CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

[Dunia] the latest skeleton in tun's closet ... Dah pungg langgar artikel 153 perlembaga

  [Copy link]
Post time 24-1-2019 04:00 PM | Show all posts
blastoff replied at 24-1-2019 03:50 PM
kes forex tun pukui kata tak tahu je ....  dia kata BNM diberi autonomi sepenuhnya utk bertin ...



mungkin dah ada perjanjian Tun ngan orang2 dia:

if huntung -korg sebut la nama aku

if rugi- aku cakap aku x tau


aku selamat, korang pun selamat gak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 04:02 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 24-1-2019 02:55 PM
Betul tu,dia cakap kawan dia kena cukai yg dia heran,padahal kawan dia kaya dan memang layak dicuk ...



Ingat LHDN boleh suka2 kenakan cukai tinggi tidak munasabah ka..

Dorg ingat, LHDN aka gomen ni ah long..boleh bagi cukai kaw2 berpilih2?

kalau tinggi pun cukai..ianya telah diwartakan ..yg akan dikenakan untuk semua orang yg layak..


Dari situ, aku syak sssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssangattttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2019 04:03 PM | Show all posts
duffyduck replied at 23-1-2019 09:15 PM
kalau dia untung dia x kosa dia nk suggest aih. bazir ja dok perah otak klu  x untung diri sendiri.  ...

untung sampai licin kantung reserve negara lah kot nanti dah go worldwide virus kronisme tun , tu yg tun siap2 sebut kleptokrasi di konferen tu utk jadikan najib scapegoat apabila duit negara jadi kurang teruk nanti dibuatnya .

Rakyat boleh je buat judicial review agar mahkamah check balik tindakan tun tu ....ramai rakyat masih tak perasan kot apa yg sedang berlaku tu zzzz manyak di ulit mimpi dgn harapan menggunung lagi ka

Untung bukan dari segi kewangan je , sebaliknya kalau bertukar kepimpinan di masa depan yg tak menyebelahi tun dan kroni , anak2 dia akan ada harta2 yg di sorokkan di luar negara manyak lah nanti guna proxi dan kroni .

Dana tu agar senang pembelian harta di luar negara di buat tentunya. Selama ni dok main kot dlm negara je... bila dah di wujudkan dana gitu , duit rakyat di pindah keluar negara pun semua rakyat mcm buat tak kisah je sebab masuk "dana" .

Haih once dah jadik manyak jumlahnya dana tu , tentunya akan di invest kann utk lipat gandakan keuntungan . Dari situ lah pembelian itu ini akan dibuat. Kemudian PwC boleh kaver pepe yg tak betul agar nampak betul je nanti. Mcm yg berlaku pada GLC dlm negara kita ler.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2019 11:19 AM | Show all posts
cmf_shalom replied at 24-1-2019 04:00 PM
mungkin dah ada perjanjian Tun ngan orang2 dia:

if huntung -korg sebut la nama aku

Kroni yg laksanakan kerja kotor utk tun akan dlindungi dari pendakwaan dan dia akan bagi ganjaran pada depa kemudian sesudah krisis reda . Depa perlu take the blame pun sikijap saja maa.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2019 12:10 PM | Show all posts
Nampak ni tun pukui tak tau apa yg berlaku langsung , walau BNM trading duit negara sampai berbillion, mulanya untung kaw kaw tak lama kemudian baru laa rugi kaw kaw tapi PM waktu tu tak tau pepe punggg ye , logik ke tak weyy ?

PM yg ditugaskan utk manage negara tak tau duit negara berbillion di buat apa waktu tu, kuang3   paling tidak pun pengakuan itu memperlihatkan ketidakcekapan tun sebagai PM la kann kerana tak peduli nak ambil tahu langsung bagaimana kewangan negara di perlakukan .  

tapi kan tapi kan , takkan la time untung kaw kaw yg uruskan BNM ketika tu tak habaq kat tun kot utk dpt kredit pujiannya kann ....kerja yg membawa untung ni mesti di sebarkan seantero ler nak tunjukkan depa mahir buat profit agar disayangi bosss kekdahnya. Mana mungkin nak tutup plakk.

