CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 980|Reply: 4

[Tempatan] Ada hutang GST. Seperti biasa kaum wanita kena tipu lagi dan lagi

  [Copy link]
Post time 22-1-2019 11:52 PM | Show all posts |Read mode
Panik didakwa ada hutang GST, suri rumah rugi RM10,000
    2019-01-22T14:58:32+08:00


SIBU: Seorang suri rumah berusia 41 tahun mengalami kerugian RM10,000 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam yang mendakwanya mempunyai hutang bayaran cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada Ahad.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah, mangsa menerima panggilan telefon kononnya dari Bahagian Pentadbiran Ibu Pejabat Putrajaya yang mendakwa dia berhutang dengan sebuah syarikat di Pulau Pinang kerana tidak membayar cukai GST sebanyak RM51,076.00.

Katanya, suspek meminta mangsa untuk memasukkan duit sebanyak RM10,000 untuk tujuan siasatan.

"Mangsa yang dalam keadaan panik dan terpedaya dengan helah suspek telah mendepositkan wang berjumlah RM10,000 di Sibu Jaya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas memindahkan wang tersebut.

Dalam pada itu, Mustafa menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan penipuan seperti ini.

Katanya, antara penipuan dikesan termasuk individu menyamar sebagai polis dan lain-lain jabatan atau agensi kerajaan yang mendakwa mangsa terlibat dengan kes langgar lari, kes hutang GST, kes jenayah pengubahan wang haram, kes tuduhan mendapatkan duit daripada orang awam dan sebagainya.

"Pihak polis atau agensi-agensi kerajaan tidak akan meminta orang ramai untuk membayar wang ke dalam mana-mana akaun peribadi.

"Jangan sesekali panik dan mengikut arahan yang diberikan oleh pemanggil," tegasnya.

Beliau menggesa orang ramai yang menerima panggilan telefon mencurigakan untuk memberitahu keluarga atau rakan serta maklumkan perkara tersebut kepada polis.

Layari portal rasmi Polis Diraja Malaysia (rmp.gov.my), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (ccid.rmp.gov.my) dan Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak untuk mendapatkan maklumat dan nasihat terkini berhubung penipuan kewangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 09:14 AM | Show all posts
kenapa lah jadi benda mcm ni.

hari2 buka socmed, jgn la asik baca psl retis je. baca la psl2 kes scam2 ni jgk n berhati2. sedih bila duit kena tipu semudah tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 01:35 PM | Show all posts
aku nak withdraw 3k pun menggigil, ni senang2 ke transfer 10k kat orang

general rule nya, kalau rasa ada hutang ngan gomen, kene check acc bank tu, atas nama AKAUNTAN NEGARA ka, or at least mana2 nama rasmi, BENDAHARI BANDARAYA ka, bukan atas nama orang perseorangan
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 02:01 PM | Show all posts
Bank tak boleh ke reveal duit tu dideposit kepada siapa untuk siasatan jenayah? Ataupun bank condone scammer2 tu punya action?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan berita luar biasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.274644 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list