CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

[Tempatan] Perkhidmatan WIFI percuma di Pulau Pinang dihentikan??

[Copy link]
Post time 23-1-2019 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Perkhidmatan wifi percuma di negeri ini atau 'Penang Free Wi-fi' (PFW) akan dihentikan bermula 13 Feb ini berikutan kelajuan internetnya yang kurang memuaskan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri, Zairil Khir Johari berkata Kerajaan Negeri kini dalam usaha untuk menambah baik perkhidmatan sedia ada memandangkan kelajuannya tidak setimpal dengan kualiti perkhidmatan dan jumlah penggunaannya.

"Pada kelajuan sedia ada, PFW kini berkelajuan 512 kbps bagi setiap AP (access point) manakala kelajuan keseluruhannya pula 375 mbps.

"Jadi, untuk kelajuan PFW akan datang kita akan tingkatkan kepada 1.5 gbps dengan minimum 1,560 APs yang bermaksud 2 mbps setiap AP dengan kemampuan menampung 50 orang pengguna pada setiap masa," katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan HMC Clinic di Solaris Square hari ini.


Beliau berkata perkhidmatan PFW sedia ada hanya mampu menampung 30 pengguna bagi satu-satu masa dan jumlah maksimum penggunaannya ialah 46,800 orang.


"Dari tahun 2009 ia dilancarkan sehingga kini, terdapat lebih 670,000 jumlah login," katanya.

Zairil berkata Kerajaan Negeri memutuskan perkhidmatan PFW diteruskan secara 'co-branding' melalui penawaran secara permohonan cadangan (RFP) yang dijangka dimulakan pada suku pertama tahun ini.

Beliau berkata tujuan penawaran melalui RFP itu untuk menggalakkan idea kreatif dan inovatif daripada syarikat yang telibat dalam pembangunan jaringan infrastruktur telekomunikasi selain meningkatkan pengalaman pengguna.

"Ia juga seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam menuju Bandar Pintar Bertaraf Antarabangsa dan Visi Penang 2030: A family-focused Green and Smart State to Inspire the Nation," katanya yang turut mengumumkan Syarikat PDC Telecommunication and Services Sdn Bhd sebagai agensi pelaksana RFP.

Menurut beliau, perkhidmatan PFW yang baharu akan diumumkan pada Julai ini.

PFW dilancarkan pada 2009 oleh Kerajaan Negeri dengan jumlah AP sebanyak 1,560 di 40 kawasan Dewan Undangan Negeri.
- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.452211 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list