CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 598|Reply: 2

[Tempatan] Kerajaan Negeri Kedah Mahu Hapuskan Ladang Ketum

[Copy link]
Post time 22-1-2019 10:20 PM | Show all posts |Read mode


ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah akan mengambil tindakan menghapuskan semua ladang ketum bagi mengekang masalah penagihan air ketum yang serius dalam kalangan rakyat negeri itu terutama golongan muda.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tindakan itu akan dilaksanakan sementara akta berkaitan kesalahan penanaman ketum tanpa kebenaran pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan dipinda.

"Saya fikir kerajaan Persekutuan memerlukan sedikit masa nak gubal atau buat pindaan, kemudian syor atau bentang di peringkat Dewan Rakyat untuk dibahaskan sebelum diluluskan

"Maka, dicadangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) peringkat negeri sebentar tadi untuk kita menggunakan Kanun Tanah berkait dengan syarat tanah tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan MTMD di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Mengulas lanjut, kata beliau, pihaknya akan mengambil tindakan menghapuskan ladang ketum yang ditanam di atas tanah yang sepatutnya ditanam dengan jenis pertanian lain.

"Kita mungkin akan memberi dua kali amaran dan jika pengusaha masih berdegil melanggar syarat tanah, maka penguatkuasaan melibatkan penghapusan ladang tersebut akan terus dilaksanakan," ujarnya.

Beliau pada masa sama mendedahkan terdapat lebih 80 hektar ladang ketum di daerah Padang Terap, 22 hektar di daerah Kubang Pasu, Yan (sembilan hektar) dan Sik (tiga hektar).- K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 10:31 PM | Show all posts
Kalau air ketum dikenakan cukai, mungkin selamat ladang tu  
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Cek kat kampung chong, sik kedah sama..

Org siam kaya jual ketung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.070830 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list