So time untung mesti tun tau punya lah haih , dan minat utk nak tahu lebih mesti wujudkann apa2 mende yg boleh bawak untung...itu naluri semulajadi manusia laaa.

So impossible tun tak tahu apa2 ok kerana keuntungan tu akan menyebabkan mana2 manusia tambah2 la yg pentingkan untung mcm tun tu mesti nak involve sekurang2nya nak pantau tahap keuntungan brapa yg diperolehi .


Tun berbohong atau tun tak cekap mentadbir negara.. tak kiralah yg mana satu pun, dua2 sebab memperlihatkan tun kantoi laaa




]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]

Saya tak tahu BNM jalankan urus niaga forex, kata Dr M

V Anbalagan -

September 18, 2017 3:10 PM

    





PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing (forex) pada 1990-an yang Bank Negara Malaysia (BNM) menjalankan perdagangan itu tanpa pengetahuannya pada akhir 1980-an.
Beliau berkata, gabenor BNM ketika itu, Tan Sri Jaffar Hussein membuat keputusan itu bagi mengimbangi mata wang ringgit tidak stabil, mengukuhkan rizab luar dan ekonomi negara.
“Walaupun saya cuma dapat tahu tentang penglibatan aktif urus niaga mata wang asing oleh BNM selepas itu, saya menerima alasan kenapa ia dilakukan BNM di bawah pentadbiran Jaffar,” katanya kepada panel 6 anggota RCI yang dipengerusikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Bekas perdana menteri itu berkata, beliau tiada pengetahuan peribadi berhubung cara atau butiran mengenai keuntungan atau kerugian urus niaga forex yang dijalankan BNM ketika menjadi perdana menteri.


Saksi ke-24 RCI itu berkata, beliau tidak tahu atau mempunyai sebab untuk percaya aktiviti BNM melanggar sebarang undang-undang perbankan.
“Walau apapun, semasa perkhidmatan saya sebagai perdana menteri, saya tidak ada pengetahuan ataupun sebab untuk mengesyaki BNM menjalankan apa-apa urusan yang bertentangan kuasa diberikan kepada BNM di bawah undang-undang.
“Sekiranya saya mempunyai apa-apa sebab untuk berfikiran sebaliknya, saya akan mengambil langkah perlu sebagai perdana menteri untuk mengenal pasti perkara itu,” katanya dalam pernyataan bertulis saksi.
Beliau berkata, ketika itu (akhir 1980-an), beliau mendapat tahu perkembangan kenaikan yen secara paksa oleh beberapa negara besar yang dikenali sebagai “The Group of Seven” menerusi peristiwa “Plaza Accord”.
“Malaysia telah mengalami kesan negatif kerana pinjaman negara dalam yen menjadi hampir 3 kali ganda lebih mahal dalam nilai mata wang Malaysia akibat daripada ‘Plaza Accord’ itu,” katanya.
Dr Mahathir berkata, beliau pernah dijemput Jaffar untuk melawat bilik urus niaga BNM di Kuala Lumpur pada akhir 1980-an.

