CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3148|Reply: 44

[Tempatan] CNY ni pengguna boleh guna laluan kecemasan

[Copy link]
Post time 22-1-2019 02:11 PM | Show all posts |Read mode
Polis benar gunakan laluan kecemasan untuk lancarkan trafik
22 Januari 2019 1:44 PM


SEREMBAN 22 Jan. - Polis hari ini sedia membenarkan penggunaan laluan kecemasan secara terhad di lokasi tertentu lebuh raya pada musim perayaan Tahun Baharu Cina yang menjelang tiba.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, kebenaran itu boleh diberikan sekiranya ia mampu melancarkan aliran trafik dan keselamatan pengguna lebuh raya terjamin.

"Tidak ada masalah. Kalau harus buka (lorong kecemasan) untuk memudahkan laluan maka kita akan buka.

"Tetapi polis akan melakukan kawalan supaya tindakan itu dapat melancarkan aliran trafik yang sesak," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Op Selamat 14 sempena perayaan Tahun Baru Cina di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas permohonan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) supaya polis memberi kebenaran kepada pengendali Lebuh Raya Utara-Selatan itu membuka beberapa lokasi kritikal di lebuh raya berkenaan bagi membantu melancarkan perjalanan orang ramai sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Pengerusi syarikat itu, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim berkata, laluan yang telah dikenal pasti ialah Kilometer (KM) 287 hingga KM 289 antara Simpang Pulai ke Gopeng, Perak dan KM 367 (arah utara) dari Slim River ke Sungkai, Perak.

"Kami percaya, pembukaan lorong kecemasan kepada pemandu dapat memberi lebih manfaat dan kelegaan kepada pelanggan kami ketika bergerak pada musim perayaan ini," katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran itu.

Noor Rashid berkata, cadangan untuk membenarkan lorong kecemasan di lebuh raya digunakan ketika trafik sesak telah dikaji secara teliti oleh semua pihak yang berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail memberitahu, pihaknya menjangka kira-kira 1.9 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya berkenaan pada waktu puncak setiap hari sempena perayaan tersebut.

"Jumlah ini meningkat sebanyak 19 peratus berbanding kira-kira 1.6 juta kenderaan sepanjang perayaan itu tahun lalu," ujarnya.

Katanya, aliran trafik dijangka meningkat mulai 31 Januari ini hingga 10 Februari depan. -

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 02:15 PM | Show all posts
Confirm akan tetap traffic jam jua....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap 2hb ni janganlah jem hala ke utara aku nk cuti2 nij.
Nk tukar date hotel takut dah penuh.
Harap semua warga kota dah cuti start 30-31 tu so sabtu tu kurang sikit ummah tapi takleh caya gak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:31 PM | Show all posts
Laluan untuk kecemasan masa CNY mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:32 PM | Show all posts
akhirnya ada pemikiran yang mengutamakan practicality over idealisma

dan terlanjur ada satu lane extra why not guna... kalau ada yang nak emergency stop tu sila ke tepi lagi...

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya

Bottle neck dow.. bottle neck
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2019 02:35 PM | Show all posts

sib baik aku naik belon balik kampung...

stakat ni....mmg clear trafik kat atas udara nun...

x payah sedia botol utk tadah kencing....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
yg melayu pun lebih daripada cina nak balik kg gak mmg la jem kaw2 nanti... cuba melayu2 nh duduk rumah elok2 tak pun ot je masa cny nh... kompom xjem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 02:40 PM | Show all posts
Clan204 replied at 22-1-2019 02:37 PM
yg melayu pun lebih daripada cina nak balik kg gak mmg la jem kaw2 nanti... cuba melayu2 nh duduk ru ...



sama gak time PARAM..cina lagi mcm posa dari melayu...

ni la best psl malaysia..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 22-1-2019 02:29 PM
Harap 2hb ni janganlah jem hala ke utara aku nk cuti2 nij.
Nk tukar date hotel takut dah penuh.
Ha ...

Mimpi la ko. 2hb tu la yg jem teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 03:06 PM | Show all posts
dok rumah je la cuti cny ni malas hadap jem
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 03:11 PM | Show all posts
so jgn marah la kalau ambulans lambat nak tolong orang eksiden. sebab mula2 orang jadi marah lalu laluan kecemasan tu kes 2 beradik yang eksiden tapi ambulans lambat sampai sebab orang dok penuh kat emergency lane.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 03:29 PM | Show all posts
bongok, laluan kecemasan untuk kelancaran kenderaan keselamatan bukan kenderaan nak balik kampung, next.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut mansuhkan tol .. Baru kurang jem tu  . Hari perayaan pun masih kena tol. Mana janji mansuh tol lahabau?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tension aaa pengguna laluan kecemasan. Selama ni dia ngan puak2 dia je yg guna. Sekarang kena share ngan org lain. Sesama merasai jem.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 04:07 PM | Show all posts
belah ke utara tu memang jem pun jalan kalau cuti or perayaan..
dah la 2 lane je..
dah guna emergency lane, mana ada ruang dah nak berhenti tepi..
melainkan nak masuk longkang atau gaung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 04:10 PM | Show all posts
bg kereta lalukan....tak pe nanti kalu ade kemalangan biar je ....
sampai mati, kalu mati biar sampai reput tak yah angkat dulu... nanti bile dh abis raya baru angkat.

lg satu, thn baru cina je ke ramai org balik kampung hari raya org tak balik kampung rupe...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 04:10 PM | Show all posts
agak2idea  ni makan tuan x. risau plak nk pikir kang ambulans tersangkut habis kena troll dgn penulis fb jibby
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 04:11 PM | Show all posts
Shayang replied at 22-1-2019 02:29 PM
Harap 2hb ni janganlah jem hala ke utara aku nk cuti2 nij.
Nk tukar date hotel takut dah penuh.
Ha ...

ke selatan yg line bukan main banyak pong jem ni kan pulak ke utara....mmg kelangit le jwbnye
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Jajabeans replied at 22-1-2019 02:49 PM
Mimpi la ko. 2hb tu la yg jem teruk.

Arghhh kul berapa nak tolak nih matilah rasa nak kensel je nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.374792 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list