CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2211|Reply: 6

YouTuber Terkenal Ditahan Ceroboh Kawasan Terbiar Untuk Video Paranormal

[Copy link]
Post time 23-1-2019 11:18 AM | Show all posts |Read mode

Kredit foto: Hollywood Life




YouTube merupakan platform video yang memang tidak asing bagi penonton yang mahukan hiburan terutamanya remaja sekarang.



Saluran YouTube Sam and Colby merupakan saluran yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman Sam Golbach dan Colby Brock dengan aktiviti lasak dan vlog (video blog) menghiburkan untuk pengikut mereka.



Selain itu, mereka juga selalu berkongsi pengalaman melancong bersama rakan-rakan baik mereka dan video eksplorasi ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu dan terbiar atau dalam bahasa inggeris "Haunted abandoned place".



Ini pautan saluran YouTube mereka jika anda berminat untuk menontonnya.



Saluran ini boleh dikatakan yang tersohor dalam kalangan vlogger dan mempunyai 2.26 juta pengikut. Sam dan Colby merupakan "Instafamous" hasil daripada koleksi video mereka itu.





Kredit foto: Dexerto




Namun, beberapa hari lepas, tular berita tentang mereka ditahan polis kerana menceroboh kawasan sekolah yang telah ditutup kerana dalam tempoh pembinaan.



Seperti biasa, mereka ingin membuat video tentang kawasan sekolah yang terbiar seperti video mereka yan terdahulu. Malangnya, nasib tidak menyebelahi mereka.



Sam Golbach dikenakan dua tuduhan, manakala Colby Brock berdepan tiga pertuduhan atas aktiviti yang mereka lakukan itu. Peminat setia mereka bagaimanapun sentiasa mengemas kini di Instagram dengan hashtag #freesamandcolby.



Beberapa hari kemudian, Sam mengikat jamin dirinya dengan bayaran ASD2,000 (RM8,270), manakala Colby dibebaskan selepas Sam dengan ikat jamin ASD6,000 (RM24,800) atas tiga pertuduhan. Ini merupakan kali pertama mereka ditahan polis.



Adakah mereka akan membuat aktiviti macam biasa selepas apa yang berlaku? Adakah mereka akan berehat atau mengubah pengisisan video mereka? Atau mungkin juga mereka serik selepas ditahan polis, tiada siapa yang tahu.








Untuk maklumat yang lebih lanjut, ikuti mereka di Instagram:








- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 12:24 PM | Show all posts
lainkali kena riki2 dulu tempat tu kalau ceroboh, kena denda ke tidak... ini main terjah aje weyy... tak abes study lagi ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Handsome yg blonde tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 02:28 PM | Show all posts

utamakan keselamatan. tempat2 dilarang masuk ni kebiasaannya x selamat dan jgk sebab2 tertentu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 06:02 PM | Show all posts
pi ajala kubur, tido satu mlm
mcm2 bunyi muncul nnti
tu pun tarak tau ka?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 03:59 PM | Show all posts
membuat sesuatu perkara ada batasnya jangan sampai memakan diri anda sendiri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2019 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni sejenis main terjah je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.091378 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list