CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1960|Reply: 18

[Tempatan] Mowgli Malaysia Berpangkat Lans Koperal

[Copy link]
Post time 22-1-2019 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tahniah Lans Koperal Syukur!
FARAH SHAZWANI ALI | 22 Jan 2019


A A
KUALA TERENGGANU - Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan menjadikan ‘Mowgli Malaysia' iaitu Muhammad Syukur Khamis, 14, sebagai Ikon Remaja APM pada Mac depan.

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab berkata, pengiktirafan kepada Syukur yang juga merupakan kadet Pertahanan Awam itu, bagi membolehkan remaja tersebut menyebarkan aura positif dan memberi inspirasi kepada rakan sebayanya.

Menurutnya, penganugerahan itu akan dibuat pada Perhimpunan Angkatan Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-66 yang akan berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan.

"Setelah lihat banyak video diviralkan, saya melihat Syukur ada kelebihan yang boleh kita manfaatkan. APM sendiri akan bantu dia dengan memberi lebih banyak pendedahan, supaya pada masa depan dia boleh dibawa ke sekolah-sekolah berhampiran di Terengganu untuk memberikan motivasi kepada pelajar lain.

"Pada masa yang sama, kita tidak mahu dia tenggelam dengan dunia glamor ini, sebab dia masih belajar. Kita nak beri dia pendedahan supaya apabila dia terdedah dengan dunia luar, Syukur akan menjadi lebih yakin dan boleh memberikan semangat balik kepada orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Ketua Pesuruhjaya APM Bersama Adik Syukur ‘Kampung Boy' di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah APM Terengganu, LT. KOL (PA) Che Adam A.Rahman dan Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Roslan mengumumkan Syukur dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal dalam kadet Pertahanan Awam.

"Saya harap kenaikan pangkat ini akan menggilap lagi bakat kepimpinan yang ada pada beliau dan menjadi pelajar contoh.

"Selain mempunyai keyakinan yang tinggi, kita harap Syukur akan terus mengutamakan pelajaran dan ilmu serta maju dalam kehidupan dan apa jua bidang yang diceburinya selepas ini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2019 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Memakaikan tanda pangkat Lans Koperal

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 09:16 PM | Show all posts
alahai...comeynyer.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 09:17 PM | Show all posts
kecik kecik dah berpangkat, sementara tengah laku ni rembat aje la apa yg ada. esok dah sendu dah tak de dah. buat modal cerita kat kengkawan je la.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada elaun ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
albedah replied at 22-1-2019 09:31 PM
Ada elaun ke

Kalau dulu2 pergi bertugas dapat rm4 sejam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2019 10:01 PM | Show all posts
ok je nmpk...

badan budk ni pun nmpk tough... tk la keding @ lembik mcm sesetgh budak lain yg dok main tablet tu...
mungkin hasil hari2 dok berkejar dgn kerbau & kambing dia....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ko anak negeri melaka, ko sekali dengan kerbau2 ko dah dapat pangkat dato dekkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 07:05 AM | Show all posts

Xde, kecuali klu dia join aktiviti kesukarelawanan (atas kapasiti APM a.k.a JPAM).
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah adik syukur, moga lebih cemerlang gemilang dan terbilang
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 08:20 AM | Show all posts
orang bagi ambik je dik

rezeki berjasa dgn haiwan
mencurah2 sekarang ni

keep it up sampai besar ok!
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Bgus budak ni... nmpk pndiam tp berani body pun fit
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku salute bapak dia... Bapaknya kata... Sekolah2 ni takde dia nak bg hpnkt anak2...dah msk uni baru bg.... Then nak main kebau tu lepas asor baru ayah dia bagi... Ni makpak moden ikut sgt kehendak bdk yg blom matang...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 10:44 AM | Show all posts
rezeki jgn ditolak..semoga jadi contoh yg baik buat remaja lain..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 11:03 AM | Show all posts
hah tunggu apa lagi KRU boleh buat filem dah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 11:06 AM | Show all posts
bapak dia patut dapat anugerah jugak
betul dan bagus didikannya
kalau shukur dipanggil Mowgli
encik Khamis patut di panggil Papa Bear
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
KakiSelpi replied at 22-1-2019 09:16 PM
alahai...comeynyer.....

Kannnn...serius suka sngt tgk gmbr2 viral dia dgn kuba2 dn kambing2 tu..
Rasa mcm semua org pun jatuh sayang kt dia lh mcm syng ny adik ni pd kuba2 tu..



Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 01:49 PM | Show all posts
tahniah dek
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
bila tgk gambar2 adik ni teringat citer kandang cinta kita by matt romeo..
best sgt novelnya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.091083 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list