CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 973|Reply: 0

[Tempatan] 16 akaun media sosial kementerian palsu?.

[Copy link]
Post time 23-1-2019 02:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 22-1-2019 10:30 AM

16 akaun media sosial kementerian palsu?Nur Hasliza Mohd Salleh -

January 22, 2019 9:29 AM


Antara akaun Twitter yang menggunakan nama kementerian tapi belum disahkan statusnya.

PETALING JAYA: Sebanyak 16 akaun Twitter menggunakan nama kementerian masih belum disahkan rasmi oleh kerajaan.

Tinjauan FMT di laman Twitter mendapati terdapat akaun menggunakan nama rasmi kementerian tertentu namun status akaun tersebut meragukan.

Pertama, tiada tanda biru di sebelah nama akaun tersebut.

Pengguna setia Twitter tahu tanda biru itu adalah indikator akaun milik rasmi seeorang, jabatan, badan bukan kerajaan (NGO), organisasi korporat atau orang kenamaan.










Tanpa tanda biru itu, kebanyakan pengguna Twitter sedia maklum, akaun tersebut adalah bukan milik rasmi, atau pun akaun palsu.

Bilangan pengikut yang banyak berisiko mengelirukan masyarakat tentang kebenaran maklumat yang disampaikan.

Begitu juga dengan kementerian yang mewakili Kabinet negara ini. Pengesahan akaun ini boleh dianggap penting kerana setiap maklumat yang disampaikan boleh mempengaruhi pentadbiran negara.

Kedua, bilangan pengikut yang berbeza di setiap akaun berisiko mengelirukan masyarakat tentang kebenaran maklumat yang disebarkan setiap akaun tersebut.

Akaun-akaun itu, antaranya, ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan 24,600 pengikut, Kementerian Dalam Negeri (KDN) (321,000 pengikut), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) (38,200 pengikut), Kementerian Wilayah Persekutuan (207 pengikut) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) (802 pengikut).

Selain itu, FMT juga mendapati beberapa akaun Twitter yang menggunakan nama jabatan kerajaan tetapi statusnya diragui.

Antaranya, Jabatan Metereologi Malaysia (37,600 pengikut), Jabatan Kebajikan Masyarakat (37,600 pengikut) dan Jabatan Pertanian Malaysia (12,800 pengikut).


Jika tidak disahkan status akaun tersebut sama ada rasmi atau palsu, masyarakat mungkin terdedah kepada berita yang tidak benar daripada akaun yang menggunakan nama kementerian.

Sahih atau tidak?

Mungkin persoalan itu bermain di fikiran segelintir masyarakat yang mempersoalkan kredibiliti akaun tersebut, terutama akaun yang mempunyai pengikut sangat rendah.

FMT mendapati, hanya satu kementerian yang sudah mengesahkan statusnya adalah rasmi di Twitter, iaitu Kementerian Kewangan. Di laman itu, kementerian tersebut menggunakan nama Ministry of Finance (@MOFMalaysia).

Selebihnya, sebanyak 15 nama kementerian masih belum menentukan status akaun mereka, sama ada rasmi atau palsu.

Juga, sebanyak 5 kementerian belum ada akaun di laman Twitter, iaitu Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sebelum ini, FMT melaporkan, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, kementeriannya memandang serius isu penyelarasan akaun rasmi kerajaan dan agensi kerajaan di media sosial.

“Kita sedar perkara ini berlaku. Terdapat 2 kategori yang kita lihat, iaitu pengendali nama yang tidak rasmi dan satu lagi tanpa nama.

“Ia satu cabaran kepada kita untuk selaraskan semua akaun rasmi kerajaan dan agensi kerajaan kerana media sosial ini sifatnya luas. Kita masih tiada keputusan muktamad untuk mekanisme selaraskan semua akaun kerajaan di media sosial.

Bagaimanapun, katanya, isu tersebut tetap menjadi perhatiannya setakat ini.

Sementara itu, terdapat satu akaun Twitter yang mempunyai nama kementerian terdahulu. Namun, akaun itu masih aktif mengongsikan hantaran. Bilangan pengikutnya mencecah 127,000 orang.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/01/22/16-akaun-media-sosial-kementerian-palsu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.605847 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list