CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1787|Reply: 15

[Tempatan] Jangan Percaya Propaganda Keburukan Vaksin

  [Copy link]
Post time 22-1-2019 01:16 PM | Show all posts |Read mode

KEMENTERIAN Kesihatan menyeru kepada ibu bapa supaya mematuhi Jadual Imunisasi Kebangsaan dan tidak mempercayai propaganda tidak benar mengenai keburukan vaksin seperti digembar-gemburkan di media sosial.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengakui menerima banyak maklumat tidak sahih berkaitan dengan vaksin di laman media sosial.


Malah, beliau berkata, terdapat golongan serta individu yang secara terang-terangan mempengaruhi orang awam untuk menolak vaksin dengan fahaman yang salah melalui penyebaran maklumat tidak sahih.


“Kebanyakan maklumat tidak sahih mengenai vaksin digembar-gemburkan oleh mereka yang taksub dengan dakwaan bahawa vaksin dan Program Imunisasi Kebangsaan yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak memberi manfaat serta menimbulkan banyak kesan buruk.


“Pada hakikatnya dakwaan itu tidak tepat sama sekali. Kementerian sentiasa memantau penyebaran fahaman yang salah ter

utama di media sosial oleh individu tertentu yang menentang vaksin demi menarik lebih ramai ibu bapa menyertai kumpulan mereka.


“Perbuatan tidak bertanggungjawab golongan ini menyebabkan usaha kementerian berdepan dengan rintangan dan kesannya adalah peningkatan kes penyakit berjangkit yang boleh dicegah oleh vaksin," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Katanya, hasil pemantauan mendapati wujud ibu bapa menolak pemberian vaksin kepada anak mereka selepas terpengaruh dengan maklumat tidak tepat yang disebarkan.


Dr Noor Hisham berkata, bilangan kes penolakan vaksin yang direkodkan di klinik kerajaan terus meningkat iaitu daripada 637 kes pada 2013 kepada 1,603 kes pada 2016.


Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat sedikit penurunan kes penolakan vaksin pada 2017 iaitu kepada 1,404 kes berikutan usaha advokasi yang dijalankan oleh kementerian secara meluas bersama pelbagai pihak awam dan swasta termasuk pertubuhan bukan kerajaan serta sukarelawan kumpulan media sosial perubatan.


“Jika situasi penolakan vaksin ini berterusan, kemungkinan penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin akan terus meningkat dan usaha kerajaan dalam mengukuhkan Program Imunisasi Kebangsaan serta usaha advokasi bagi mencegah penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin selama ini menjadi sia-sia," katanya.


Katanya, penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin meningkat di negara ini, di mana kes demam campak meningkat daripada 195 kes pada 2013 kepada 1,934 kes pada 2018, iaitu peningkatan sebanyak 891.8 peratus bagi tempoh lima tahun.


Selain itu, beliau berkata, bilangan kes demam campak yang tiada imunisasi juga meningkat daripada 125 kes (68.7 peratus) pada 2013 kepada 1,467 kes (75.9 peratus) pada 2018.


Dr Noor Hisham berkata, sebanyak enam kematian demam campak direkodkan tahun lalu di mana semua kes tiada imunisasi, lima kematian difteria di mana empat kes tiada imunisasi, manakala 22 kematian batuk kokol (pertussis), di mana 19 kes tiada imunisasi.


“Pemberian imunisasi boleh mencegah penyakit ini dan mengurangkan komplikasi yang boleh membawa kematian. Pada ketika ini, Program Imunisasi Kebangsaan mampu untuk mencegah 12 jenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu.


“Ia diberikan secara percuma kepada bayi dan kanak-kanak warga negara di klinik kerajaan sejak 1950-an. Dengan program imunisasi dan peningkatan capaian perkhidmatan kesihatan, Malaysia berjaya menurunkan kadar kematian kanak-kanak sebanyak 85 peratus bagi tempoh 1970 hingga 2017, daripada 55.9 kematian bagi setiap 1,000 kelahiran hidup kepada hanya 8.4 kematian bagi setiap 1,000 kelahiran hidup," katanya.