Seingatnya, beliau berada di sana kira-kira 30 minit dan Jaffar memaklumkan aktiviti BNM disasarkan untuk mengukuhkan rizab negara dan menstabilkan ringgit.
“Dalam fahaman dan kepercayaan saya juga, BNM diperlukan untuk menampilkan laporan kewangan tahunannya yang perlu diaudit oleh ketua audit negara, dan kemudiannya diserahkan kepada menteri kewangan untuk dibentangkan di Parlimen.
“Pada kebiasaannya, menteri kewangan akan membentangkan laporan kewangan tahunan BNM yang telah diaudit dalam mesyuarat Kabinet, sebelum ianya dibentangkan di Parlimen.”
Beliau berkata, seingatnya, laporan audit tahunan BNM pada 1992 dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada awal 1993.
“Setakat ingatan saya juga, apa yang telah dibentangkan dan dibincangkan di dalam mesyuarat Kabinet itu adalah sama seperti yang telah dibentangkan di Parlimen selepas itu,” katanya.
Pada sidang terakhir 9 September lalu, Sidek mendakwa menteri kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelirukan Kabinet berhubung kerugian sebenar pada 1992 ialah RM12 bilion.
Bagaimanapun, Anwar menegaskan laporan diaudit itu hanya mendedahkan kerugian berjumlah RM5.7 bilion.
Dr Mahathir berkata, beliau tidak campur tangan dalam urus niaga BNM kerana ia badan berautonomi.
“Setakat pengetahuan saya, semasa saya menjadi perdana menteri, BNM menjalankan operasi dan tadbir urusnya secara bebas sebagai satu badan korporat di bawah Central Bank of Malaysia Ordinance 1958,” katanya.
Beliau berkata, BNM mempunyai struktur pentadbirannya sendiri yang diketuai gabenor yang bertanggungjawab melaporkan urusan bank pusat itu kepada lembaga pengarahnya dari semasa ke semasa.
“Lembaga pengarah BNM pula mempunyai tanggungjawab ke atas segala isu polisi dan pentadbiran am berkaitan kuasa dan urusan BNM.
“Saya sebagai perdana menteri tidak pernah mencampuri urusan dan pentadbiran BNM sama sekali, dan saya juga percaya saya tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk mencampuri polisi, urusan dan pentadbiran BNM.”
Bagaimanapun, beliau berkata, ini tidak bermakna gabenor BNM tidak pernah bercakap secara am berhubung hal bank pusat itu dalam mana-mana perjumpaan.
“Tetapi, mana-mana perbualan itu cuma perbualan biasa tanpa butiran terperinci berhubung mana-mana aktiviti khusus BNM.”


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/09/18/saya-tak-tahu-bnm-jalankan-urus-niaga-forex-kata-dr-m/




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2019 12:49 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 25-1-2019 01:01 PM

Ok kita teroka plak apa tindakan tun setelah tun "tahu" apa berlaku lalu dia buat apa lepaih dia dah "dapat tahu" utk tengok tun betoi2 tak tahu ke ....

Nur mohamed yakcop nih mengaku 100% bertanggungjawab menjalankan aktiviti trading forex dan menyebabkan kerugian teruk BNM itteww dan dia letak jawatan waktu tu ....

apa tun buat ? Bukannya heret dia kemahkamah punggg, tapi dia di beri jawatan penting yg lain plak yg bersangkutan dgn ekonomi hokayy ...sebagai special economic advisor to the prime minister.

Dari jadi advisor BNM lepas menyebabkan kerugian berbillion duit negara dia dilantik tun utk jadi SPECIAL advisor utk tun sundrik ....errr itu bukan ke naik pangkat namanya tu ?

Kalau tun tak approve kerugian forex ittew kenapa pi lantik dia ke jawatan penting sampai lagu tu sekali kannn ...itu memperlihatkan tun tau ler apa berlaku dan tun approve 100% end of the story

Yg pak lah pi lantik dia jadi menteri kewangan kedua , sampai ke zaman najib dia jadi timbalan pengerusi khazanah nasional.... najib pun buat tak tau je kat dia tak peduli nak ambil tindakan pungg....silap besar ler

So experience dia dlm melesapkan kewangan negara sampai berbilion itu mcm tak di pedulikan oleh pemimpin2 sesudah tun hingga depa pun turut memberi jawatan2 penting gak kat dia  ...

Pandai tun erase kesalahan kroni dia naaa sampai jadi mcm tak pernah buat silap pepe pun asyik kaut ganjaran je dgn di beri berbagai jawatan penting .



