View: 4706|Reply: 71
|
[Tempatan]
Parlimen Perlu Dibubarkan : Hamidah
[Copy link]
|
|
Parlimen perlu dibubarkan: Hamidah
SAIFULLAH AHMAD | 22 Jan 2019
Hamidah
A A
IPOH - Cadangan pihak tertentu supaya kerajaan baharu dibentuk atau Parlimen dibubarkan menunjukkan bahawa kerajaan sedia ada gagal membawa perubahan dalam pentadbiran.
Bekas Naib Presiden Bersatu, Datuk Hamidah Osman berkata, kerajaan pimpinan PH ketika ini dilihat gagal menyerap tekanan dihadapi rakyat terutama membabitkan kenaikan kos sara hidup.
Katanya, janji-janji manifesto yang gagal ditunaikan selepas PRU14 juga menyebakan rakyat kecewa kerana mereka mengharapkan sesuatu lebih baik daripada kerajaan terdahulu.
"Saya menyambut baik gesaan agar Parlimen dibubarkan kerana kita dah tunggu hampir lapan bulan, tak ada apa-apa perubahan positif. Saya katakan sekarang Malaysia sebagai negara yang gagal.
"Malahan keadaan negara berada dalam keadaan negatif lagi, baik dari segi ekonomi, pentadbiran, perpaduan dan hala tuju negara. Kerajaan hari ini seolah-olah hilang arah. Tak tahu ke mana nak pergi," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd Rahman yang menyarankan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya membubarkan Parlimen bagi membentuk kerjasama politik baharu yang lebih stabil dan kuat.
Sementara itu, menurut Hamidah, lebih buruk lagi beberapa negara pelabur turut menurunkan kedudukan mereka terhadap Malaysia dan ia sesuatu yang membimbangkan.
"Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana kita bimbang sampai satu tahap negara tidak boleh dipulihkan langsung, maka itu dah terlambat.
"Sekiranya PH merasakan mereka tidak lagi berkemampuan, mereka perlu mengambil sikap bertanggungjawab membubarkan Parlimen dan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan kerajaan mana yang mereka hendak," katanya.
Hamidah berkata, sekiranya keadaan negara semakin buruk, kerajaan PH harus dipersalahkan di atas kegagalan mereka mentadbir.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bubar aje lahhhh. tak ada apa apa pon yang berubah aku tengok, penat aku pegi beratur panjang mengundi pangkah amno. last last dia yang naek. tat tol la. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemulihan ekonomi dgn hutang triliyon keliling donia bukan ambik masa 8 bulan je.
Paling cepat pon 2 penggal.
Apa punya stetmen da kalu manifesto tak tunai 100 hari mesti buat pru balik.
Akal satu level dgn najib. Hrmm |
|
|
|
|
|
|
|
bangcak replied at 22-1-2019 09:16 PM
Pemulihan ekonomi dgn hutang triliyon keliling donia bukan ambik masa 8 bulan je.
Paling cepat pon ...
tak hbis2 canang hutang 1 trilion |
|
|
|
|
|
|
|
secara mudah klau aku hutang bank loan rumah rm400k... tu loan campur interest cecah rm700k
adakah perlu canang hutang rm700k tu ek
sbb byr bln2 maintain dgn tenure ikut perjanjian...
aku mmg buta ekonomi... tp kaedah babi lim guan menipu rakyat mcm tu la... die p kira interest skali...
yg mahacai bengap pun percaya... buat protiga kekonon inisiatif swasta... pastu khazanah pun sudi melabur...... penat aku nak maki tgk perangai bengap perasan cerdik penyokong ph ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok jugak pilihanraya tiap tahun. Baru la raya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akusukaq at 22-1-2019 09:38 PM
selagi maseh ramai penyokong ph yg bangang
dan bengap selagi itu lah gomen PH akan kekal gagal. tunggu dua tiga tahun pun tak akan nampak kemajuan. |
|
|
|
|
|
|
|
akusukaq replied at 22-1-2019 09:37 PM
selagi maseh ramai penyokong ph yg bangang
dan bengap selagi itu lah gomen PH akan kekal gagal. tun ...
pdhl ekonomi negara masuk longkang pun bleh ckp baru 8 bln...
bg lg lama lg punah |
|
|
|
|
|
|
|
yang jahanamkan ekonomi negara dengan skandal 1mdb, tak berani pula ko komen
kalau dia tak jahanamkan ekonomi negara
takde nye kita jadi macam ari ni
|
|
|
|
|
|
|
|
dinopower2 replied at 22-1-2019 09:22 PM
tak hbis2 canang hutang 1 trilion
Hutang Atok dengan Jepun yang Ketom canang2 zaman Liwat 1.0 dah abih bayor ke belom? |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 22-1-2019 09:48 PM
Hutang Atok dengan Jepun yang Ketom canang2 zaman Liwat 1.0 dah abih bayor ke belom?
hutang je dah separuh haha |
|
|
|
|
|
|
|
sekali pergi check rumah
tu dia
penuh dengan handbag
orang macam tu lah yang mereka nak angkut jadi pm balik |
|
|
|
|
|
|
|
eh jgn..nanti x jadi pm pulak bang nuar |
|
|
|
|
|
|
|
Atuk pun sibuk travelling oversea...tengok event dia gi pun ntah hapa faedah pada negara. Macam nak escape dari pening kepala and lari dari masalah jer gayanya. |
|
|
|
|
|
|
|
kekekek replied at 22-1-2019 10:00 PM
Atuk pun sibuk travelling oversea...tengok event dia gi pun ntah hapa faedah pada negara. Macam nak ...
show off la anti israel... haha |
|
|
|
|
|
|
|
org bodoh dan buta perlembagaan jek mintak bubar awal ni. mcm hamidah othman di atas. |
|
|
|
|
|
|
|
Konsep kak midah ni kalau anak kawen kena cepat bunting.. Kalau x bunting cepat dia suh cerai kawen lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Walau pun cadangan macam mabuk ketum tapi i suka je. Cuma still rasa pH menang sebab umno pun dibuai mimpi lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|