Beliau berkata, imunisasi juga berjaya membasmi cacar (smallpox) dari dunia ini, malah ia sudah dibasmikan sepenuhnya di Malaysia.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 02:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 02:58 AM | Show all posts
apa bodoh la orang yang dok jaja vaksin bahaya ni.. spm pun pangkat tiga, pat senawi pon tak lulos lagi mau sembang kencang. baru baca satu kerat status nampak cam bijak teros mengaku jaja satu kampung dia bayak membaca. tat ah maknusia gini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 06:41 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 10:33 PM | Show all posts

kan? tabik spring dgn ummah penyabar yg mematahkan hujah anti vaxxers dgn penuh gaya
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 07:28 AM | Show all posts
dani-rox replied at 23-1-2019 10:33 PM
kan? tabik spring dgn ummah penyabar yg mematahkan hujah anti vaxxers dgn penuh gaya
suka baca komen orang yang boleh patahkan hujah macam tu .. best
tak perlu mencarut pastu sentap ala ala tak bersalah




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2019 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Vaksin la anak2 anda.. Jangan sampai anak orang terkena sakit
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi dekat malaysia kebanyakkan antivax sebab agenda yahudi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 08:21 AM | Show all posts
Yg aku tak paham puak2 ni dia claim this and that tapi dia langsung tak provide any proof or study to backup. Orang lain plak kena provide the details. Pastu boleh plak argue dengan those facts...Bodoh giler...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
macam sohai ex in team la ni anti vaksin dgn alasan harrooommmmm!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 09:05 AM | Show all posts
cc : Suhaimi Saad dan Ina Naim
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kwn2 saya,yg anti vaks n home birt ni..semia,yg ada degree in chemistry..organic chemistry..biology.


Ank2 smua hntr sek swasta dan ada yg homeschool
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Paranoia sememangnya boleh berlaku dalam apa jua bidang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 09:12 AM | Show all posts
Zaman mak ayah kita dulu ada dua jer kot vasin. BCG satu lagi apa ya? sekarang vaksin bayi baru lahir sampai umur 12 tahun memacam. Mmg takut.

Aii tak anti vaksin. Aii buat macam ini kalau dlm bulan ini ada 4 vaksin aii ckp doktor bagi satu satu dulu. Bukan sekali harung 4 vaksin terus.

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 09:47 AM | Show all posts
Dalam kepanikan orang ramai hari ini, jika anda mengaku atau terkantoi diri anda anti-vaksin, beberapa perkara akan berlaku:

I. Anda diperbodohkan setaraf dengan orang yang mempercayai bumi ini leper.

II. Anda dikatakan tidak menyayangi sesiapa yang patut disuntik itu.

III. Anda digelarkan "pembunuh"!

IV. Kalau virus merebak, ia salah anda. Kalau ada orang mati, andalah pembunuh senyapnya.

V. Jika anda adalah seorang Islam, anda bakal dikutuk, dihina dan dicerca secara berjemaah oleh orang Islam pro-vaksin (atau hanya seorang Islam yang kepanikan) jika anda mengatakan, "saya berdoa agar Allah yang Maha Kuasa melindungi saya dan ahli keluarga saya sepanjang masa, yang baik dan yang buruk itu hanyalah daripadaNya jua," atau lain-lain lagi doa perlindungan yang diajarkan oleh Rasulullah saw. Ucaplah apa saja yang memberi makna anda berdoa dan bertawakal kepada Allah, pasti sekali anda akan disamakan dengan orang yang menyembelih anaknya dengan pisau yang tajam, lalu meminta kepada Allah agar menyelamatkan anaknya itu!

VI. Masih adakah Tuhan orang Melayu pada saat ini? Entah-entah dia sudah meninggal.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 01:36 AM | Show all posts
kucing pon kena vaksin

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.232591 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list