CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

Lagi Edisi Mamak : Tangkal, Azimat 'Pelaris' Restoran Mamak

  [Copy link]
Post time 18-1-2019 06:37 PM | Show all posts
apam replied at 18-1-2019 05:23 PM
apa tujuan dorang gantung gambar sultan tu?
Lama dulu ai pernah tertanya kat ofis satu datuk ni ...



pasal sultan tu hensem macam najib



org hensem ramai orang suka nak salam







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
che_yatt replied at 18-1-2019 02:23 PM
kedai makan di kg saya pun ada gambar Sultan Abdul Hamid gak..nak tanya tauke kedai tp takut dia m ...

muka Sultan Kedah tu cam mamak mari kew?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2019 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kedai mamak antara 5 premis makanan diarah tutup
Ruwaida Md Zain

MOHD Rashidi (dua kiri) melakukan pemeriksaan dalam operasi di sebuah restoran di Seksyen 9, Shah Alam, hari ini. Foto ROSLIN MAT TAHIR
RESTORAN nasi kandar antara lima premis makanan yang diarahkan tutup dalam tempoh tiga minggu pertama selepas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjalankan Operasi Mengejut Premis Makanan dalam kawasan pentadbirannya.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata, premis yang diarahkan tutup serta-merta itu melakukan kesalahan sama berulang-kali iaitu membabitkan aspek kebersihan.

“Lima restoran terbabit antara lebih 70 premis dalam pertadbiran MBSA diperiksa sejak awal Januari lalu sehingga hari ini.

“Premis ini diarahkan tutup selama dua minggu untuk tujuan pembersihan dan pengusaha perlu menghubungi kami untuk membuat pemeriksaan selepas dibersihkan.

“Namun, sekiranya tahap kebersihan memuaskan, maka premis boleh kembali beroperasi semula,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan pemeriksaan mengejut di premis makanan yang dikenal pasti gagal mematuhi syarat kebersihan ditetapkan.

Operasi berkenaan membabitkan kakitangan Jabatan Pelesenan, Jabatan Kesihatan Persekitaran, Jabatan Penguatkuasaan serta Jabatan Bangunan MBSA.

Katanya, satu daripada restoran yang diarahkan tutup terletak di Seksyen 9, Shah Alam dan menjadi lokasi pertama operasi mengejut hari ini.

“Hari ini kita memeriksa dan menjalankan operasi berterusan untuk memastikan restoran dalam bandar raya ini mencapai tahap yang ditetapkan.

“Sebanyak 24 notis dan 10 kompaun dikeluarkan serta satu premis diarahkan ditutup dalam operasi yang membabitkan enam premis makanan di kawasan Seksyen 9 (Shah Alam).

“Antara kesalahan yang dikeluarkan kompaun adalah tidak menyelenggara perangkap minyak secara berkala, gagal mengemukakan bukti suntikan TY2 (anti-typhoid) serta penggunaan lorong belakang,” katanya.

Menurutnya, MBSA menguat kuasakan undang-undang kecil sedia ada iaitu Undang-Undang Kecil Establisyemen Makanan MBSA 2007, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan & Perindustrian MBSA 2007 dan Undang- Undang Kecil Pengendalian Makanan MBSA 2007.

Katanya, pihaknya turut mengingatkan pengusaha premis makanan diberikan lesen untuk mengendalikan restoran agar memastikan kebersihan premis mereka di tahap sepatutnya.

“Operasi ini dijalankan secara berkala dan berterusan. Jadi kita ingatkan kepada semua pengusaha premis makanan agar memastikan tahap kebersihan premis mereka di tahap terbaik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 January 2019 @ 10:55 PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2019 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Operasi di Shah Alam

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2019 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
'Kami baru tahu...'
Mohd Sabran Md Sani

PERSATUAN Usahawan India Muslim (PERUSIM) Johor tidak berkompromi dengan isu tangkal atau azimat membabitkan ahli di bawah persatuan itu yang dilihat bercanggah dengan akidah.

Setiausaha persatuan itu, Hussien Ibrahim berkata, pihaknya mengalu-alukan pembabitan jabatan agama untuk bertindak terhadap premis seperti itu.

“Mengenai isu tangkal atau azimat yang bercanggah dengan akidah, pihak persatuan mengalu-alukan jabatan agama untuk bertindak, selain tidak berkompromi dengan perbuatan itu.

