CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1081|Reply: 15

[Tempatan] Wajib utamakan produk muslim: Timbalan Mufti Perak

[Copy link]
Post time 23-1-2019 01:26 PM | Show all posts |Read mode




ABU Hasan `Ali al-Nadwi, seorang ulama hebat bukan berbangsa Arab pernah mengkritik dunia Arab dalam bukunya “Apakah Kerugian yang Dialami oleh Dunia Disebabkan Kejatuhan Orang Islam”. Beliau secara sinis menyatakan: “Sepatutnya dunia Arab sebagai dunia Islam mampu memiliki sendiri dan menguasai dunia perniagaan, hartanah, pendidikan dan industri. Bangsa ini sepatutnya tidak boleh memakai melainkan apa yang tumbuh di buminya dan ditenun dengan tangannya, sesungguhnya dunia Arab sepatutnya mampu untuk memerangi barat jika keadaan memerlukan.

Tetapi hakikatnya mereka selamanya gagal menyaingi Barat selagi meraka memerlukan Barat dalam soal harta, pakaian dan barangan. Tidak ada pen yang digunakan untuk menandatangani sesuatu perjanjian dengan Barat, melainkan pen tersebut dibuat di Barat. Tidak ada senjata yang digunakan untuk memerangi Barat, melainkan senjata itu dibuat di Barat. Sesungguhnya adalah memalukan apabila umat Arab tidak dapat mengambil manfaat daripada sumber kekayaan dan kekuatan mereka sendiri. Adalah memalukan apabila air kehidupan yang mengalir di dalam urat mereka akhirnya sampai ke tubuh orang lain..”

Ekonomi adalah salah satu sendi penting untuk menegakkan kekuatan ummah Selagi kita tidak mampu berdiri dengan sendirinya, kita akan terus menjadi umat yang lemah. Begitu jugalah hakikat umat Islam di Malaysia, seharusnya terus berusaha mengeluarkan berbagai produk dan keperluan sehingga kita tidak bergantung kepada orang lain.

Alhamdulillah sudah banyak produk yang dihasilkan oleh orang Islam di Malaysia. Kuasa membeli terbesar terletak di tangan umat Islam di negara ini. Sewajibnya muslim mesti mengutamakan produk-produk saudara muslimnya sendiri. Ini adalah salah satu bentuk tolong menolong yang berpahala. Mereka yang tidak menyertai kempen ini, melupai bahawa diri mereka adalah satu juzuk daripada umat, juga melupai tanggungjawab ukhuwwah islamiyyah.

Nabi SAW memuji kaum al-Asy’ariyyin iaitu kaum Abu Musa al Asy’ari yang mengutamakan kaum sendiri tolong menolong sesama mereka ketika susah. Sabda baginda: “Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila keluar berperang, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (HR al-Bukhari dan Muslim). Maksud “Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka” ialah menggambarkan redhanya Nabi SAW dengan tindakan mereka. Betapa yang mereka lakukan menepati ketaatan kepada Allah.

Kita umat Islam sangat perlu mengambil pengajaran terhadap hadith di atas tatkala kita ingin membina semula kekuatan umat Islam di negara ini. Tatkala kekuatan ekonomi tidak dikuasai oleh umat Islam bahkan jauh ketinggalan mengutamakan barangan umat Islam adalah satu tuntutan. Sudah tentu ia tidak termasuk di dalam asabiyyah yang dilarang oleh Rasulullah SAW.

Nabi SAW dalam hadith di atas memuji kaum al-`Asy`ariyin yang sentiasa tolong menolong sesama sendiri dan tidak menganggap itu sebagai sikap berpuak yang dicemuh. Sebaliknya baginda memuji mereka. Kata al-Syeikh Muhammad al-Mubarak ketika menghuraikan hadith di atas: “Sesungguhnya Nabi SAW memerangi `asabiyyah (perkauman) yang semata-mata disebabkan keturunan, lalu menggantikannya dengan ikatan akidah dan prinsip. Namun baginda menganggap kaum al-`As`ariyin sebahagian daripada baginda. Ini disebabkan prinsip yang sama iaitu jamin-menjamin dan bantu membantu dalam harta. Juga membahagikan harta sesama sendiri dalam hal darurat dan keperluan.

Membantu sesama muslim adalah antara tanggungjawab yang mesti dipikul oleh bahu setiap yang beriman dengan ayat Allah (maksudnya) “Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara” (QS al-Hujurat: 10). Bagi membuktikan persaudaraan islam yang tulin, baginda Nabi s.a.w. menghuraikan di dalam hadithnya, daripada Abi Musa RA, sabda Nabi SAW: “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (HR al-Bukhari dan Muslim).


Sahibus Samahah Ustaz Haji Zamri Hashim
Timbalan Mufti Perak
www.indahnyaislam.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bergantung kepada kualiti juga.

