CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1380|Reply: 16

[Tempatan] Masyarakat Masih Kurang Kesedaran Untuk Kitar Semula Bahan Buangan. Apakah Solus

[Copy link]
Post time 23-1-2019 10:27 AM | Show all posts |Read mode


Padang Serai: Ketiadaan sistem yang menyeluruh di negara ini dalam kutipan sisa buangan plastik menyebabkan bahan berkenaan menjadi lambakan sampah membebankan negara.

Seorang pengusaha sebuah kilang kitar semula plastik sah di sini, yang hanya mahu dikenali sebagai Yeoh berkata, kesedaran untuk kitar semula terutama bahan buangan plastik di negara ini masih rendah.

“Apa yang berlaku di sini masyarakat lebih senang membuang saja botol plastik minuman mereka daripada menyimpan untuk dikitar semula.

“Jika dijualkepada peniaga barang lusuh sekali pun tidak begitu mendapatkan hasil yang dikehendaki dan ini menyebabkan proses kutipan sisa buangan plastik untuk dikitar semula tidak dapat dilakukan secara menyeluruh.

“Walhal, plastik adalah bahan yang mudah untuk dikitar semula berbanding kertas kerana kos dan sumber menjimatkan,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di kilangnya di Kawasan Perindustrian Padang Meha, di sini, semalam.


Katanya, keadaan ini berbeza di negara Barat seperti Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) apabila kerajaan mereka menganugerahkan insentif kepada masyarakat mereka dalam memastikan kawalan bahan sisa plastik.

“Di negara maju seperti AS dan UK, kerajaan mereka begitu mengawal sisa buangan kitar semula seperti plastik ini. Mereka akan memberikan insentif seperti rebat untuk pembelian seterusnya apabila rakyatnya mengumpul sisa kitar semula plastik ini,” katanya.

Sebagai contoh, katanya, di negara berkenaan jika seseorang individu itu membeli sebotol air mineral berharga RM2 maka dia layak untuk mendapat rebat RM1 saja untuk pembelian seterusnya atas kesedaran mengumpul dan menyimpan semula botol plastik air mineral itu.


“Segala ini akan direkodkan menerusi kad rebat yang dipunyai mereka.

“Saya difahamkan di Kedah dan Perlis sudah dimulakan inisiatif ini menerusi kad rebat namun ia tidak menyeluruh dan tidak dilaksanakan secara meluas dan berterusan,” katanya.

Katanya, dengan langkah ini sekurang-kurangnya dapat menyedarkan masyarakat untuk mengitar semula sisa buangan terutama plastik.


PENYANGKUT baju antara barangan yang mengunakan plastik kitar semula di sebuah kilang di Padang Meha.

Selain itu juga, kewujudan kilang atau pengusaha barang lusuh haram dilihat antara punca lambakan sisa sampah ini tidak dilupus atau dikitar dengan sistematik.

“Kita faham kilang atau pengusaha seperti ini adalah ‘orang baru’ dalam industri ini dan mereka perlu mematuhi serta memohon pelbagai lesen sebelum boleh menjalankannya secara besar besaran.

“Hendak disalahkan mereka pun tidak adil juga kerana sebelum boleh membuka operasi mengimport sampah atau bahan kitar semula ini, terdapat lebih daripada enam lesen yang perlu dipohon membabitkan pihak berkuasa seperti polis, Suruhanjaya Tenaga, Pihak Berkuasa Tempatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia yang adakalanya memakan masa berbulan.

“Jadi agak sukar untuk peraturan ini dapat diikuti mereka dan tidak hairanlah jika mereka ini sendiri sanggup beroperasi secara haram atau tidak berlesen,” katanya.

Yeoh berkata, kilang kitar semula miliknya sudah menjalankan operasi lebih 30 tahun dengan mempunyai lebih 30 orang pekerja serta dilengkapi jentera mengikut spesifikasi ditetapkan.

Menurutnya, menggunakan lesen import (AP) syarikatnya mengimport banyak sampah untuk dikitar semula diperoleh dari AS, Eropah dan Jepun yang sampai di negara ini menerusi Pelabuhan Pulau Pinang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Solusinya... wat cam sweeden.. mesin kitar semula leh dpt duit
Baru semangat nak asing2 barang
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 11:05 AM | Show all posts
dimana pusat kitar semula di kuala lumpur?

than lepas saya pergi jabatan **** di kelana jaya, masalah tong sampah dan tong sampah kitarsemula buat perhiasan didlam office!
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 11:54 AM | Show all posts
Hasil jualan barangan kitar semula dah murah sangat sekarang ni tak macam dulu sebab tu makin ramai malas nak hantar ke pusat kitar semula.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 12:09 PM | Show all posts
KPKT last 2 years ada bagi tong asingkan sampah kt kediaman akak ni, adalah 2-3 kerat termasuk akak gigih asingkan sampah- yg lain pemikiran masih sama, main campak je sampah...

ujung2 JMB tempat akak masukkan terus tong kitar semula tu dlm bilik sampah, dan tong sampah besar konvesional tu pergi halangkan terus tong kita semula tu.. so dah setahun lebih tong sampah recycle tu terperuk dlm bilik sampah - tak tahu apa motif JMB tempat akak ni, syukurlah akak dah nak pindah kejiranan lain..

