Pelajar dari sekolah rendah Xi Guan, China diarahkan untuk menari bersama guru besar ketika waktu rehat.
Arahan tersebut dikeluarkan guru besarnya, Zhang Pengfei untuk sekolah di Wilayah Shanxi utara China pada 15 Januari.
Zhang sanggup mempelajari tarian shuffle itu sendiri sebelum mengajarkannya kepada pelajar di sekolah.
Bagi Zhang, aktiviti ini sebagai langkah penting bagi memastikan pelajarnya aktif dalam aktiviti luar dan bersifat fizikal.
Katanya lagi, kebanyakan pelajar di sekolah berkenaan terlalu asyik bermain bersama gajet pintar, lalu tarian shuffle dianggap sebagai kaedah terbaik dalam mendidik.
dlu sekolah iols ad buat senamrobik pehtu ada ostak lobai duk complain haremmm sebab guna muzik rancak n laki perempuan berjoget sakan padahal laki semua beratur kt depan, perempuan kt belakang. pengetua pun bebal ikut cakap ostak tu. ujong2 ostak2 tu semua menggemuk
eleh...kat malaysia dah lama dah buat..poco2 tu tp aku tgk takdela pulak org yg poco2 tu yg kurus..majority lak tu yg tembam2...maybe yg kurus2 taknak join poco2...tak challenge sgt katanya