CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1059|Reply: 18

[Tempatan] Kumpulan WhatsApp Memudah Atau Membebankan Cikgu

  [Copy link]
Post time 23-1-2019 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Niat asalnya untuk memudahkan komunikasi ibu bapa dengan guru, namun sebaliknya berlaku apabila dilihat persoalan yang tidak sepatutnya turut dibangkitkan dalam kumpulan WhatsApp itu.

Hal ini sedikit sebanyak menjadi beban kepada guru kerana terpaksa melayan karenah ibu bapa sepanjang masa.

Ini kerana sudahlah penat mendidik di dalam kelas, guru pula terpaksa menjadi admin (pentadbir kumpulan WhatsApp) melayani pelbagai pertanyaan, kerenah ibu bapa yang bertanyakan itu dan ini di waktu dan luar waktu persekolahan.

Ini dibuktikan dengan tularnya soalan-soalan remeh yang ditanyakan oleh ibu-bapa dalam grup WhatsApp hinggakan pasal pilihan baju anak pun ditanya berkali-kali meskipun telah diberitahu oleh guru kepada anak murid .

Antaranya soalan remeh yang ditanya adalah mengenai jadual waktu sekolah, buku apa yang perlu dibawa oleh anak mereka dan pelbagai lagi.

Hari ini di media sosial tular perbualan WhatsApp antara guru dan ibu bapa yang mengambarkan perkara itu, hingga mendapat simpati daripada netizen.

Antaranya melibatkan guru yang bernama Napisah dengan ibu murid yang bernama Madinah.

"Cikgu Napisah ini ibu Madihah nak tanya dengan Cikgu Napisah, baju putih anak saya tidak boleh pakai cikgu, anak saya pakai baju warna ungu boleh tak cikgu," petik perkongsian itu.

Dijawab Cikgu Napisah," Hari ini memang kena pakai baju sukan, warna ungu,".

Dalam perkara ini, di fahamkan ada diantara pihak pentadbir sekolah mewajibkan setiap guru kelas mewujudkan kumpulan WhatsApp masing-masing.
Jika ia diwujudkan di seluruh negara, terdapat sekurang-kurangnya 281,218 kumpulan WhatsApp kelolaan cikgu kelas dengan mengambil kira dua pertiga daripada jumlah keseluruhan guru di seluruh negara iaitu seramai 421,828 orang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 09:48 AM | Show all posts
tu blm lagi masuk group mcm2 org duk add kat sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 09:51 AM | Show all posts
skrg whatapps boleh admin je bagi komen..
so pakai la function tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2019 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang bukan cegu pun naik poning dengan group wasep. Kesudahnya aku mute sume group. Group melambak ni kadang banyak merepek ja dari yang betul
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 10:14 AM | Show all posts
Betul la tu. Aku yang tukang baca ni pun naik pening. Botol air anak hilang tanya dalam group. Songkok hilang tanya dalam group. PM tepi tak boleh ke. Mengarut betul la.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 10:20 AM | Show all posts
taska ank lagi la mereng kesian cikgu2 layan mak bapak budak2 ni, nak2 kalau baru 1st time hanta anak g taska. Cikgu ank saya buat apa? boleh ambik gamba tunjuk kat sini. Cikgu pon buat la ambik gamba ank si polan ni, selang seminit org lain pulak mintak gamba ank depa pulak and berterusan la sampai kesudah..  penuh memori phone aku dengan gamba ank org.. lepas tu ada pulak yang ambik gamba ank kena cakar, letak dlm group mohon ibu bapa potong kuku ank masing2, ank saya dah kena cakar ni xtaw anak sapa yang buat. ehhh baral ni budak2 apa taw kuku dah pendek pon boleh ja depa mencakar pening aku dgn mak bapak sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2019 10:21 AM | Show all posts
ada pro and kontra....janji admin kena kuat menangkis sentimen kecil² nie...hati mau cekal....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu gak bodow x reti buat telegram yg admin je boleh komen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 10:28 AM | Show all posts
LautBiru52 replied at 23-1-2019 10:14 AM
Betul la tu. Aku yang tukang baca ni pun naik pening. Botol air anak hilang tanya dalam group. Songk ...

makikan sahaja parent sebegitu nok.. Tu belum lagi yg antar kata motivasi, sharing berita...eh kalau akak nak baca berita akak pegi utusan online la
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 10:48 AM | Show all posts
LautBiru52 replied at 23-1-2019 10:14 AM
Betul la tu. Aku yang tukang baca ni pun naik pening. Botol air anak hilang tanya dalam group. Songk ...

nak suruh pm semua 35 orang mak pak tu ke?

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 11:03 AM | Show all posts
betul la tu ada baik ada tk baiknya

kalau 3ank ada 3 grup wassap

dgn mcm2 pangai mak pak dlm tu pening2

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 11:21 AM | Show all posts
nope. cukup iols tau no cikgu apa2 boleh tanya cikgu direct and vice versa. broadcast list kan ada. takyah group sangat. buat semak je whatsapp aku.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 11:29 AM | Show all posts
banyak membantu group wasap ni... tapi kena la prihatin sikit.. jangan la benda remeh pon nak tanye cikgu. Tapi biasanya dalam group wasap sekolah... cikgu x aktif pon menjawab... parents lain dah tolong jawabkan... xperlu nak seru2 nama cikgu kt group.

takkanla botol air tertinggal pon nak tanye kt group... kalau group taska tu.. bole maaf lagila.. sbb bebudak kecik.. kadang tertinggal beg la...  kalau sekolah rendah dah.. ajarla anak tu tanggungjawab. Lagipon kalau dah tertinggal.. sekolah tu bukan ada org tido.. esok je la cari. itupon kalau ada lagila. hahaha..

untuk cikgu2... rasa2 yg penting2 je reply. Yg remeh buat x nampak aje... x keroja la nak jawab homework apa... kalau ada parents lain yg kesian.. dia tolongla jawab
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 23-1-2019 12:43 PM

Wasap group byk Sgt laju spt ketapi laju. Lantak pi Byk terlepas padang. Setiap bulan backup buang semak hp spt tong sampah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 11:32 AM | Show all posts
pakat saman whatsapp lah kalau melampau sgt tahap ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 11:48 AM | Show all posts
Jaman dulu skolah tak ada wassap,tapi sya tetap cemerlang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Paling sadis ank2 keluar sekolah pkl 1:30 pm...pkl 1:45 pm parents tanya ada homework ape hari nih...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 12:11 PM | Show all posts
serex replied at 23-1-2019 10:48 AM
nak suruh pm semua 35 orang mak pak tu ke?

PM tepi guru kelas la. Pandai la cikgu tanyakan anak murid dia dalam kelas nanti. Ni bila tanya semua benda dalam group kadang-kadang info penting dari cikgu kita terlepas pandang. Tapi kalau rajin boleh je nak pm mak pak sorang-sorang. Boleh kenal-kenal.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 12:15 PM | Show all posts
LavaUollss replied at 23-1-2019 10:28 AM
makikan sahaja parent sebegitu nok.. Tu belum lagi yg antar kata motivasi, sharing berita...eh kal ...

Setuju dengan kaka. hahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.096641 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list