CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3258|Reply: 28

[Tempatan] 'Mini Vietnam' di Parit Haji Imam

[Copy link]
Post time 22-1-2019 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BATU PAHAT: Kewujudan pasar warga asing yang dibuka di kawasan Parit Haji Imam, berdekatan Jalan Batu Pahat-Kluang, di sini, menimbulkan rasa tidak puas hati dan rungutan masyarakat setempat.

Pasar warga asing berkenaan didakwa bukan sahaja tidak adil buat peniaga tempatan, malah seperti merestui kewujudan kelompok komuniti warga asing yang berniaga secara terbuka.

Tinjauan wartawan mendapati, kawasan pasar itu bukan sahaja didominasi peniaga warga asing, malah kewujudan papan tanda kedai dengan bahasa asing dipercayai bahasa Vietnam seolah-olah tidak menghormati peraturan negara ini.

Pasar warga asing berkenaan dibuka hampir setiap hari bermula jam 4 petang hingga 9 malam dengan menyasarkan pekerja kilang berhampiran sebagai pelanggan utama.

Penduduk kampung berhampiran yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail, 56, berkata kewujudan pasar warga asing berkenaan menimbulkan keresahan penduduk berikutan kawasan itu ibarat ‘mini Vietnam’.

Katanya, penduduk juga mempersoalkan bagaimana kewujudan pasar berkenaan seolah-olah direstui malah dibina dengan bahan binaan kekal.

“Tiga tahun lalu pasar warga asing itu wujud di tepi laluan utama Jalan Batu Pahat-Kluang sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas setiap petang dan malam.

“Namun selepas dibantah penduduk setempat, pihak berkuasa mengambil tindakan menutup pasar berkenaan selepas ia wujud lebih empat tahun lalu.

“Namun mengapa pula warga asing dibenarkan berniaga malah dibina pula binaan kekal di Parit Haji Imam, padahal warga tempatan pula susah mendapat peluang berniaga malah akan dirobohkan jika berniaga tanpa kebenaran,” katanya.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ali berharap pihak berkuasa berlaku adil dengan warga tempatan yang mahu berniaga tetapi dikenakan pelbagai syarat sedangkan warga asing dengan mudah mewujudkan kelompok peniaga di negara ini.

“Penduduk risau jika tiada kawalan, warga asing akan mula menuntut pelbagai peluang seperti kewarganegaraan, sekali gus menutup peluang warga tempatan mencari rezeki,” katanya.

Sementara itu, Ketua Whip Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Malik Faishal Ahmad, berkata pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan Ketua Unit Penguatkuasaan MPBP dan dimaklumkan perniagaan warga asing itu adalah sah.

“Pasar warga asing itu didirikan atas tanah individu, malah lesen dan premis disewa oleh warga tempatan yang menguruskan kedai berkenaan dan warga asing hanya bertindak sebagai pekerja.

“Ada juga pemilik kedai yang berkahwin dengan warga asing yang bekerja di kedai mereka dengan permit sah. Jadi tindakan tidak boleh diambil terhadap mereka, ” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2019 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Suasana pasar warga asing di kawasan Parit Haji Imam, berdekatan Jalan Batu Pahat-Kluang yang menimbulkan keresahan penduduk setempat. - NSTP/Farid Noh

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 22-1-2019 08:46 PM

Kohkohkoh.   
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ada jual sate anjeng tak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ada jual tudung duck bietnam? naelofar bietnam? telekung siti khadijah bietnam? ariani bietnam??
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 09:13 PM | Show all posts
daging anjing ada ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2019 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dekat parit buntar ada satu pasar kemboja...penuh ngan org2 cambodia..jual baju tudung shawl selimut..
pelanggan dia?? makcik2 kampung..even bos lama aku pun pergi..katanya meriah..
xde enforcement pun..dah jadi macam tempat diorang berkampung kat ctu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 09:39 PM | Show all posts
bandar sultan suleiman kat klang lagi dah lama jadi penempatan vietnam. siap smua rumah flat dah dijajah vietnam. potong ayam, lembu selamba je atas jalan raya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ada 6 juta lebih pendatang warga asing. Industri apa yang dia orang ceburi sebab mamak masih komplen tak cukup pekerja, ladang sawit/getah tak ada pekerja, pembinaan tak cukup pekerja. Orang Malaysia pulak tak de kerja......
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Boikot dengan cara tak beli jualan mereka ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Abislaa anjing kucing dijual cara terbuka situ

Semakin teruk la malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kiambang replied at 22-1-2019 10:29 PM
Boikot dengan cara tak beli jualan mereka ..

Yg membeli pun warga asing juga kot
Dah sasarannya pekerja kilang kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 10:49 PM | Show all posts
pelik.. takkan PBT tak tau..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2019 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mini vietnam, mini bangla, mini Nepal. Hangpa nak apa lagi. Semua ada kat Malaysia

Yang penting. Terhasilnya puak mini kerana wujudnya mini rasuah

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 10:55 PM | Show all posts
kekdahnya kat situ memang kawasan kilang, dan ramai sangat pekerja indon, bangla, nepal, vietnam...semua adala...kalau naik bas, bila stop kat situ je, mesti berpusu2 geng2 diorang ni naik sampai bas tu penuh sebab tu sampai tahap bukak pasar ni...sebenarnya untuk ummah diorang je...cuma cara je tak kena...so ummah lokal sentap lah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2019 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi depa ni bukan tak cerdik. Ramai yang kawen dengan orang tempatan. Ini kebanyakan puak bangla pakistan jual kapet jual kain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Permit kerja sebagai peniaga ni ada ker????..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 05:07 AM | Show all posts
Kenapa iri hati islam sesama islam?  Kata percaya rezeki tu ada dimana mana?

Sekejap percaya tohan sekejap tak percaya tohan!

Kalau seperti ni orang kafer di eropah tu lagi mulai kerana mereka tak iri hati dengan mana mana bangsa dan agama didalam perniagaan.

Tak faham saya dengan bangsa melayu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 06:31 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 23-1-2019 05:07 AM
Kenapa iri hati islam sesama islam?  Kata percaya rezeki tu ada dimana mana?

Sekejap percaya toh ...
Semua Agama mengajar camtu ..
Rezeki ada dimana mana ..rajin dengan malas jer .. usaha dengan tak usaha jer
Rezeki tak kan datang kalau tak berusaha dan pemalas

Bila kita berada dalam kelompok bangsa yang paling ramai ..
dengan sendiri nya kita akan tau kelemahan bangsa tu
hidup dengan majoriti melayu .. kita akan nampak .. perghh!!~ pemalas nya .. memilih kerja .. irihati and so on
tapi benda yang sama juga perangai nya bangsa lain kalau kita rajin mencelah antara mereka

Bila hati kita nak melihat yang indah saja .. itu yang kita akan nampak

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pokaibanktokyo at 22-1-2019 11:15 PM

Kawin amoi  bila menjaja guna lesen amoi sambil berlagak macam pekerja
@FOTHER-MUCKER
Mana ada irihati. Mereka cuma sangka itu semua penjaja haram saja
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.090082 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list