CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5227|Reply: 43

"Dahla Double Park, Salahkan Orang Pula!"

[Copy link]
Post time 22-1-2019 10:35 AM | Show all posts |Read mode





Sekarang ni, silap sedikit sahaja, semua isu nak ditularkan tanpa mengira siapa yang bersalah. Lebih malang apabila kononnya ingin mengadu di media sosial, namun ditempelak oleh netizen pula kerana sebenarnya pengadu lah yang bersikap mementingkan diri sendiri.


Terbaharu, tular sebuah video pendek (telah dipadamkan) dirakam oleh seorang wanita dengan kapsyen "Hanya kerana 10 minit menghalang kereta, dia dimaki oleh wanita dan anaknya yang bertudung." Hal ini mengundang kemarahan netizen kerana pengadu mengambil mudah masa 10minit lalu menjadikan tudung serta kata-kata wanita yang dihalangnya sebagai pemangsa.



Kredit foto:


Kredit foto:


Kredit foto: Twitter



Menurut adik lelaki pengadu, kakaknya cuma menghalang kereta tersebut selama 10 minit sahaja, jadi takkan itu pun boleh menimbulkan kemarahan kerana kakaknya sendiri sudah bersedia untuk memohon maaf namun terhenti kerana telah dimaki oleh wanita dan anaknya dalam bahasa carutan. Pengadu ini juga hairan dengan sikap netizen yang membela wanita yang menujukan kata-kata kesat kepada kakaknya.





Bagaimanapun, tweet tersebut mendapat kritikan terus daripada netizen kerana menganggap pengadu dan kakaknya tidak sensitif terhadap orang lain. Mungkin 10minit yang dimaksudkan oleh pengadu seperti tiada apa-apa, namun bagi mereka yang dihalang keretanya di tempat meletak kereta, ia mungkin satu kecemasan. Jangan sesekali membandingkan situasi kita sama dengan orang lain.







Netizen juga turut memberikan beberapa idea kepada pengguna jika menghadapi situasi sebegini seperti meninggalkan nombor telefon dan tidak mengangkat 'hand brake'. Selain itu, janganlah pula mengaitkan kesalahan orang lain dengan apa yang dipakainya. Dalam konteks ini, menyalahkan wanita bertudung bermulut jahat sedangkan dia 'free hair' dan hanya menjadi mangsa adalah salah sama sekali.










"Alah, kalau akak ko kena double park pun, mesti mental punya. 10 minit kot, mana maunya bawa bincang. Lagi-lagi kalau orang yang kena tu ada urusan lain, nak cepat ke."



Setiap individu mempunyai kesabaran berbeza. Mungkin 10minit pada pengadu tidak berniai apa-apa tapi mungkin sebaliknya bagi mereka yang mempunyai hal kecemasan. Jadi jika terkena dalam situasi begini, cara terbaik ialah meminta maaf dan jika dimarah sekalipun, perlu redha kerana memang kesalahannya.











Jadi, tindakan kakak pengadu yang 'double park', tidak jadi meminta maaf, merakam video wajah dan plat kereta, menularkan gambar budak ini serta menganggap diri sebagai mangsa adalah bentuk kesalahan yang tidak dimaafkan. Ramai netizen berpendapat yang jika mereka berada dalam situasi ini, maka wanita tersebut pasti mendapat pengajaran berguna.








Susah juga ya bila semua aktiviti yang dirasakan tidak adil akan ditularkan ke media sosial yang menyebabkan sesuatu isu itu lebih parah. Jadi, sebagai warga Malaysia yang matang, kita perlu berfikir lebih rasional bagi mengelakkan keadaan sama berulang kembali. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila bodoh tu benda free,bertudung or not tetap bodoh..and this boy lagi terserlah kebodohannya..sorry to say,celah mana "better mannered" tu ek?tang record pic budak tu,amek plat kete tu dianggap mannered ke?

Sah terang2 double park tu salah,cuba kakak "better mannered" ko tu kena bnde sama..ku rasa mau naik gila rasanya,same to you dik..sbb kaki viral je,and nmpk sgt jenis y tak penyabar..kalai sabar xdenye sebok nak viralkan org..pastu nak main isu bertudung atau tak..y kakak ko tak bertudung tu dosa x tutup aurat,ko bangga pulak kan dpt diheret ke neraka sama..tahniah ler dik..

