CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2771|Reply: 16

Bila Manusia Dah Tak Takut Dengan Dosa. Ini 5 Pembunuh Bersiri Yang Paling Kejam

[Copy link]
Post time 23-1-2019 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Dunia... penuh dengan kekejaman terhadap manusia, penindasan, peperangan dan memperdagangkan manusia. Apakah manusia itu sendiri berpuas hati dengan mempertaruhkan nyawa manusia lain? Apa yang mereka akan dapat dengan membunuh manusia lain? Cuba anda fikirkan.


Di Malaysia juga, terdapat banyak kes pembunuhan yang kejam seperti kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris pada tahun 1993 yang melibatkan Mona Fendi dan suaminya. Begitu juga pembunuhan Altantuya yang memgemparkan Malaysia sikit masa dahulu. Dan banyak lagi kes pembunuhan yang berprofil tinggi dan sehingga sekarang masih menjadi tanda Tanya.


Walaupun pembunuhnya sudah dijatuhi hukuman, namun kita masih tertanya-tanya, mengapa pembunuhan sebegitu berlaku sedangkan kita manusia masih berfikirkan waras dengan melakukan tindakan yang kejam sebegitu.


Di sini dipaparkan 5 Pembunuh Bersiri Yang Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia.


5. Gary Ridgway

Foto: Google


Gary Ridgway ditangkap pada tahun 2001 dan bertanggungjawab ke atas empat kes pembunuhan. Namun dia telah mengaku membunuh tujuh puluh wanita di seluruh Washington sekitar tahun 80-an dan 90-an. Dia tidak dijatuhkan hukuman mati kerana memberitahu tapak pelupusan mayat yang telah dibunuhnya dan lima lagi mayat dicampak ke Sungai Green. Oleh sebab itu, dia diberi julukan 'The Green River Killer'. Dia telah disabitkan kesalahan ke atas 49 pembunuhan dan menjalani hukuman penjara seumur hidup.



4. Pedro Rodrigues Filho

Foto: Google



Pedro telah ditangkap pada tahun 1973 dan disabitkan hukuman pada tahun 2003 dengan membunuh 71 orang. Dia mula membunuh ketika usia 14 tahun. Pedro dijatuhi hukuman penjara 128 tahun namun system undang-undang Brazil tidak membenarkan sesiapa dipenjara melebihi 30 tahun. Sewaktu Dalam penjara, dia telah membunuh ayahnya sendiri yang dipenjarakan di situ juga dan membunuh 47 orang banduan. Oleh sebab pembunuhan yang berulang dilakukannya, Pedro menjalani hukuman penjara sehingga 400 tahun.



3. Daniel Camargo Barbosa




Foto: Google


Pembunuh bersiri ini melakukan serangan seksual dan membunuh 150 orang gadis remaja di Colombis dan Ecuador sekitar tahun 70-an dan 80-an. Dia berjaya lari dari penjara dan membunuh 72 orang gadis remaja lagi. Akhirnya, dia dapat ditangkap semula di Quito dan dipenjara selama 16 tahun. Namun pada tahun 1994, Daniel dibunuh oleh banduan yang berada di penjara yang sama.



2. Pedro Alonso Lopez


Foto: Google


Dia antara pembunuh bersiri yang kejam dari Colombia. Membunuh 300 orang gadis Amerika Selatan. Dia menggunakan taktik dengan mengoda mangsa dan menarik mereka ke kawasan yang sunyi sebelum membuat serangan seksual dan mencekik mereka sehingga mati. Atas kesalahan yang dilakukannya. dia disabitkan kesalahan dan dihukum penjara di Ecuador selama 18 tahun sebelum dihantar ke Colombia untuk menjalani hukuman penjara seumur hidup. Dia mengaku membunuh lebih 300 mangsa.


1. Dr. Harold Fredrik Shipman


Foto: Google


Dia seorang doktor yang berbangsa Inggeris dan pembunuh bersiri yang paling banyak dalam sejarah dunia. Tokoh yang disegani masyarakat ini telah membunuh melebihi 250 orang dengan menyuntik diamorphine ke dalam badan pesakit sehingga membawa maut. Kemudian, dia membuat wasiat palsu untuk merampas harta mangsa dan membakar mayat mangsa untuk menghapuskan bukti. Dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup sebanyak 15 kali. Namun pada tahun 2004, dia mengantung diri di Penjara Wakefield.