[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[



https://www.malaysianreview.com/180507/rci-forex-mahathir/


Nor Mohamed Yakcop dipanggil memberi keterangan kepada RCI forex yang dipengerusikan oleh Sidek Hassan, bekas Ketua Setiausaha Negara yang kini merupakan Pengerusi Petronas.Selepas berundur daripada Bank Negara, Nor Mohamed Yakcop dilantik sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri (waktu itu Tun Mahathir), ketika era Tun Abdullah Badawi beliau menjadi Menteri Kewangan Kedua dan ketika ini sedang memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional, cabang utama pelaburan kerajaan. Pengerusi Khazanah ialah Najib sendiri.
Berikut adalah antara intipati keterangannya kepada RCI forex:-
mengakui beliau bertanggungjawab dalam kerugian besar urusniaga forex dan sebarang urusniaga yang dilakukan serta kerugian yang dialami tidak pernah sama-sekali dimaklum atau dibincangkan dengan Tun Mahathir, Perdana Menteri ketika itu.
– perkara yang sama juga tidak pernah dibincang dan dimaklumkan dengan Anwar yang menjadi Menteri Kewangan antara 1993 hingga 1998.
tidak menafikan kerugian forex telah berlaku dan mengakui kebertanggungjawabannya dalam perkara tersebut serta telah menerima “bahagiannya” dengan meletakkan jawatan daripada Bank Negara setelah berkhidmat selama 25 tahun.
– tugas beliau ialah melaksanakan dasar pengurusan rizab luar negara seperti yang ditentukan oleh lembaga bank pusat dan melaporkannya kepada Gabenor ketika itu, Jaafar Hussein serta Jawatankuasa Rizab Luar berkenaan forex.
– ia tidak dilaporkan sama ada kepada Perdana Menteri atau Menteri Kewangan mengenai sebarang isu rizab luar kerana ia bukan termasuk dalam garis aturan bidang tugas yang dijalankannya.
– tentang mengapa membenarkan urusniaga spekulasi mata wang, Nor Mohamed Yakcop berkata, itu adalah kerjanya dan beliau melakukannya untuk negara.
– jika saya tidak membenarkan urusniaga spekulasi itu, saya juga akan dituduh tidak bersiap sedia lebih awal. Kita perlu belajar dari kesilapan dan Bank Negara banyak belajar daripada kesilapan saya.
– kami telah belajar daripada pengalaman pahit itu untuk kemudian merangka dasar bagi mempertahankan negara menentang serangan matawang asing dalam Krisis Kewangan Asia 1997/98 dan berjaya menyelamatkan berbilion ringgit wang negara serta mengelakkan syarikat Malaysia muflis yang boleh mengakibatkan penganggguran dan kemiskinan naik dengan mendadak. – BERNAMA


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-1-2019 02:59 PM | Show all posts
wey ...logik ke yg menyebabkan kerugian berbillion ittew di beri ganjaran oleh tun ? Org bagi ganjaran utk apa ? Kalau beri untung lah kan baru munasabah utk dinaikkan pangkat gitu.

Jadi kerugian pada negara tapi keuntungan pada tun ? Camna tu ?

Atau ia dinamakan kerugian dlm forex tapi sebenarnya duit tu di hempuk ke lain ? Pusing2 ber round2 last last masuk poket anak2 tun ? Tu yg ramai anaknya boleh jadi billionaire?

Kerugian forex dianggarkan 31 billion beb ... itu tahun 90 an tuuu yg bermakna nilai duit sekarang aiyaya beratus billion laaa kannn.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2019 03:08 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 25-1-2019 07:20 PM

lani PwC boleh manipulasi audit utk bagi nampak yg untung kurang dan kerugian dialami TH manyak sakan padahal dlm laporan kewangan TH tak gitu pungggg , tidakkah dulu zaman tun perkara yg sama boleh je di buat oleh tun pada BNM ?   Lalu duit yg dikatakan rugi tu lah di bawak ronda utk end up akhirnya ke poket anak2 nya ?

Modes operandi tun sama je.... dulu bukan zaman socmed so lagi susah nak dpt tahu penipuan yg berlaku ler.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2019 03:49 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 25-1-2019 03:51 PM

Suruhan diraja dah siasat dan dah pun didapati memang bersalah ler menurut seksyen sekian sekian ... tun dan anwar termasuk dlm kesalahan sebagai subahat hokayy.

Keputusan tu di buat pada 2017 ketika najib masih jadi PM ....errr awat najib tak bertindak utk heret je kemahkamah depa2 nih ?

