CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5751|Reply: 34

[Dunia] Emiliano Sala : Jumpa Mayat Dalam Pesawat

  [Copy link]
Post time 22-1-2019 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Remyda at 5-2-2019 02:57 PM

LONDON: Cardiff City menerima kejutan apabila pemain mereka, Emiliano Sala gagal dikesan, ketika pesawat ringan yang dinaikinya hilang daripada radar ketika melintas Terusan Inggeris, malam tadi.

Setakat ini, kelab itu memaklumkan kepada SkyNews, mereka sedang menunggu pengesahan mengenai perkara berkenaan.

Pusat Kawalan Trafik Udara mengesahkan pesawat itu berlepas dari Nantes di barat Perancis menuju ke Cardiff.

Wartawan Ouest France yang memuat naik laporan menerusi laman sosial Twetter melaporkan, Sala berada di dalam pesawat berkenaan, namun setakat ini tiada sebarang pengesahan.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan apabila pemain berusia 28 tahun berkenaan tidak memberikan sebarang maklum balas melalui media sosial.

Pemain Argentina ini merekodkan sejarah kelab apabila dibeli dengan rekod perpindahan percuma untuk kontrak selama tiga setengah tahun dari Nantes, ketika jendela perpindahan pemain pada Januari.

Difahamkan, dia berlepas ke United Kingdom (UK), semalam.

Berdasarkan status terakhir di media sosial, Sala berkongsi gambarnya bersama bekas rakan sepasukan dan menulis "Ciao" bersama emoji hati.

Bot penyelamat Alderney digerakkan pada jam 8.05 malam tadi untuk meninjau kedudukan pesawat Piper Malibu di kawasan utara Alderney.

Pada masa sama, bot penyelamay Guernsey serta dua helikopter turut membantu dalam gerakan mencari dan menyelamat.

Berdasarkan kenyataan polis Guernsey; “Pengawal Pantai Guernsey menerima laporan kecemasan pada jam 20:23 daripada Jersey ATC yang memaklumkan sebuah pesawat hilang daripada radar kira-kira 15 batu nautika dari Guernsey,

“Sebuah pesawat ringan, PA 46 Malibu, berada di laluan dari Nantes, Perancis menuju ke Cardiff, di Wales dengan dua individu di dalamnya. Pesawat hilang daripada radar ketika Jersey ATC cuba menghubungi mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 January 2019 @ 7:14 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 10:06 PM | Show all posts
A Piper PA-46 Malibu, similar to the accident aircraft

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 10:51 PM | Show all posts
hope for the best..
prepare for the worst..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2019 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Cardiff baru beli kut pemain tu. Rekod paling mahal. 80 juta. Tak sempat main lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Doa yg baik2
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Omg...hope survive
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-1-2019 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemain Cardiff City dikhuatiri maut
MyMetroArena
Share

Tweet

Share

PEMAIN baharu kelab Liga Perdana Inggeris Cardiff City, Emiliano Sala. FOTO Agensi

NANTES, Perancis: Pemain baharu kelab Liga Perdana Inggeris Cardiff City, Emiliano Sala dari Argentina, dikhuatiri terkorban selepas pesawat ringan dinaikinya hilang ketika merentasi Selat Inggeris.



Sala, ditandatangani dari kelab Perancis Nantes pada harga 17 juta euro (RM79.9 juta) Sabtu lalu, terbang ke Cardiff menaiki pesawat berkenaan yang kemudian hilang daripada radar sekitar 20 kilometer ke utara Guernsey.

Pihak berkuasa Perancis mengesahkan pemain 28 tahun itu “berada di dalam pesawat berkenaan”. Seorang penumpang lain turut dikatakan bersama Sala.

NANTES, Perancis: Pemain baharu kelab Liga Perdana Inggeris Cardiff City, Emiliano Sala dari Argentina, dikhuatiri terkorban selepas pesawat ringan dinaikinya hilang ketika merentasi Selat Inggeris.



Sala, ditandatangani dari kelab Perancis Nantes pada harga 17 juta euro (RM79.9 juta) Sabtu lalu, terbang ke Cardiff menaiki pesawat berkenaan yang kemudian hilang daripada radar sekitar 20 kilometer ke utara Guernsey.

Pihak berkuasa Perancis mengesahkan pemain 28 tahun itu “berada di dalam pesawat berkenaan”. Seorang penumpang lain turut dikatakan bersama Sala.


Kenyataan daripada polis Guernsey, kepulauan British berhampiran perairan Perancis, berkata juruterbang pesawat berkenaan memohon kebenaran untuk terbang rendah sebelum pusat kawalan udara di Jersey terputus hubungan.

Selepas pencarian ditangguhkan semalam akibat angin kuat, dua helikopter, dua kapalterbang dan sebuah bot penyelamat menyambung usaha mencari pesawat berkenaan pagi tadi.