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari produk Islam yg berkualiti...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 02:26 PM | Show all posts
Dlu iols pn terikut2 ckp mak ayah suh sokong produk org Melayu n Isele. tp skrg nope. Siapa yg bg kualiti terbaik, khidmat pelanggan terbaik dan harga munasabah, tu lah yg iols pergi.... regardless lah bisnes milik yehudi leknet sekalipun.... kalo x servis n kualiti bisnes ummah meleis sunni mcm lehnat sgat....


cth Pos Malaysia, dari org atasan smpai ke bawah semua ummah meleis isele. bertahun lamanya iols guna Pos Malaysia. tapi iols sekarang TIDAK LAGI. cm lehanat customer service Pos Malaysia, buat aduan thru email, e-feedback, call pun nan hado nak reply. skrg iols guna J&T express aman2 jah idop, meski pekerja nya kt cawangan tmpt iols ni ramai India, tp customer service thorrbaik... mahal rm2 jah pun dari Poslaju iols tak kesah. janji puas hati drpd murah rm2 tp hati sakit
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 02:43 PM | Show all posts
Orix replied at 23-1-2019 02:26 PM
Dlu iols pn terikut2 ckp mak ayah suh sokong produk org Melayu n Isele. tp skrg nope. Siapa yg bg ku ...

saya setuju...



Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 02:59 PM | Show all posts
Boleh jer support product muslim kalau quality bagus. Yang paling tak best adalah bila segelintir product muslim menjalankan kempen boikot product non muslim hanya kerana nak melariskan product mereka. Ada juga yang takda sijil halal tapi bila ditanya tentang sijil halal boleh pulak melenting kata itu product muslim & tak perlu sijil halal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2019 03:29 PM | Show all posts
DollahRepek replied at 23-1-2019 02:59 PM
Boleh jer support product muslim kalau quality bagus. Yang paling tak best adalah bila segelintir pr ...

yang selalu nampak
tiba2 kata produk sekian2 haram ada babi la ape jadah lah
pastu promote produk dia
nk bersaing mcm xde otak je
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 03:36 PM | Show all posts
renko replied at 23-1-2019 03:29 PM
yang selalu nampak
tiba2 kata produk sekian2 haram ada babi la ape jadah lah
pastu promote produ ...

Yang terbaru pasal tepung non muslim dikatakan ada clorox/bleech etc. Diaorg ingat JAKIM tu senang2kah nak bagi sijil halal tanpa selidik ingredient dulu sebelum nak luluskan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 03:43 PM | Show all posts
Konsep dia macam "busuk2 pun Melayu jugak" ye?

Nope...sekarang ni market are too competitive. Sape2 boleh bagi kualiti & harga yang berpatutan itu akan dipilih sebagai pilihan. Kalau tak, takkan ada improvement
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 03:44 PM | Show all posts
DollahRepek replied at 23-1-2019 02:59 PM
Boleh jer support product muslim kalau quality bagus. Yang paling tak best adalah bila segelintir pr ...

zaman iols skola dulu, ada sorg ostak ni ajar iols Pendidikan Islam tingkatan 4 ke 5 iols pn lupa, igt lg dia duk ckap nak beli sayur ka hapa beli kt kedai Melayu, mahal doposen tiga posen pon takpa lah, asalkan bg untung pd org Isele......

tak lama pastu iols terserempak ngn ostak ni drive kete Honda Accord kt pekan... pastu ternampak dia park kereta dlm sekolah naik Vios... iols rasa nak hempuk jah kepala dia... duk pung pang pung pang suh support produk Isele ujong2 dia sendiri pakai kereta buatan kapir.... masa tu Proton masih belum dijual pd company China...... ostak lobai ni kadg2 main hembus jah pdehal diri sendiri pun tak ikut mcm apa yg dia ckp
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 03:53 PM | Show all posts
DollahRepek replied at 23-1-2019 03:36 PM
Yang terbaru pasal tepung non muslim dikatakan ada clorox/bleech etc. Diaorg ingat JAKIM tu senang ...

tu la pasal
aku peduli apa
mana yg bagus tu yg aku guna
ada benda boleh pakai lah produk2 so called bumiputera ni
tapi xsume
pastu nak hasut orang pulak
sukati orang la nk guna yg mana

dulu2 tu cte sal ubat gigi
gigih kata colgate darlie bagai de babi

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 04:09 PM | Show all posts
Orix replied at 23-1-2019 03:44 PM
zaman iols skola dulu, ada sorg ostak ni ajar iols Pendidikan Islam tingkatan 4 ke 5 iols pn lupa, ...

Mungkin dia belum jumpa kot kereta berjenama islam yang halal

Ramai ja yang macam tu. Bila bab nak kondem product lain laju jah. Tapi bila pergi rumah diaorg kebanyakkannya product bukan islam jugak yang digunakan
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 04:12 PM | Show all posts
renko replied at 23-1-2019 03:53 PM
tu la pasal
aku peduli apa
mana yg bagus tu yg aku guna

Selagi ada cop halal dari JAKIM aku pakai ja. Yang product bumiputera tu pun belum tentu 100% pemilikan bumiputera. Conth terdekat pasaraya artis tu.

Semua benda nak kaitkan dengan babi even ubat gigi pun. Diaorg ingat murah sangat kah babi tu sampai semua benda pun nak campur dgn lemak babi
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau produk smpah xdak kualiti, harga cekik darah pon kau nak suruh sokong ke? To hell with that!
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 23-1-2019 03:53 PM
tu la pasal
aku peduli apa
mana yg bagus tu yg aku guna

Yg pling dodol ingat kes ubat gigi colgate ada babi pelbagai, so dok promote ubat gigi halagel tanpa fluoride bagai. Ujong2 bankrupt terus halagel sbb menipu, colgate pula terus maju dgan jayanya. Cash!
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit kempen politik pun bergantung pada org cina.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.222720 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list