Lani bukan stakat Nor Yakcop tu masih bebas walau dah di dapati bersalah oleh RCI dah punggg tuuu, tapi yg bersubahat dgn dia plakkk dah dpt ganjaran lebih hebat sebagai PM lani dan bakal PM ke 8 nanti ...tak ke pelik dan lawak serentak jadinya tuu kuang3  

Lani najib di heret kemahkamah oleh tun padahal patutnya dulu tu najib yg heret tun dan kroni ke mahkamah ...terbalik kuang3 jadinya Hadehh lawak sungguh lah haih

Apa guna buat RCI haaa kalau dah buat keputusan tapi semua pakat buat tak peduli tak mahu ambil tindakan langsung ? Buat menghabih boreh je laa haih

Sampai ke lani LKS pun diam je tarak mahu bertindak pepe...padahal dulu dia paling bising kondem itu ini mengenai kerugian forex tuh .




]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]



RCI forex salahkan Nor Yakcop, babitkan Dr M dan Anwar

News  | Diterbitkan 30 Nov 2017, 1:03 tengahari  | Dikemaskini 30 Nov 2017, 1:03 tengahari




Bank Negara mengalami RM31.5 bilion dalam dagangan tukaran wang asing (forex) antara daripada 1992 hingga 1994, menurut suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang menyiasat perkara itu.
RCI juga memutuskan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang menjadi sebahagian daripada pengurusan Bank Negara ketika itu, sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap urus niaga itu.
Suruhanjaya itu juga berpendapat bahawa insiden itu melibatkan pecah amanah bawah Seksyen 406 dan 409 Kanun Keseksaan.
Nor Mohamed menguruskan portfolio Bank Negara antara tahun 1986 hingga 1993, termasuk menguruskan rizab luar dan peraturan untuk pasaran kewangan dalaman.
Bagaimanapun, RCI berpendapat pihak lain juga patut memiliki tanggungjawab sama.
“Walaupun beliau mendominasi dana BNM dan dilihat mempunyai kebebasan dalam urus niaga forex, beliau tidak mungkin dapat melaksanakan urus niaga berkenaan dalam tempoh yang lama tanpa kelulusan langsung atau tidak langsung daripada pihak atasan dan/atau individu lain yang mempunyai kuasa.
“Justeru, suruhanjaya telah meneliti liabiliti bersama individu-individu berkenaan di bawah Seksyen 34 atau Seksyen 107 Kanun Keseksaan dan boleh dikaitkan sebagai mempunyai niat yang sama atau bersubahat,” menurut laporan itu.
Laporan tebal lebih 500 halaman itu itu dikeluarkan hari ini.
Individu-individu itu, menurut RCI, adalah gabenor Jaafar Hussein, timbalannya Lin See Yan, lembaga pengarah-pengarah, menteri kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

https://www.malaysiakini.com/news/403868



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2019 07:36 PM | Show all posts
Kalau SPRM lani benar2 badan yg bebas kenapa tak bertindak terhadap kroni tun nih yg dah pungg mengaku melesapkan ber puluh billion duit rakyat yg RCI telah pun sahkan dia bersalah melanggar akta negara ?

Itu memperlihatkan SPRM lani tunduk pada the gov of the day hokayy. Period. Tengok la artikel nih sebut di panggil oleh SPRM utk bantu siasatan kes org lain , yg kes dia sendiri tak di ambil tindakan langsung lah plak oleh SPRM. Tak ke lawak tuuu



]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]








Nor Mohamed Yakcop beri keterangan kepada SPRM



NOR MOHAMED YAKCOP
29 November 2018 12:44 PM

KUALA LUMPUR 29 NOv.- Bekas Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari ini hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau juga merupakan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia itu tiba di ibu pejabat SPRM, Putrajaya kira-kira pukul 10 pagi ini.
Menurut sumber, beliau dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan seorang Ahli Parlimen yang ditahan agensi itu baru-baru ini.-UTUSAN ONLINE





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2019 07:43 PM | Show all posts
Tengok pingat dia dapat ....bejela jelaaaa mcm2 huruf kluaq mai lesapkan duit negara bukan ke lokap tapi di beri jawatan penting di beri pingat itu ini hingga hidup mewah sampai tua asalkan setia jadi kroni tun seumur hidup kekdahnya .