Semoga ko dan kakak ko akan dpt karma mcm ni jgk..baru ko rasa feeling kena double park..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Batak retweet/like macam biasa act like hinasen
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada yg double park tanpa tarik hand break, tak letak no, atau halang jalan dekat pprt kurex, kereta orang kena sagat, kena pancit, dilumur sampah, viper patah. Sebab kalau kena halang bukan seminit - 10 minit. Selalunya setengah jam - sejam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 11:29 AM | Show all posts
rasa nak carut je tukang viral ni tapi nasib baik akak ni golongan yang penyabar
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 11:45 AM | Show all posts
better manner my ass..
konon nak kata pompuan tudung tu maki hamun..
yang ko panggil dorang anjing tu manner mana ko amik?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2019 11:53 AM | Show all posts
org skg ni bila dia wat salah, dia play victim.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:10 PM | Show all posts
10 minit tu lama hokeh...kalu xde tinggal no fon aku akan honk...dh kalu 10minit aku kena honk x tiba2 lg, x ke pekak namanya tuh. silap2 keta aku pulak kena baling batu sebab memekak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 12:12 PM | Show all posts
jahanam nye perangai...ko block kete org ko acah2 xbersalah pulakk..pundek
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:13 PM | Show all posts
Bongok. Nasib baik tak kena lempang
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:14 PM | Show all posts
'bersopannnya' kau cakap orang menyalak mcm anjing. ntah mcmana muka dan gaya badan dia masa p ambik kete tu. mau tak bengang pompuan tu. 10minit utk sampah macam kau memang tak de apa2..tp utk org lain 10minit tu penting dan bermakna.
tp jenis2 ni sampai mampos pun xkan rasa bersalah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:28 PM | Show all posts
Dua-dua pun bersalah sama je kurang sivik dan sopan tu pun masih gigih nak tularkan buat malu diri sendiri je bila ramai yang tahu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
10 minit tu lamalah woiii!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah kena block masa gi hantar hp untuk repair..parking lak jauh dr kedai hp tu
Kereta yg block tu dah tinggalkn no fon..tp dukacitanya hp i nun kat kedai tgh repair..xbawa hp extra..terpaksa wat muka tebal tanye org kt kedai mkn tolong call kn owner kereta block tu..
Masa tu i better mannered betul..xde menyalak mcm anjing sbb i bkn anjing..dan kami xde amik2 gambo..alih keter, i pun blah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:54 PM | Show all posts
babi, dah block kereta orang boleh lagi perasan dia mangsa keadaan.. babi
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:56 PM | Show all posts
alangkan kalau yg tinggal kan phone number
terkedek2 amik masa 10-15 min baru nk alih kete
pun kena maki kak
ini kan pulak tak tinggal nombor

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 03:35 PM | Show all posts
dua-dua pun salah..elok la tu bertemu
1. dah maki org apa yang kita dapat?
2. malukan/aibkan org apa yang kita dapat?
semuanya akan balik semula kepada kita....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 03:38 PM | Show all posts
aku pernah jd mcm ni. org double park blkg kereta aku.
kereta tu tinggal no phone die. yes,aku faham. tu slh 1 option tuk cari owner tu.
nk jadikn cerita, phone laki aku bateri mati. aku pny phone kredit abes. kitorg pny phone sim xsama size. xleh nk tkr. nk hon,  tp takut org slh fhm plak. kn nnt owner kereta tu dtg bising2x tny nape xcall.
dhla kt situ byk kereta double park.
masa tu kt area restoran. ade 2 restoran kt situ
nasib baik sebelah parking kitorg dh kosong. so cuba jgk la kuar ikut tepi.
ya ALLAH, nasib baik laki aku cool mase tu. aku pn cool jgk. klu die mmbebel, stress jgk la.
klu xde pilihan, trpkse la g kt restoran tu wat announcement.huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ayat2 forumer sama jer ngn drng...2x5.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 05:13 PM | Show all posts
10 minit tu lama tau...nampak mcm kejap..tapi kalau ko idle, tak buat pape 10 min tuh dah rasa cam sejam.. cer ko tunggu bf ko, tapi dia lewat sploh min, angin tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.337869 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list