“Kita serius dengan perkara yang bercanggah dengan akidah, selain tidak membenarkan ahli mengikut cara tidak betul (merosakkan akidah),” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sidang media khas untuk mengulas isu terkini restoran mamak itu dihadiri Pengerusinya, Nasar Khan ME Abd Kadhim.

Beliau berkata, pihak persatuan begitu serius dengan isu membabitkan akidah serta menyerahkan perkara itu untuk tindakan pihak berkuasa agama.

Katanya, kegiatan pemasangan azimat itu hanya membabitkan sebahagian kecil ahlinya yang melakukan perbuatan itu secara senyap.

Mengakui baru mengetahui mengenai isu pemasangan azimat dan tangkal di restoran mamak katanya, tindakan serta-merta bertemu dengan pemilik restoran melakukan aktiviti khurafat dilakukan.

“Kami baru dapat tahu dan restoran yang diserbu dalam operasi halal itu juga ahli persatuan dan langkah permulaan satu pertemuan sudah diaturkan dan nasihat sudah diberikan.

“Pada masa sama, kami akan menyampaikan mesej ini kepada ahli supaya tidak terbabit dengan kerja berunsur khurafat,” katanya yang mempunyai 338 ahli di seluruh negeri ini.

Pada perkembangan sama, persatuan itu tidak menolak wujudnya restoran ‘mamak palsu’ hingga tempiasnya turut dirasai restoran mamak asli.

“Sedangkan 99 peratus daripada restoran mamak adalah mamak asal yang sememangnya beragama Islam.

“Pihak kami tidak menafikan adanya mamak palsu yang menggunakan nama mamak untuk mengaut keuntungan,” katanya.

Persatuan juga katanya meminta pihak berkuasa mendedahkan identiti ketika operasi atau siasatan dilakukan dan bukannya menggunakan perkataan mamak secara pukul rata di dalam media sosial.

“Persatuan juga berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memantau sosial media media yang dianggap semakin ‘ganas’ menularkan berita palsu.

“Kami sedia memberi kerjasama sepenuhnya bagi mengatasi masalah yang timbul seperti ini dan berharap pihak berkuasa menghubungi kami untuk mendapatkan penjelasan atau isu berkaitan dengan restoran mamak,” katanya.

Akhbar ini kelmarin melaporkan restoran mamak yang beroperasi hampir 18 tahun di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dikesan menggunakan lebih 30 tangkal dan azimat sebagai ‘pelaris’ jualan.

Kegiatan menyalahi akidah itu terbongkar hasil serbuan operasi bersepadu membabitkan pelbagai agensi penguat kuasa terhadap premis berkenaan bermula jam 2 petang.

Berita berkaitan

Tangkal, azimat 'pelaris' restoran mamak [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 January 2019 @ 3:14 PM
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:00 PM | Show all posts

Restoran Mamak Buat Hal Lagi, Gantung Tangkal Azimat Seluruh Kedai

Rakyat Malaysia memang sudah terbiasa dengan kedai mamak sejak bertahun-tahun yang lalu. Fenomena lepak di kedai mamak untuk menonton bola hingga lewat malam, dan makan roti canai sudah sebati dengan orang kita.




Kredit foto: kuali.com




Tapi, pernahkah kita terfikir apa istimewanya restoran mamak hinggakan perniagaan restoran melayu tidak laku jika bersebelahan kedai mamak?


Akhir-akhir ini terlalu banyak berita yang tidak sedap didengari tentang restoran mamak. Banyak yang diarahkan ditutup disebabkan isu kebersihan.


Ada yang dikatakan menguli doh roti canai menggunakan kaki dan ada juga yang membasuh pinggan mangkuk pelanggan menggunakan air longkang di belakang kedai. Yang paling mengejutkan, menguli doh dengan tangan berkudis!


Terkini, kecoh di laman sosial apabila sebuah restoran mamak di Pasir Gudang yang telah beroperasi selama 18 tahun didapati memiliki lebih 30 azimat sakti di dalam premisnya.





Kredit foto: Facebook





Azimat berkenaan ditulis dalam tulisan jawi yang tidak jelas maksudnya serta digantung di dalam bingkai dan botol. Ia pastinya bertujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan ke kedainya.