“Setakat ini lebih usaha mencari membabitkan lima pesawat dan dua bot penyelamat sudah meliputi kawasan melebihi 1,000 batu persegi (2590 kilometer persegi),” kata polis Guernsey.

“Tidak ada jejak pesawat. Pencarian akan diteruskan.”



Bapa Sala, Horacio memberitahu stesen televisyen Argentina C5N yang dia hanya mengetahui perkara itu melalui laporan media.

“Saya tidak tahu apa-apa, saya tidak mempunyai sebarang maklumat. Sukar untuk dipercayai, saya amat tertekan. Saya harap semuanya baik,” katanya. – AFP


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 January 2019 @ 11:49 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
kena sabotage kot. sebab baru beli player kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 01:50 AM | Show all posts
korang pun tau kan... kalau dah melibat kan kapal tebang ni. selalunya 100 % tak kan selamat punya. nak harap moga selamat pon aku rasa macam sia sia je. semua kes kapal tebang hilang ke ape ke end up dia mati je. skeri laaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2019 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts

Harap Sala selamat...
AFP

PENYOKONG Cardiff ketika mendoakan untuk keselamatan Sala. FOTO/AFP

SALA yang masih belum ditemui. FOTO/AGENSI
CARDIFF, Wales: Penyokong Cardiff City yang terkejut menyertai pegawai kelab mendoakan keajaiban semalam apabila pembelian termahal kelab Liga Perdana Inggeris itu, Emiliano Sala dikhuatiri mati selepas kapal terbang dinaikinya hilang di Kepulauan Channel.

Penyerang Argentina berusia 28 tahun itu antara dua orang yang masih belum ditemui selepas hubungan terputus dengan pesawat ringan itu awal pagi semalam.

Polis Guernsey di kepulauan Britain menangguhkan pencarian mereka pada sebelah malam dan memberi amaran peluang untuk selamat “tipis” jika kapal terbang itu mendarat di atas air.

Sala dalam perjalanan ke ibu negara Wales untuk berlatih dengan rakan sepasukan barunya buat kali pertama selepas melengkapkan perpindahan bernilai 15 juta (RM80 juta) ke Cardiff dari kelab Perancis, Nantes Sabtu lalu.

Kehadiran pemain yang meledak 12 gol dalam Ligue 1 musim ini diharap dapat membantu kelab itu yang cuba mengelak daripada tersingkir ke liga bawahan.

Namun kegembiraan itu menjadi kebimbangan ketika penyokong meletakkan jambangan bunga dan mesej dukacita di perkarangan Stadium Cardiff City.

Penyokong yang masih terkejut dengan berita itu berkumpul di tempat letak kereta kelab itu, sesetengahnya meletakkan bunga dafodil serta skarf biru dan putih warna kelab itu.

“Kami teruja dengan kehadiran pemain baru di kelab ini kerana ia boleh mencetus kegembiraan. Itulah yang kami rasakan mengenai Sala,” kata penyokong Cardiff, Josh Thomas, 24.

“Dia seorang yang diharap mampu mengubah nasib kami dan menjaringkan gol yang boleh mengekalkan kami di liga utama. Dia pasti menjadi kegilaan peminat termasuk saya. Tapi dalam beberapa jam banyak perkara berubah.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 January 2019 @ 12:29 PM

2019  Harian Metro.
New Straits Times Press (M) Bhd.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2019 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
'Pesawat rasa macam nak tertanggal...'
Daily Mail

Sala bersama ibunya, Mercedes Taffarel yang menganggap impiannya untuk beraksi di United Kingdom (UK) tercapai sebelum ini. FOTO Daily Mail/BBC
PEMAIN Cardiff City, Emiliano Sala memberitahu rakan baiknya dia ‘ketakutan’ sewaktu berada dalam pesawat ringan jenis Piper FA-46 dinaikinya yang hilang ketika merentasi Selat Inggeris, kelmarin.

Dalam rakaman suara audio Whatsapp dihantar kepada rakan baiknya, pemain bolasepak Argentina itu menyatakan ‘pesawat rasa macam nak tertanggal’ sebelum memberitahu mereka mungkin perlu menghantar seseorang untuk mencarinya.

Sala dan juruterbangnya berkomunikasi kali terakhir daripada pesawat dinaiki mereka berhampiran rumah api Casquets yang terletak kira-kira 14 kilometer dari Barat Laut Alderney sekitar jam 8.30 malam selepas lebih sejam berlepas dari Nantes.

Mereka dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Cardiff.

Helikopter keselamatan pantai dan bot keselamatan melakukan pencarian sekitar 1,800 km (1,100 batu persegi) sebelum menghentikan operasi selepas tengah malam.

Mereka tidak menemui apa-apa kecuali serpihan dan Polis Guernsey menyatakan peluang mereka berdua hidup sekiranya terhempas dalam air terlalu sejuk sangat tipis.

