis cukai harta, cukai tanah n cukai penyelenggaraan..yg xbestnye sebelum ni cukai tanah hnya akn dikeluarkan bila semua unit byar cukai penyelenggaraan..seb bek skng boleh kluarkn cukai tanah khas untuk unit yg byar cukai selenggara cuma Jabatan Menyelenggara Bangunan (JMB) kena aktif kalu x unit dalam bangunan tu xdpat dijual sbb xde badan pengurusan cm aku penah buat dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 22-1-2019 12:02 PM
kalau loan 25thun sebulan berapa ya

Tgok base rate bank bagi..bese rm160k dlm 900 lbih kurang cmtu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.290167 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list