Kalau difikirkan, orang yang paling kejam membunuh adalah daripada kalangan orang yang bijak pandai. Ada yang sanggup membunuh untuk mendapatkan harta kekayaan orang. Amankah hidup kita andai membunuh orang untuk mendapatkan harta mereka?

Kita sebagai manusia yang waras, berfikirlah sebelum bertindak. Kerana setiap perbuatan kita akan membawa padah ke atas diri kita sendiri dan juga orang lain.

Tanyalah diri sendiri, mahukah kita diperlakukan sepertimana perlakuan kita terhadap orang lain? Hidup ini karma. Apa yang kita beri, itu yang kita akan dapat balik. Fikir-fikirkanlah. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 03:30 PM | Show all posts
Dia seorang doktor yang berbangsa Inggeris dan pembunuh bersiri yang paling banyak dalam sejarah dunia. Tokoh yang disegani masyarakat ini telah membunuh melebihi 250 orang dengan menyuntik diamorphine ke dalam badan pesakit sehingga membawa maut. Kemudian, dia membuat wasiat palsu untuk merampas harta mangsa dan membakar mayat mangsa untuk menghapuskan bukti. Dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup sebanyak 15 kali. Namun pada tahun 2004, dia mengantung diri di Penjara Wakefield.


kejinya ko dh la doktor yg patut menyelamatkan nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 04:22 PM | Show all posts
apa 200 mangsa tu semo org miskin ka, smpai tk puasa doktor tu nk bunuh curi harta?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ted bundy tak dak ka??sepatutnya ted bundy la no.1
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 04:25 PM | Show all posts
Ni bukan alang-alang membunuh, paling sikit pun 70 orang.
Dapat kepuasan dengan membunuh kot?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
mieymiey: Ni bukan alang-alang membunuh, paling sikit pun 70 orang.Dapat kepuasan dengan membunuh kot?


Dapat medal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2019 04:40 PM | Show all posts
yang jon bennett tu agak2 sapa yg bunuh eh. geram plk aku tgk movie who kill jon bennett tp xtau sapa bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 04:44 PM | Show all posts
Ramainya org yang dibunuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 04:47 PM | Show all posts

dapat thread sendiri di cari forum



Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 05:27 PM | Show all posts
penjara sampai 400 tahun ehh
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Best baca..

Cuma terpikir..camne pembunuh bersiri ni bleh kantoi @ ditangkap..ada saksi yg nampak ke @ camne?

Contoh macam doktor tu..adakah disebabkan dia buat wasiat palsu n dia selalu tuntut harta mangsa2nya ke yg bleh tau dia dah buat jenayah bunuh tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 23-1-2019 04:40 PM
yang jon bennett tu agak2 sapa yg bunuh eh. geram plk aku tgk movie who kill jon bennett tp xtau sap ...

Abang dia kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 23-1-2019 10:31 PM
Abang dia kot

Blh jd jugak. Tp tgk abg dia masa itvw dh dewasa hensem
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 11:11 PM | Show all posts
2. Pedro Alonso Lopez



Foto: Google


Dia antara pembunuh bersiri yang kejam dari Colombia. Membunuh 300 orang gadis Amerika Selatan. Dia menggunakan taktik dengan mengoda mangsa dan menarik mereka ke kawasan yang sunyi sebelum membuat serangan seksual dan mencekik mereka sehingga mati. Atas kesalahan yang dilakukannya. dia disabitkan kesalahan dan dihukum penjara di Ecuador selama 18 tahun sebelum dihantar ke Colombia untuk menjalani hukuman penjara seumur hidup. Dia mengaku membunuh lebih 300 mangsa.



Nope. Dia dah dibebaskan lepas menjalani hukuman penjara setahun saja di Colombia. Tiada siapa tahu dia berada kat mana sekarang. Ai harap dia dah mereput.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nyawa mcm xda harga buat deorang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka bengis masing2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
keringnya hati bunuh begitu ramai orang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.181783 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list