/////////////////////////////////////////////////


YBhg Tan Sri Dato' Seri Utama
Nor Mohamed bin Yakcop


PSM; SJMK (Kel); SPNS (NS); SSMZ (Ter); SSAP (Pah); SPMP (Pls); DGSM (Mel); DGPN, DSPN (PP); DHMS (Ked); PNBS (Swk); JSM, KMN


Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian TT....bertabahlah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2019 08:22 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 25-1-2019 08:27 PM

life is short so lebih baik buat kerja bermanfaat tanpa harapkan balasan pepe pung , freedom yg penting. Kebenaran perlu di sampaikan walaupun pahit pada yg membacanya terutama kaki jilat tun . So bertabahlah mahacai ok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2019 11:24 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 3-2-2019 06:04 PM

Skeleton ke 53 di main page  .....nak tengok skeleton sebelum2 ni kat sini https://mforum1.cari.com.my/foru ... &page=9#pid68533328

Skeleton ke 54 ...and the counting begins


Siapakah sebenarnya yg tergedik2 nak pinda , gubal, mansuh dan barui sampai lebih 100 akta nih termasuk sekali akta tabung haji 1995 plak tu , akta jenayah syariah , akta undang2 keluarga Islam ? Datuk Liew Vui Keong punya idea ka ? Atau ada bau2 DAP ?

Kalau dah lebih 100 akta ni bermakna segala mak nenek akan totally berubah lah ya akta2 di malaysia nih, mcm di cincang sampai lunyai jadinya ? Agar yg untung 100% adalah PH tentunya walau rakyat jadi mangsa kann kann kann .


[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[


Lebih 100 undang-undang akan digubal, pinda, perbaharui atau mansuh



Liew Vui Keong.
23 Januari 2019 9:00 PM


PUTRAJAYA 23 Jan. - Lebih 100 undang-undang akan digubal, dipinda, diperbaharui dan dimansuhkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Datuk Liew Vui Keong.

Liew berkata lebih 100 senarai cadangan undang-undang yang perlu penggubalan, pembaharuan, pindaan dan pemansuhan dibentangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikannya di sini hari ini bersama wakil semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
"Senarai undang-undang yang akan digubal, diperbaharui, dipinda atau dimansuhkan oleh kementerian, jabatan dan agensi kerajaan dan senarai yang dikemukakan adalah tidak muktamad dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan bersempena mesyuarat itu.
Antara senarai undang-undang yang dikemukakan ialah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Pencegahan Keganasan 2015, Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Undang-undang lain termasuk Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Kerja 1955, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Rang Undang-Undang Gangguan Seksual, Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.
Liew berkata cadangan undang-undang yang perlu penggubalan, pembaharuan, pindaan dan pemansuhan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) pula termasuk Akta Audit 1957, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan).
Turut dicadangkan ialah Akta Insolvensi 1967, Akta Majlis Keselamatan Negara 2016, Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018, Akta Tabung Haji 1995, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Ombudsman Malaysia dan penggubalan Draf Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Liew berkata senarai itu dikemukakan berdasarkan Manifesto Pakatan Harapan dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).
Beliau berkata senarai itu akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang mengikut jangka masa yang sesuai. - BERNAMA







Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejadah cina nak sentuh akta orang islam
Hangpa tak nampak lagi ka permainan depa. Sanjung sangat la atok hang tu. Dah sah sah dia pejuang fahaman liberal

Ramai buta hati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2019 11:58 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 26-1-2019 12:02 AM

Sebelum ni PH lumpuhkan kuasa polis dgn boh moratorium pada akta hasutan yg dlm proses nak di mansuhkan itteww .... Idea siapa kah yg nak lumpuhkan kuasa polis hingga rusuhan kuil tak mampu di kekang oleh pihak polis langsung jadinya tu ?

