CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2323|Reply: 31

[Tempatan] 'Gadis Kerbau Pink' tidak rela berpisah dengan Awang

[Copy link]
Post time 22-1-2019 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA NERUS: : Bagi Nadia, berada di samping Awang memberikannya satu ketenangan dan kegembiraan yang cukup luar biasa.

Keakraban gadis berusia 17 tahun yang memakai nama penuh Nadia Khairun Nisa Yusof ini, dengan Awang, tidak ubah seperti kata pepatah 'bagai isi dengan kuku'.

Masakan tidak, Nadia sudah bergelumang dengan Awang sejak bapanya, Yusof Mohammad, 47, membeli Awang, seekor kerbau balar berwarna merah jambu yang ketika itu baru berumur setahun, dari seorang penternak di Kuala Berang hingga Nadia mendapat jolokan 'Gadis Kerbau Pink'.

Kerbau itu yang kini sudah berusia enam tahun bagai sudah memahami makna setiap gerak geri Nadia, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong di sini, apabila mereka bersama.

"Awang ni memang rapat sungguh dengan saya... sebab dah jadi rakan sepermainan kira-kira enam tahun lalu... dah jadi rutin setiap kali lepas balik sekolah pukul 3 petang, Awanglah yang saya akan tujui dulu di kandang.

Selepas menguruskan diri sendiri, Nadia kembali memberi perhatian kepada Awang.

Keakraban Nadia dan kerbaunya tidak boleh dinafikan lagi. - Bernama


"Saya beri dia makan, mandikan dia, bawa dia ke padang untuk meragut rumput dan berkubang sebelum balik ke rumah menjelang senja.

"Kalau tak jumpa Awang sehari saya rasa macam kehilangan sesuatu, tak senang duduk," kata Nadia.

"Tak dapat saya bayangkan perasaan jika terpaksa berpisah dengannya suatu hari nanti," kata anak kedua dari empat beradik itu ketika ditemui Bernama di kandang kerbau milik bapanya di Kampung Gemuruh, di sini.

Foto Nadia beraksi bersama Awang mencuri perhatian netizen selepas beberapa keping foto seorang lagi kanak-kanak, Syukor Khamis, 14, bersama sekawan kerbau peliharaan bapanya tular baru-baru ini.

Foto yang dikongsi di laman Facebook Amazing Terengganu itu sekali lagi mendapat perhatian ramai kerana keunikan Awang yang bukan sahaja bertubuh 'sado' dengan berat 760 kilogram, tetapi juga berwarna merah jambu, berbeza dengan warna biasa kerbau yang kelabu tua dan hitam.

Lebih istimewa, Nadia yang merupakan generasi kelima keluarga penternak kerbau di kampung itu turut mempunyai kemahiran melapah daging kerbau, lembu dan rusa yang dipelihara bapanya untuk dijual kepada pelanggan.

Nadia membawa Awang dan anaknya, Putih, meragut rumput. - Bernama


Ditanya apakah dia tidak bosan dengan rutin hariannya bergelumang dengan haiwan itu, Nadia yang bercita-cita menjadi doktor haiwan berkata itu lebih memberi ketenangan dan kegembiraan padanya berbanding aktiviti sesetengah gadis seusianya yang lebih berminat menjaga kecantikan dan berinteraksi di media sosial.

"Dok rajin (suka) pun main handphone... tapi guna bila perlu saja... sebab menghabiskan masa bersama Awang dan anaknya Putih.

"Ibu dan bapa pun lebih senang hati lihat saya menghabiskan masa di kandang berbanding melakukan perkara kurang berfaedah.." katanya yang turut aktif dalam sukan bola jaring di sekolahnya.

Sementara itu, Yusof berkata hanya Nadia yang betul-betul berminat menjaga kesemua haiwan ternakannya berbanding anak-anak yang lain sehinggakan Awang yang dahulu agak liar berjaya dijinakkan oleh Nadia.

"Tidak ada rahsia atau kemahiran tertentu yang saya ajar padanya untuk jinakkan Awang, tapi yang saya tahu, Nadia memang suka dengan kerbau 'pink' ini sejak hari pertama saya bawa balik ke kandang ini," kata Yusof.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2019 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Nadia dan kerbaunya yang berwarna merah jambu menjadi perhatian umum. - Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2019 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Oloh oloh

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:01 PM | Show all posts
persoalannya, si putih tu anak awang dgn siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:02 PM | Show all posts
semalam aku ada tengok pic ni kat ig memula aku ingat pempuan ni duduk atas babi sebab kaler pink sekali bila baca kerbau rupanya



Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
fushimi replied at 22-1-2019 04:02 AM
semalam aku ada tengok pic ni kat ig memula aku ingat pempuan ni duduk atas babi sebab kaler pink se ...

babi ada tanduk ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2019 12:05 PM | Show all posts
pakat2 cerita psl keakraban dgn haiwan plk dah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2019 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 22-1-2019 12:05 PM
pakat2 cerita psl keakraban dgn haiwan plk dah..

Pempuan ini 2 tahun lepas dah pernah tular
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Mati2 aku ingat kerbau pink tu babi..sabor je la..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:12 PM | Show all posts
tu namanya kerbau balar....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:14 PM | Show all posts
maap,lembu pink ini nampak saperti kerbau yang sakit
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:17 PM | Show all posts
maap.. jantan2 tidak sama sekali mengeletis macam betina2 di luar sana yg gigih pecah ovari bila nampak jantan seksi dan sado mcm lembu sapi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2019 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang ada jenis kerbau macam ni. Ada tapi kurang.
Kerbau balar atau kerbau balaq
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:18 PM | Show all posts
ni kalau kat israel
boleh jadi pujaan yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:33 PM | Show all posts

tak perasan ada tanduk sebab nampak pink terus aku cop tu babi

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:41 PM | Show all posts
sepiITUindah replied at 22-1-2019 12:18 PM
ni kalau kat israel
boleh jadi pujaan yahudi

Agaknya kat mana la pakcik Samiri berada sekarang ni ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 05:18 PM | Show all posts
comelnya warna pink..

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 05:20 PM | Show all posts
dah skrag mmg trend dgn kerbau glamer....


bulan depan siapa pulak dgn kerbau nak jadi tular...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerbau albino ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Gebus gebas betol kerbau ni
Sihat molekk
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.402320 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list