CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9129|Reply: 33

Penipuan Terbaru Skim MLM Dengan Menawarkan Pakej Percutian

[Copy link]
Post time 22-1-2019 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Multi-level marketing atau nama singkatannya MLM, sering menjadi perbualan hangat dari dahulu sehinggalah ke hari ini yang tidak lari dari kes penipuan dan makan duit pelanggan.


Mana tidaknya, orang atasan (leader) akan paksa dan basuh fikiran orang bawahan (downline) supaya mencari mangsa baru untuk masuk skim penipuan mereka yang dikatakan untuk membantu bangsa Melayu.




Sumber Gambar: Iluminasi




Modus operandi mereka sama sahaja, dengan ayat "sampai bila kau nak makan gaji buta" dan gambaran orang atasan yang telah berjaya dengan kereta mewah mampu untuk mengaburi mata mangsa yang berniat baik mahu mengubah nasib diri dan keluarga.



Sumber Gambar: Iluminasi




Jika dahulu skim penipuan MLM dikaburi dengan produk yang tiada faedahnya, kini mereka mengubah taktik dengan menawarkan pakej percutian sebagai produk. Antara syarikat MLM tersebut adalah JomTravel200 dan MyLifeStyle 100.


Konsep MyLifeStyle 100 memerlukan ahli membayar RM280 untuk pendaftaran dan perlu mengajak lima rakan (downline) supaya berdaftar di bawahnya, dengan itu barulah kita layak untuk bercuti. Jika anda berjaya mengajak lima downline, anda berpeluang untuk bercuti ke Pangkor atau Hatyai selama tiga hari dua malam.









Sumber Gambar: MyLifeStyle 100



Dari sini kita dah nampak berapa banyak skim MLM ini menipu, RM1680 (RM280x6) hanya untuk melancong ke Songkla/Hatyai, sedangkan dengan RM500 sahaja sudah boleh bercuti di sana.


Duit komisen juga akan dibayar jika berjaya mendapatkan lima orang bawahan dan itu hukumnya haram dalam Islam kerana terdapatnya unsur skim piramid.


Kebanyakan kutu MLM akan berkata "kalau niat kita baik nak tolong orang, InsyaAllah halal", ayat yang digunakan untuk menyedapkan hati selepas menipu orang dan menghalalkan perkara yang haram.





Sumber: Program Melancong 2018




Orang atasan pula selalunya akan memakai kot untuk kelihatan kemas dan kaya. Kemudian, sentiasa akan menayangkan kereta mewahnya yang mungkin hanya disewa menggunakan duit simpanan keluarga 'membasuh' fikiran mangsa dan memaksa mereka meminjam duit supaya tidak terlepas peluang menyertai mereka.


Banyak sebenarnya kes penipuan dalam MLM tidak kira dari syarikat mana sekalipun. Ini salah satu contohnya:







Apa hukum MLM dalam Islam? Berikut adalah penerangan dari seorang Ustaz:








Berikut adalah antara senarai syarikat scammer:


Pencil.my
Tone Excel
MOH Academy
Royal Collagen
JomTravel 200
MyLifeStyle 100




Siapa sasaran mangsa skim MLM ini?


Pelajar ialah mangsa paling banyak ditipu dalam skim penipuan MLM ini. Dengan duit pinjaman MARA dan PTPTN, leader MLM akan memaksa pelajar untuk masuk ke pakej mengarut MLM mereka.


Golongan orang tua juga mudah tertipu kerana kurang pendedahan tentang penipuan MLM ini. Dengan sogokan 'pakcik tak teringin ke nak pergi umrah', sudah mampu untuk golongan ini mengeluarkan duit simpanan mereka. Lebih teruk lagi, ada golongan tua yang mengeluarkan duit EPF mereka kerena percaya akan MLM ini.




Sumber Gambar: Astro Awani




Golongan muda yang tiada pekerjaan tetap atau mempunyai gaji rendah tidak terkecuali daripada ditipu skim MLM yang dikatakan mampu mengubah nasib hidup mereka. Sebaliknya, hutang bertambah dan kawan makin berkurang!


Banyak lagi cara lain untuk menambah pendapatan, bukannya jalan singkat seperti ini. Tidak susah untuk menjadi susah, dan tidak senang untuk menjadi senang.


MLM takkan pernah menguntungkan dan mengubah hidup ahlinya, melainkan dengan cara menipu dan menunjuk-nunjuk kekayaan mereka. Kongsikan pengalaman anda dengan MLM  di ruangan komen dan sebarkan artikel ini supaya dapat beri kesedaran kepada orang ramai. Katakan tidak kepada MLM! - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Info yang baik..jangan terpedaya dengan benda yg nampak murah
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Abah ai terpengaruh.
Tibe2 tanya ai xnak ke g pangkor dgn kwn2?leh dftar bwh dia.rupanye dh trtipu dgn mlm.dh bertahun brlalu abah xpernah g bercuti pon.duit yuran hangus cmtu je
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:08 PM | Show all posts
Queen HH                  
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:19 PM | Show all posts
adoi mcm mcm sekrg ni………..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:03 PM | Show all posts
camni pulak mlm ni tarik orang.. ye ke boleh cuti free tu.. ntah2 dibagi hotel tak berpenghuni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2019 02:13 PM | Show all posts
orang bodoh je hadap ngan cuti cuti free neh