Setiausaha politik LKS. Ada bau2 DAP kuatnyaaa

Dlm twitter dia kompang dan dlm media massa pun dia kompang gak , tengok bawah tuuu

Satu akta dikata nak mansuh tup tup moratorium di boh habih kuasa polis berada bawah telunjuk DAP truih  ...100 akta lebih pun akan jadi gitu lah kann kan kann   tak mustahil sebab dah berlaku pungg sebelum ni tu hingga adib jadi mangsa hokayy.

So 100 akta lebih ni berapa mangsa yg akan wujud nanti ?

]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]


Syahredzan Johan‏ @syahredzan                                                         
               
Syahredzan Johan Retweeted Malaysiakini (BM)
  
Saya bantah penahanan ini menggunakan Akta Hasutan. Walaupun komunikasi yang dihantar adalah jelik, PDRM tidak patut gunapakai Akta Hasutan lagi. AH patut dimansuhkan!Saya ulang semula - mesti kenakan moratorium ke atas Akta seperti ini.

Syahredzan Johan added,
11:37 PM - 1 Oct 2018         



]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]
Kenakan moratorium ke atas pelaksanaan Akta Hasutan 1948Pada 5 Oktober 2018  oleh Syahredzan Johan





      


1.   Saya merujuk kepada kenyataan media Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato’ Mohd Azis Jamman pada 4 Oktober 2018, yang merupakan respons kepada kritikan terhadapnya mengenai kenyataannya sebelum itu berkenaan dengan Akta Hasutan 1948 (“Akta Hasutan”).
2.   Saya menyedari bahawa pada peringkat ini, pemansuhan Akta Hasutan belum dimuktamadkan lagi, walaupun manifesto Pakatan Harapan menjanjikan bahawa undang-undang seperti Akta Hasutan akan dimansuhkan.
3.   Namun demikian, perlu diingati bahawa Akta Hasutan adalah suatu undang-undang anti-demokratik peninggalan British untuk memastikan bahawa rakyat di bawah jajahan mereka dahulu tidak bangkit untuk menentang mereka.
4.   Akta Hasutan menjenayahkan ekspresi yang dikatakan mempunyai ‘kecenderungan menghasut’. Kecenderungan menghasut ini merangkumi pelbagai perkara yang menjadikan undang-undang ini mudah disalahgunakan untuk tujuan politik.
5.   Perlaksanaan Akta Hasutan ini mewujudkan ‘kesan menakutkan’ atau chilling effect di kalangan rakyat dan menyekat kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
6.   Adalah jelas bahawa undang-undang seperti Akta Hasutan ini tidak mempunyai tempat di dalam Malaysia Baharu yang menjanjikan ruang demokratik yang luas dan bebas.
7.   Oleh itu, saya ingin menegaskan bahawa walaupun undang-undang tersebut masih belum dimansuhkan dan berkuatkuasa, pihak berkuasa tidak sepatutnya terus membuat penahanan ataupun penyiasatan menggunakan Akta tersebut.
8.  Pihak berkuasa perlu menukar cara mereka bertindak seperti di bawah Kerajaan terdahulu. Sekiranya benar ada standard operating procedure (SOP) berkaitan dengan Akta Hasutan, SOP tersebut wajar disemak semula. SOP tidak boleh dijadikan alasan untuk terus menyekat kebebasan asasi rakyat.
9.   Saya mengulangi seruan yang telah dibuat sebelum ini supaya pihak Kerajaan mengenakan moratorium ke atas pelaksanaan dan penggunaan Akta Haustan dan akta-akta drakonian yang lain sehingga ia dimansuhkan kelak. Moratorium itu haruslah merangkumi aspek seperti penyiasatan, penahanan dan pendakwaan di bawah Akta tersebut.
*Syahredzan Johan adalah Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang.










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2019 12:09 AM | Show all posts
Setiausaha politik LKS cadangkan (tengok tarikh oct 1 and oct 5) , lepaih tu Gobind usulkan di kabinet pada oct 8 ....DAP sokmo yg aktif nampaknya bab2 lumpuhkan akta2 nih

[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[


Gobind mahu usul moratorium Akta Hasutan pada kabinet - Malaysiakini
[url]https://www.malaysiakini.com/news/446478

[/url]Translate this page
Oct 8, 2018 - Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobond Singh Deo akan mengusulkan moratorium (penggantungan sementara) ke atas Akta Hasutan ...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2019 12:27 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 26-1-2019 12:33 AM

Nih bukti moratorium telah menghalang polis dari mengendalikan kes kuil dgn berkesan dari pengakuan muhyidin sundrik di press con ...DAP punya idea in the first place ok nak boh nya tu .