Amalan ini bertentangan dengan ajaran Islam. Justeru, premis itu diarahkan untuk menurunkan semua tanda azimat yang digantung pada dinding kedai.





Kredit foto: Facebook





Penemuan itu berlaku ketika serbuan pemeriksaan dilakukan pihak berkuasa untuk memeriksa sijil halal restoran berkenaan.


Selepas pemeriksaan dilakukan, restoran terbabit juga didapati tidak mempunyai sijil halal walaupun pemiliknya seorang Muslim. Selain itu, hanya dua pekerja restoran didapati beragama Islam, manakala 21 pekerja lagi adalah bukan Muslim.





Kredit foto: Facebook





Lihatlah betapa banyak penipuan restoran mamak yang sudah terbongkar. Hanya orang bijak sahaja tahu memilih kedai mana yang terbaik. Sampai bila kita ingin diperdayakan oleh golongan mereka? - CARI
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2019 12:03 PM | Show all posts
Bodoh. Restoran melayu bukak tepi saja restoran mamak yang terus tak laku
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:04 PM | Show all posts
ak dh lama x g mamak. nk kata airntea tarik dia sedap, bg aku x sedap mana pun.. roti dia pun xde la best sgt, kuah kari ke ape ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 12:14 PM | Show all posts
dulu leh laa kedai mamak nie...semua ada orang backup....aku pun tak de nak mkn kat kedai mamak nie...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat kg aku byk kedai melayu yg pandai tebar roti canai. Lagi sedap dari mamak. Kt kl ni mane nak cari ntah kedai melayu yg best
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 18-1-2019 02:27 PM
Setakat ni.. If mamak guna jampi perempuan sexy pun ak x tgoda nk makan kedai.. . Lama dh kena pangk ...

org semenanjung west coast ja hadap mamak ni
apa best pun aku tak tahu..depa kata servis
servis pala bana apa..aku order air laici dia bg air mata kucing
..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 22-1-2019 12:04 PM
ak dh lama x g mamak. nk kata airntea tarik dia sedap, bg aku x sedap mana pun.. roti dia pun xde la ...

suasana dia..cozy..luas...skrin tv besar..menu bnyak
badingkan reatorna melayu..sempit..org makan makanan masakan panas
mamak org drg nak.lepak..hispa.rokok...jumpa kawan..tgok bola...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 18-1-2019 06:49 PM
muka Sultan Kedah tu cam mamak mari kew?

jangan main main dgn sultan abdul hamid
dia pijak jambatan..senget jambatan
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
aku minat makanan mamak tapi yg melayu yg buat macam roti canai, kari dan teh tarik melayu buat lagi sedap. Tapi ade jugak kedai mamak yg ok. Aku kalau tau mana-mana kedai pakai azimat tangkal hantu memang aku tak akan pergi lagi tak kira melayu atau mamak atau tomyam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Serem tengok tangkal tu..tapi yg dalam frame kunin tu mmg ada je kat setiap kedai mamak.kenapa reputs tak tulis je nama restoren tu.kan senang netizen boikot
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 02:58 PM | Show all posts
ah..aku tengok kedai mamak mana2 penuh je dgn org, tak bekurang pun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 03:49 PM | Show all posts
sekngucing replied at 22-1-2019 05:53 PM
org semenanjung west coast ja hadap mamak ni
apa best pun aku tak tahu..depa kata servis
servis  ...

lepas kes kat kedai mamak yang aku selalu makan..keluar psl isu kebersihan..2 tahun lepas

ak mmg boleh dikatakan pangkah kedai mamak...


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 04:16 PM | Show all posts
tiba-tiba teringat ade org pernah share restoran mamak, nama beriya restoran 'Basmallah' tulisan jawi semua ade, tapi tup-tup majlis pembukaan restoran ade mandram2 sami lagi... so... in conclusion, mamak x semestinya islam, x semestinya halal yer... berhati-hati
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Skg ni i pergi syed ke kt shah alam sbb nmpk meyakinkan rupa pekerja india muslim dia and bersih..tp kot menipu gk xtau laa
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ayat kertas putih tu pernah nampak ditampal kt pintu kedai restoran thai kt seksyen 7 shah alam..tp x jelas ayat apa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.694202 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list