View: 855|Reply: 6
|
[Tempatan]
Gaji pemain RM70K sebulan, kelab terkulat-kulat cari dana. Liga M catat kes tung
[Copy link]
|
|
Gaji tinggi jerat pasukan
22 Januari 2019 3:00 AM
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Gaji pemain yang terlalu tinggi, selain keghairahan pasukan-pasukan mendapatkan nama besar antara punca utama isu tunggakan gaji terus membelenggu Liga Malaysia (Liga M).
Menurut Pre­siden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM), Rezal Zambery Yahya, kira-kira 300 kes telah dilaporkan kepada mereka melibatkan isu tunggakan gaji pemain dan penamatan kontrak secara tidak sah sejak lima tahun lalu.
Rezal tidak menolak gaji pemain tempatan dalam Liga M antara yang ter­tinggi di Asia Tenggara, sekali gus menyebabkan banyak pasukan sering terjerat dengan ke­ghairahan mendapatkan pemain bintang.
Biarpun tawaran yang diberikan pasukan Liga M sangat ‘menggiurkan’, namun dalam masa sama isu tunggakan gaji, terutama melibatkan bintang import mencemarkan imej bola sepak Malaysia.
“Ya, ada beberapa pasukan memberi alasan tersebut (gaji pemain terlalu tinggi), ada juga beri alasan tidak mendapat dana atau penajaan mencukupi.
“Saya percaya, gaji pemain Liga M antara yang ter­tinggi di Asia Tenggara, namun kami tidak punya data lengkap mengenai perkara itu.
“Nasihat kami kepada persa­tuan, belanjalah mengikut kemampuan. Rangka ranca­ngan kewangan dengan baik bagi memastikan pasukan bukan sahaja dapat bertahan musim ini, malah musim mendatang,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Semalam , Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mendedahkan, Liga M mencatat kes tunggakan gaji tertinggi di Asia.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin pula menegaskan, akan menggantung penyertaan pasukan dalam Liga M 2019, selain menahan pembayaran geran tahunan serta sumbangan penaja jika mereka belum menyelesaikan tunggakan gaji musim lalu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
gaji mesti seiring dgn pendapatan...itu basic ekonomi...kalau pendapatan jualan tiket & iklan banyak kenapa susah bayar gaji??? kalau kurang sambutan jangan berani janji gaji besar atau ambil import player...
|
|
|
|
|
|
|
|
Benda ni jadi since JDT bagi gaji tinggi untuk tarik good player to be in their team. Tapi JDT mampu..tengok la milik siapa.
Yang team lain, nak pancing player sampai offer gaji tinggi sedangkan memang tak mampu. Last last gaji tak masuk, performance ke laut, sponsor pun tarak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasukan bola ni tak semak bahagian kewangan dulu ke sebelum tetapkan gaji? Dah tau takde duit berani pulak letak gaji tinggi2 |
|
|
|
|
|
|
|
Gaji tertinggi di Asia Tenggara..tapi main...."hampa"... |
|
|
|
|
|
|
|
wow..tinggi betul gajinya.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|