Malah, mereka turut memberi amaran berkemungkinan langsung tidak menemui mereka.

Dalam rakaman suara audio itu juga, Sala berkata dalam bahasa Sepanyol: 'Hello, bagaimana semuanya? Sahabat, saya benar-benar letih sekarang. Saya di Nantes menyelesaikan banyak perkara, buat itu dan ini.

'Saya sekarang berada dalam pesawat rasa macam nak tertanggal. Saya hendak ke Cardiff sekarang, gila dan esok saya akan bermula. Saya akan berlatih bersama rakan sepasukan baru saya esok.”

Dalam satu rakaman suara lain yang dihantar kemudian dia berkata: “Bagaimana anda semua, semua baik?

“Jika anda tidak mendapat berita dalam tempoh sejam setengah dari sekarang, saya rasa mereka perlu menghantar seseorang untuk mencari. Saya berasa takut!”

Sala ditandatangani dari kelab Perancis Nantes pada harga 17 juta euro (RM79.9 juta) Sabtu lalu, terbang ke Cardiff menaiki pesawat berkenaan yang kemudian hilang daripada radar.

Berita berkaitan: Pemain Cardiff City dikhuatiri maut

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 January 2019 @ 1:23 PM
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 02:21 PM | Show all posts
ape perkembangan setakat ini
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum jumpa lagi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2019 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 23-1-2019 02:54 PM
Belum jumpa lagi?

Sumber tak sahih. Jumpa pesawat. Kena tunggu news
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 23-1-2019 02:54 PM
Sumber tak sahih. Jumpa pesawat. Kena tunggu news

Ok. Keep on posting updates ya TT
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 05:30 PM | Show all posts
belum ada update yer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2019 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Vincent Tan turut bersedih
BERNAMA

VINCENT TAN
KUALA LUMPUR: Pemilik Cardiff City FC dari Malaysia, Tan Sri Vincent Tan bersedih dengan kehilangan pemain yang baharu ditandatangani kelab itu Emiliano Sala, menurut pengarah eksekutif kelab dan ketua pegawai eksekutif Ken Choo.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu membatalkan sesi latihan semalam ekoran tragedi menimpa Sala, kelmarin.

“Kami amat terkejut mendapat tahu pesawat dinaiki Sala hilang. Kami jangka Emiliano tiba di Cardiff semalam dan hari ini sepatutnya dia berlatih kali pertama bersama pasukan,” katanya dalam laman web www.cardiffcityfc.co.uk.

“Pemilik kami Tan Sri Vincent Tan dan pengerusi Mehmet Dalman begitu sedih dengan situasi ini. Kami membuat keputusan menangguhkan sesi latihan dan berdoa keselamatan Emiliano dan juruterbang.

“Kami di Cardiff City FC berterima kasih kepada penyokong dan semua di atas sokongan dalam saat sukar ini. Kami akan terus berdoa dan berharap mendapat berita positif,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 January 2019 @ 5:17 PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2019 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
CR7 'selfie' tak kena masa...
Daily Mail

Lineker anggap selfie Ronaldo tak kena masa. FOTO EPA/IG CR7/IG Gary Lineker
BEKAS penyerang England, Gary Lineker mengkritik Cristiano Ronaldo kerana mengirim foto selfie ‘tidak kena masa’ sebelum berlepas menaiki pesawat peribadinya.

Pengulas sukan The Match of the Day itu membuat tweet kepada bintang Juventus itu dengan mengatakan: “Bukan hari untuk tweet ini. Ia benar-benar tidak perlu.”

Gambar penyerang bintang Portugal itu selfie muncul ketika pesawat dinaiki pemain Cardiff City, Emiliano Sala hilang dari radar ketika terbang dari Nantes ke Cardiff, kelmarin masih belum ditemui ketika dia dalam laluan melengkapkan perpindahan menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Sala menaiki pesawat kecil Piper Malibu yang ‘lesap’ ketika melalui Selat Inggeris dan pemain terbabit itu kini dianggap sudah mati.

Bintang Argentina itu ditandatangani oleh Cardiff pada nilai 15j (RM81 juta) adalah antara dua penumpang dalam perjalanan pulang ke Wales dari Nantes selepas mengucapkan selamat tinggal kepada bekas rakan sepasukan Ligue 1.

Polis Guernsey mengumumkan pencarian pesawat dinaiki Sala dihentikan jam 1 pagi semalam dan disambung semula hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 January 2019 @ 7:32 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2019 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lineker anggap selfie Ronaldo tak kena masa. FOTO EPA/IG CR7/IG Gary Lineker

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 09:21 AM | Show all posts
single engine plane, single pilot, flying at night crossing the english channel in cold winter..  

kalau ditching pun susah nak survive in cold water..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.928462 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list