so oenduduk2 kejiranan akak semua still buang sampah campur2... akak dan 2-3 jiran jemiran pulak still remain asingkan sampah, letak kat satu sudut luar bilik sampah, sal ada ah sow dan ah pek yg rajin cari brg2 recycle awal2 pagi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 12:09 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 23-1-2019 11:05 AM
dimana pusat kitar semula di kuala lumpur?

than lepas saya pergi jabatan **** di kelana jaya, mas ...

biasanya tepi2 bus stop  kt KL sekitar taman2 perumahan ada tong sampah brg2 kita semula, yg tong besi besar tu... masukkan je dlm tong tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2019 12:41 PM | Show all posts
Aku suke je asing-asingkan barang recycle.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 03:11 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 23-1-2019 11:54 AM
Hasil jualan barangan kitar semula dah murah sangat sekarang ni tak macam dulu sebab tu makin ramai  ...

btl u, murah sgt..20 sekilo... x larat aihhh nk gegeh ata.

tp since kat opis i ada buat recysle, iols join je spnjg d pjbt.

bila blk rmh, x buat dh. sb tong sampah kat rmh x de asing2 pun. nt deols campak dlm lori semua skli jgk.

jgn ckp iols x gegeh bwk yg asing2 tu ke opis ye.. mana yg blh bwak, tetap bawak.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 23-1-2019 11:54 AM
Hasil jualan barangan kitar semula dah murah sangat sekarang ni tak macam dulu sebab tu makin ramai  ...

PBT tempat I ada hari tertentu akan amik barang2 recycle...
Tinggal je kat tepi tong sampah..
I males beriya nak bawa ke recycle center, timbang dapat la beberapa sen aje tu..
Baik niat sedekah je kat buruh angkat sampah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
oni313 replied at 23-1-2019 12:09 PM
KPKT last 2 years ada bagi tong asingkan sampah kt kediaman akak ni, adalah 2-3 kerat termasuk akak ...

Sikap masing2..
Entah apa yang susahnya masa buang sampah siap asingkan terus yg busuk dgn yg boleh recycle?
I ada 2 tong sampah kat dapur....
Utk yang busuk2 dan satu lagi recycle..
Bukan hari2 pun membuang sampah boleh  recycle..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 03:00 PM | Show all posts
aku seorang avid recycler dan very environmental cautious. Harap satu hari nnt rakyat malaysia boleh recycle 70% household waste.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jfq at 27-1-2019 12:32 AM

Been segregating rubbish for years
Kat dapo ada tong smpah utk sampah basah dan plastik
Kertas2 dan botol2 pula segregate dlm stor
Most of the time buang kat house bin kat depan
Bagi aje kat pekerja lori angkat sampah biar dia org yg dpt habuan dgn menjual barang2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku asingkan juga sampah. Even plastik2 pun basuh dulu sebelum asing. Tapi2 bila nak bwk turun dr rumah yg melangit ni mcm renyah skit. Sbb byk asing2 beg. Kdg2 terpaksa juga lepas asing tu, satukan plak dlm plastik hitam. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 12:47 AM | Show all posts
leceh sbb nk kena bersihkn dulu. suke tgk org korea asingkn sampah dorang kt dlm drama

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 02:13 AM | Show all posts
Okay nak cerita cara di US.

Merata tempat ada tmpt recycle.

Setiap sekolah ada letak tong besar yang kita boleh campak baju baju terpakai ke dalamnya. Bila penuh pihak sekolah akan call sykt recyle utk dtg collect.

Di tiap supermarket disediakan tong recycle jugak.

Di tiap kawasan makan pun ada tong recyle.

Di masjid ada tong besar terima pakaian terpakai dan mainan terpakai.

Di Church pun sama.


Setiap 3 bulan sekali ada orang hantar small card business ke setiap rumah. Tujuan utk kita call mereka bila kita ada perabut lama yang nak dibuang, permainan etc. Lori akan dtg rumah kita/kawasan kita utk collect bahan buangan. Kita akan dpt resit. Resit ini kita boleh guna utk tolak income tax. Perabut kita ini tadi yang boleh pakai akan dijual balik dan yang tak boleh pakai akan dimusnahkan.

Setiap kawasan perumahan ada tong sampah besar (segala mak neka sampah boleh buang sini) dah 3 tong recyle.


Anyway mentality rakyat kita kena ubah. Kot dasar malas segalanya main campak dlm tong sampah hata ada sign board ckp dilarang buang sampah di sini .. Payah lah kan.


My sister in law dia ahli kuat kumpulan Tzu Chi Malaysia/KL. Pepagi dlm pukul 5 pagi dia keluar dgn group dia utk collect sampah dan asingkan ditempat pengasingan sampah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 07:40 AM | Show all posts
kat rumah meols tong sampah kitar semula kat semua block  dah diambil balik oleh alam flora
katanya sbb penduduk pegi campak benda bukan2 dalam termasuk sampah yang bukan kitar semula pun

tapi bila kita asingkan sampah dan ikat molek siap tampal kertas tulis isi dalam apa
letak kat tong besar
pakcik2 yang angkut sampah tu main campak je dalm lori tu meols tgk


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2019 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe boleh tetapkan satu hari untuk lori recycle datang ke kawasan perumahan & kutip barang2 recycle. Kita letak je kat luar rumah. Tapi asingkan lah siap2, kalau ingkar kena compound. Hire lagi pekerja kan ramai menganggur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.402627 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list