Kabinet tarik balik pungg kerana gobind usulkan nya dgn mooohyidin , tapi yg aktif disini hanyalah gobind , mooo pak turut je

Boh dan tarik balik dlm masa yg singkat berlaku dan ideanya tu datangnya dari DAP ni memperlihatkan apa sebenarnya ? Soalan cepumas nih

Trial and error lah tu yg menunjukkan ia di buat tanpa kajian mendalam LANGSUNG dan kabinet ikut telunjuk DAP membuta tuli je

Satu akta depa buat perangai gitu ....errr 100 akta lebih tu nak jadi perangai lagu mana lagiii haaa errr satu akta tak mampu buat dgn betoi makanyaaa yg 100 lebih tu bakal jadi porak peranda truih hokayyy seluruh negara hokayyy confirmm lah haihh kalau dibiarkan depa lunyaikan akta2 tuh semua




[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[


  Kabinet tarik balik moratorium beberapa akta bagi mengendali kes kuil   


                                           EDDY HAMIDI
             02 Disember 2018 5:48 PM
         
        
                                                        
                                 
                              Kabinet bersetuju menarik semula sekatan ke atas beberapa undang-undang serta akta tertentu bagi memberi kuasa sepenuhnya kepada pihak polis. - Foto Bernama
                 
                                    
SUBANG JAYA - Kabinet bersetuju menarik semula moratorium atau sekatan ke atas beberapa undang-undang serta akta tertentu bagi memberi kuasa sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak dalam kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ 25 di sini.

                              Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penarikan semula status moratorium ke atas beberapa akta tersebut dipersetujui jemaah kabinet setelah diusulkan oleh beliau dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo Jumaat lalu.

  "Antara akta yang dibenarkan penarikan semula status moratorium tersebut adalah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) serta Akta Hasutan.
"  Penarikan semula status moratorium ke atas beberapa akta ini dipersetujui jemaah menteri bagi memberikan kuasa penuh pada pihak keselamatan untuk bertindak bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terkawal," katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar selepas selesai mengadakan sesi lawatan ke kuil berkenaan semalam sambil diiringi oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.
Menurut Muhyiddin, dalam hal ini, kabinet bersetuju agar pihak polis dibenarkan untuk bertindak mengikut peruntukan undang-undang sedia ada walaupun sebahagiannya sedang dalam proses dikaji serta diteliti semula.
"Keputusan berkenaan diambil kerana kita memerlukan instrumen undang-undang yang cukup berkesan dan pihak polis juga perlukan panduan untuk bertindak terutamanya dalam situasi sebegini.
"Sebelum ini kita terpaksa berhati-hati dalam mengambil sebarang tindakan jadi ia memberikan gambaran seolah-olah pihak polis tidak mempunyai kuasa.
Penarikan semula status tersebut memberikan satu panduan baru agar polis boleh bertindak mengikut budi bicara mereka dan menggunapakai apa saja undang-undang yang boleh bagi mengekalkan keamanan," tegas beliau. - K! ONLINE

http://www.kosmo.com.my/terkini/kabinet-tarik-balik-moratorium-beberapa-akta-bagi-mengendali-kes-kuil-1.797851



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2019 12:31 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 26-1-2019 12:39 AM
Remyda replied at 25-1-2019 11:44 PM
Kejadah cina nak sentuh akta orang islam
Hangpa tak nampak lagi ka permainan depa. Sanjung sangat l ...

DAP yg nak sentuh. Dah terbukti kabinet melulu ikut telunjuk DAP . Kenapa DAP kalut nak kacau akta tabung haji ? Akta Jenayah Islam ? Utk apa ?

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Keep it up TT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.535121 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list