ada sekor kawan aku suka promo kat aku suruh join haio pebenda tah siap promo lagi nanti dapat cuti free

sekali aku sound "ko buta ke apa tak nampak aku selalu travel around the world ngan laki aku buat apa hadap ngan holiday free ko yang tak seberapa" terus sheol tak bertegur sapa ngan aku
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Coway tak ke?? Aku tengok coway pun ada unsur yang sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik_bawang: Coway tak ke?? Aku tengok coway pun ada unsur yang sama

Avon. Tupperware pun mlm gak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mane la ade benda free dlm dunia ni. Lagi kalau dah suruh cari orang utk join. Nampak sgt mlm
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 03:18 PM | Show all posts
Dah mereka tahu ramai yang suka melancong sejak kebelakangan ni sebab tu umpan dengan pakej melancong pula dulu2 upan dengan kereta.  Apa2 pun yang penting jangan cepat terpengaruh.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 05:01 PM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 22-1-2019 02:27 PM
Avon. Tupperware pun mlm gak.

avon, tupperware, mary kay, shaklee tu semua pun mlm, tapi drg ada produk, blh kata produk drg pun not bad.
bukan sekadar head hunting.
pendapatan based on untung kau jual barang, dpt jual brg bnyk, dpt komisen, tu kira bonus la.

yang mlm scam ni yang ada produk, tapi tah pape dan lebih kepada head hunting. ni semua kerja2 org atas nak cepat kaya la, suruh dline beli barang puluh2 ribu, konon cepat naik rank, pastu recruit lagi, copy modus yang sama..
lagi satu aku tgk phytoscience..tah pape je produk


Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 05:02 PM | Show all posts
fushimi replied at 22-1-2019 02:13 PM
orang bodoh je hadap ngan cuti cuti free neh

ada sekor kawan aku suka promo kat aku suruh join ha ...

hahaha...memang hadap free vacation, lagi satu bawak mak pak gi umrah..lame betul..

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 05:06 PM | Show all posts
orang bodoh je yang percaya MLM ni. masalahnya ramai pulak tu yang bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 22-1-2019 09:01 AM
avon, tupperware, mary kay, shaklee tu semua pun mlm, tapi drg ada produk, blh kata produk drg pun ...

Shaklee mmg ok.. To overclaim.. Sama gak, orang atas level master tu gak yg dapat g melancong..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 10:01 AM | Show all posts
bedahmulutpuaka replied at 23-1-2019 01:28 AM
Shaklee mmg ok.. To overclaim.. Sama gak, orang atas level master tu gak yg dapat g melancong..

yg overclaim tu budak2 dline yang bongok la..ikut copy paste upline, nak kejar sales punya pasal. takleh pikir sendiri baik buruk produk tu..mendapat la kena cerca pastu..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh no.. baru je 2 mggu lepas aku dgr benda2 mcm ni. Pakej pegi umrah Sebijik sama mcm kat atas tu. Jual sekian2 dpt pegi umrah free.. lps tu kalau ada downline dpt komisyen sekian2. Penunggang agama kah?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 12:45 PM | Show all posts
sebenarnya da lama da yg MLM gi bercuti ni..aku dulu penah gi ngan member aku dorang wat kat jb tahun 2015..yang pioneer dia xsilap aku lelaki melayu agak femes tapi aku da lupa nama dia..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 01:04 PM | Show all posts
last week dapat call , katanya ai dapat voucher penginapan dekat satu hotel ni. dia tak reveal nama hotel, suh g sendiri ambik kat hotel. mula2 tanya ada apa2 fee tak  and any taklimat tak ? katanya takde taklimat,  semua free... huhu too good to be tru. so  i said yes. nak try. lepas tu org  lain call lgi. bila tanya betul2 yes ada 45mins taklimat katanya. hampeh. tak kuasa nak layan... so ai terus tamatkan conversation.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 11:28 AM | Show all posts
kucingitam replied at 23-1-2019 10:01 AM
yg overclaim tu budak2 dline yang bongok la..ikut copy paste upline, nak kejar sales punya pasal.  ...

aku pernah join shakeleleh.
kononnya nak guna makan sendiri.
upline dok la promot suruh jual, buat marketing.
kena pi kursus bayar sendiri pulak tu, tp aku tak pegi pun.
dok la mentelaah buku rujukan supplement tu utk buat iklan.
upline ajar cara nak menjual, siap sediakan template utk anak buah.
mula tu aku try lah post kat fb page aku, bg flyers kat ofis hubby aku. berangan la kut dpt jual ribu-riban.
lama2 tu aku rasa mcm bodo plak. aku ni profession lain tapi sebuk nak meniaga supplement ngalahkan doktor.
baik aku maintain dgn kerja asasi aku, gaji lagi besau.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.807289 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list